Sabtu, 18 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Khamis, 16 Ogos 2012

Salam Kepada Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah......................................

Sempena Hari Raya Aidil Fitri Yang Semakin Menjelang, Saya Mengambil Kesempatan Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Pembaca Pembaca Yang Sudi Membaca Dan Berkongsi Pengalaman Puluhan Tahun Saya Di Dalam Mencari Ilmu Warisan Bangsa Melayu, Ilmu Kebatinan Melayu.

Saya Juga Mengambil Kesempatan Ini Memohon Maaf dan Ampun Sekiranya Ada Tulisan Tulisan Saya Yang Menghiris Hati dan Tersentuh Hati Kecil, Janganlah Di Bawa Sampai Ke Akhirat, Maka Maafkanlah Saya, Manusia Biasa Seperti Saudara/Saudari Semua.

Akhir Kata, Sesiapa Yang Memandu Untuk Pulang Ke Kampung, Memandulah Dengan Berhemah dan Mematuhi Undang Undang Jalan Raya. Ingatlah Tersayang dan Keluarga, Di Hari Yang Sepatutnya Gelak Gembira Bertukar Menjadi Sedih dan Sayu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Pembaca Blog Ini Seluruh Dunia Yang Mana Pembaca Pembacanya bermula Dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Amerika Syarikat, Russia, German, UK, Mesir, China, Taiwan, Korea dan Lain2 . 

Terima Kaseh
Assalamu'alaikum Warahmatullah

16 Ogos 2012

Rabu, 8 Ogos 2012

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian2 Hanya BagiNYA, ZAY Yang Maha ESA Lagi Tunggal. Tiada Sesuatupun MenyamaiNYA, Berkuasa DIA Terhadap Segala Sesuatu Tempat Keperluan Setiap Sesuatu Di Seluruh 'Alamin'.

Terlebih dahulu, saya ucapkan jutaan terima kaseh kerana sudi membaca dan berkongsi pengalaman saya didalam Ilmu Warisan Bangsa Melayu, namun saya kuatiri, saya tidak sempat menghabiskan segala yang didalam dada dan catatan untuk dikongsi bersama. Bukan saya tidak sudi mengambil sesiapa untuk di didik, namun urusan rezeki dan tanggung jawab keluarga yang berat itulah menyebabkan tiada sedikitpun masa terluang untuk mengajar dan berkongsi pengalaman dan ilmu, pun begitu, hanya sedikit masa terluang ini, saya kepilkan kongsikan didalam Blog Ilmu Kebatinan Melayu sebagai Ilmu Jariah dan juga berkongsi Mantera2, Serapah2, Kata2 Hikmat, Syair dan sebagainya hanya sebagai panduan dan pengetahuan sahaja. Ambillah Ayat2 Quran, Doa2 dan Petua2 dari Panglima2, Hulubalang dan Pendekar2 kita sebagai pakaian dan mengisikan dada kita, lantaran semakin kemuncak penindasan keatas Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia oleh musuh2 bertopengkan Islam hanya untuk berkuasa dan juga musuh2  nyata seperti bukan Islam terutama kristian.

Puluhan tahun mencari Ilmu sehingga bersua Guru2 Sufi dan Thariqat, menyedarkan bahawa kita tiada apa2pun selain hanya bekas yang kosong. Bohonglah jika ada sesiapa yang mengaku 'handal' dan 'gagah', lantaran mempunyai Ilmu dan Rahsia, sedangkan mereka yang Ujub Diri dan Sombong Bongkak kehandalan ini, dengan mudahnya tewas hanya dengan Bismillah Hirrohmanirrohim, satu Kalimah Tertinggi Tertulis Di Arash dan Di Pintu Syurga, maka janganlah bersedih, kerana dengan hanya Kalimah BASMALLAH, kita juga boleh mendapat Munafaat dan Fadhilat jauh lebih hebat dari Ilmu2 Kebatinan Yang ada........................................

Salah satu rahsia Kalimah ini ialah bermulanya dengan huruf Ba', manakala keduanya ialah huruf Sin dan ketiganya adalah huruf Mim , kajian Ilmu Hakikat mentafsirkan dan memberi pendapat , bermulanya kehidupan manusia ada didalam Rahsia Basmallah, dengan berpendapat bahawa huruf BA' mewakili melambangkan Abi, Bapa, Baba dan sebagainya. Justru permulaan manusia ialah harus bermula dengan seorang bapa (Ba') merembiskan memancutkan AIR MANI (Sin) yang mana sepakat para Ilmu Kajian mengatakan huruf SIN mewakili bentuk Air Mani (*Perhatikan Air mani Manusia, seolah2 huruf SIN*Ada kepala dan ekor) juga berpendapat huruf SIN juga melambangkan 'Insan/Manusia seperti permulaan Surah Ya Sin (Wahai Manusia/Insan-menutur Ulama Tafsir), maka Air Mani (SIN) ditumpahkan kedalam Rahim Wanita diwakili huruf MIM , yakni kata ganti Ummi, Mak, Ibu, Ma dan sebagainya, maka terbentuklan satu jasad manusia masih didalam keadaan tanpa RUH, seterusnya proses kejadian manusia selengkapnya, maka setelah itu, baharulah manusia yang sudah sempurna sifat lengkap mengenali ALLAH, AR RAHMAN dan AR RAHIM, permulaan Sifat2 NYA yang membesarkan dan Mengutamakan AR RAHMAN dan AR RAHIM mendahului MurkaNYA mencipta Alam yang kosong , dari setitik menjadi alam semesta (Multiverse) pelbagai dimensi dan lapisan2 alam yang hanya DIA sahaja Maha Mengetahui, penciptaan yang tiada kesudahannya.

* Nota* Tahulah anda bahawa, ulasan ringkas diatas telah terbukti dari segi saintifik, yang mana, alam kasar kita, langit dan bumi (universe) adalah sebahagian dari alam2 yang tidak terhingga banyaknya (multiverse), dimana di alam semesta kita (universe) galaksi menjauhi antara satu sama lain semenjak berbillion tahun dahalu dengan kadar lebih pantas cepat dari kelajuan cahaya yakni 300,000km per saat, sedangkan kelajuan cahaya adalah kelajuan tertinggi didalam ukuran Ilmu Fizik. Maka itulah pencarian saintis menemui kewujudan 'Dark Matter' dan 'Dark Energy' yang masih mengelirukan para bijaksana saintis2 dunia dikala ini. Maka, benarlah FirmanNYA dibentangkan Syurga seluas langit dan bumi untuk para Mukmin dan Muslim, justru tidak tercapai akal manusia akan ZATNYA, Maha Esa lagi Tunggal, tidak menyamai sesuatupun dengan ZatNYA.

Kesimpulan, pada DIA lah kita memohon.......