Jumaat, 29 April 2011

Ayat Menguatkan Kelakian Lelaki

Ayat Menguatkan Kelakian

Saya ada menerima email meminta ayat dan amalan menguatkan kelakian, maka saya penuhi tuntutan untuk semua lelaki yang sudah berkahwin, yang belum  beristeri boleh amalkan kecuali jangan tiduri mana2 wanita yang bukan hak kita, buruk akibatnya nanti.
Amalan ini saya pelajari daripada dua orang , satunya adalah seorang Pawang dari Selangor pada tahun 80an, manakala satulagi dari seorang bomoh di Ulu Kinta Perak, berhampiran Maktab Perguruan Ulu Kinta.

Petuanya ialah, apabila bangun pagi janganlah dibasahkan mana2 anggota badan terutama 'Kelakian' kita, carilah sebuah gelas atau dahulunya buluh yang boleh merendam Alat Kelakian, maka buanglah air kecil kedalam bekas tersebut dan masih panas lagi, rendamkanlah Alat Kelakian kita selama dua tiga minit. Namun, Pawang Selangor memberi satu lagi petua ialah merendam Alat Kelakian Kita dengan air suam dengan cara yang sama diatas, atau merendam satu tuala kecil didalam air panas, dibalutkan ke Alat Kelakian selama sekurang kurangnya 15 minit, maka setelah beramal dengan petua ini, hasilnya akan dapat dilihat didalam seminggu dua, dimana yang lembik akan dikeraskan, ayat yang perlu dibaca ialah:-

YA QAHHAR-LA-I-LA-HA-IL-LALLAH-WAHIDUL-QAHHAR


Amaran, gunakan ayat diatas apabila mengamalkan petua berendan didalam air suam atau balutan tuala kecil sahaja, jangan diamalkan bersama2 air kencing kerana ayat diatas adalah mengandungi Asmaul Husna Al-Qahhar dan Kalimah Syahadah.

Satu lagi mentera orang melayu lama, yang amat mujarab ialah:-

Bismillah......................

Hai Besi Qursani
Engkau Sama Jadi Dengan Aku
Teguh Keras Besi Qursani di Tubuh Aku

Berkat Kalimah

Lailahaillallah Muhammad rasullullah

Caranya ialah, apabila bangun pagi sebelum Solat Subuh, ambilkan air liur di lelangit atas mulut menggunakan ibu jari kanan, lalu diurut2kan pada Alat Kelakian kita sehingga panas merah beberapa minit sambil membaca mentera diatas, urutannya ialah dari pangkal sehingga ke hujung, satu arah sahaja dan berhenti di kepala dan berhenti sejenak, kuncikan Alat Kelakian dengan jari2 sehingga 'Kepala' menjadi besar dan merah menyala, tetapi jangan sampai mencederakan, setelah selesai lakukan senaman  Ular Tedung dan Senaman Kucing Menggeliat, baharulah pergi buang air kecil atau mandi sesudah tubuh sudah sejuk kembali.

Ada masa nanti, Insyallah, apabila saya sudah mahir dengan Scanner dan Komputer, saya akan lakarkan senaman2 membesarkan Alat Kelakian , mungkin mengambil masa lama sedikit .

Wassalam




Tiada ulasan: