Memaparkan catatan dengan label Sinar Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinar Islam. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2011

Silat Kebatinan Sinar Islam

Silat Kebatinan Sinar Islam

Ini adalah Silat Kebatinan yang pertama saya pelajari dari Guru saya, Abg Mi di Ulu Kinta, Ipoh, Perak pada tahun 1977 yang mempelajarinya dari seorang yang dipanggil Haji Abang. Silat ini ada tersebar seluruh Semenanjung Tanah Melayu ketika itu, tetapi saya kurang pasti berapakah jumlah murid2nya. Pada mulanya, saya hanya ingin bersuka suka, tetapi setelah mengamalkan secara lazim dan mengkajinya, saya dapati sebenarnya asal usul Silat Kebatinan ini adalah dari Pondok2 Agama, yang bermaksud pakaian Ulama, Ustaz dan Tok Guru yang mengamalkannya semasa kecemasan. Pada pendapat saya, kerana mereka lebih memenuhi masa dengan mengajar dan menyebarkan ilmu Agama Islam, maka sudah tentu mereka tidak mempunyai sepenuh masa untuk bersilat, tetapi yang inginkan saya memberi tekanan ialah, kebersanan permainan Kebatinan didalam Silat Kebatinan Sinar Islam (SI) , dimana ramai dikalangan murid2 gagal mewarisi dari Guru kerana kesemuanya beranggapan SI hanyalah berisi pergerakkan pencak silat sahaja, sedangkan ianya lebih daripada itu.

Diatas, adalah secara serba ringkas mengenai SI, dan sebagai permulaan saya akan memberi Ayat Gerak untuk Gerak Silat asas sahaja tanpa Ibu Ayat SI, kerana tujuan saya didalam Blog ini untuk berkongsi pengalaman warisan orang melayu, melainkan secara khusus saya menyatakan ayat2 yang boleh diambil untuk amalan seperti ayat Seribu Guna.

AYAT GERAK

Bismillah hirrohma-nirrohiim

Ayatul Qursi..................................1X

ulangi ayat terakhir Walaya uduhu hifzuhuma wahuwal 'aliyul 'azhiimm.......................................7X

Salawat.........................................3X

Ya Allah Ya Rabbi

Berikanlah hambaMU ini Seni Pencak Silat Sinar Islam yang sebenar benarnya

Lindungilah hamba MU ini dari bala bencana yang datang dari segenap penjuru arah

Lahaulawala quwwata illa billahhil 'aliyil'azhiim

Sesudah itu, hendaklah berzikir didalam hati Ya Haiyyu Ya Qoiyyum tanpa henti.

Jika ingin berhenti mengamalkan ini, hendaklah beristighfar dan berselawat banyak2 sehingga kembali tenang.

NOTA 1: Permulaan untuk mengamalkan Ayat Gerak ini bagi murid baru , mestilah dibawah pengawasan Guru atau Murid lama.

NOTA 2: Ramai dikalangan murid2 SI membiasakan diri dengan zikir dihati, sedangkan didalam SI ada zikir yang disebut sebagai zikir SIIR yang mengabungkan zikir Ruhani, Hati dan Jasmani, maka kesannya adalah lebih hebat lagi. Wallahhu'alam