Rabu, 23 Mac 2011

Ilmu Kebatinan Dan Fadhilat Al Quran

Ilmu Kebatinan Dan Fadhilat Al Quran

Assalamualaikum

Firman Tuhan Di Dalam Surah Al Baqarah Ayat 269 Berbunyi:-

Allah memberi Hikmah (Ilmu Pengetahuan, Kebijaksanaan )kepada siapa yang dikehendakiNya dan barangsiapa yang telah diberi Hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang orang yang berakal.

Firman Allah Di Dalam Surah Israa’ Ayat 82 Berbunyi:-

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi PENAWAR DAN RAHMAT bagi orang orang BERIMAN dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang orang yang zalim selain kerugian.

Marilah kita lihat akan tafsiran ringkas kedua kedua Kalamullah, yakni Surah Al Baqarah 269 secara umum Hikmah kepada semua manusia merangkumi Ilmu Sains, Teknologi, Fisiologi, Perubatan, Geologi dan semua bentuk Ilmu yang manusia menguasai sekarang atau dimasa akan dating.

Manakala Ayat 82 dari Surah Isra’ lebih merupakan ayat yang khusus untuk orang orang beriman yakni orang Islam yang mukmin, berupa Penawar dan Rahmat….dimana tafsirannya amat panjang lebar daripada tafsiran para Ulama Muktabar.

Namun, secara khusus saya hanya berminat dengan perkataan Penawar ( Zahir dan Batin ) kerana inilah maksud pengkhususan mengenai Ilmu kebatinan yang telah Allah kurniakan kepada bangsa Melayu khususnya . Penawar merangkumi maksud yang amat luas termasuk Perubatan Zahir Batin, Ketenangan bagi hati yang gundah gelana, penawar bagi penyakit hati dan seterusnya.

Semasa saya masih bergiat cergas mencari Ilmu didada, ada beberapa Ulama dan Ustaz memberi beberapa Penawar Hati sekiranya kita berkeadaan resah tidak tentu pasal, susah hati, tertekan dan sebagainya, maka hendaklah kita pertamanya membaca kalimah yang amat terkenal yaitu:-

INNA LILLAH WAINNA ILAIHI RO JI’UN
Sesungguhnya semuanya dari Allah dan sesungguhnya akan kembali kepada Allah……..

Menurut Guru Sufi, maksud pengertian Kalimah diatas merangkumi maksud Hakikat yang Rahsia bagi mereka yang mengerti terutama yang pernah mempelajari Tasawwuf dan Kesufian.

Namun, saya lebih menekankan kepada penggunaannya apabila kita berhadapan dengan musuh yang mengamalkan Ilmu Sihir. Apabila kita berhadapan dengan mereka yang bersekutu dengan syaitan, maka jika terasa sukar untuk mengalahkan musuh, maka selain daripada Ayat Ayat yang lazim kita amal dan baca, maka hendaklah dengan hati dan perasaan yang bulat beserta iktikat yang mantap, bacakan Kalimah diatas sepenuh jiwa dan yakini bahawa segala sesuatu itu termasuk ilmu sihir datang dari Allah, maka Allah akan mengambil kembali ilmu sihir tersebut untuk kesejahteraan manusia keseluruhan. Justru, bagi mendapat fadhilat dan kemujaraban, maka wajiblah kita memahami sedikit Tasawwuf dan Ilmu Hakikat, kerana hanya melalui Guru Guru ini, maka sampailah maksud mendapat Makrifat Kalimah diatas, bukan sahaja Kalimah diatas, malahan semua Kalimah Allah yang akan digunakan u ntuk tujuan Ilmu Kebatinan.

Sebagai contoh yang mudah ialah mengapakah sebegitu ramai orang Islam yang mengamalkan An-Nas dan Al-Falaq mendapati amalan mereka tidak mujarab dan tidak merasai fadhilatnya, jawapannya ialah mereka tidak memahami hakikat Surah Surah tersebut, jauh sekali akan Makrifatnya kerana masakan termakbul amalan kita sedangkan kita mempunyai sifat dan akhlaq yang terlarang seperti didalam kedua dua Surah tersebut yakni sifat dengki, busuk hati dan kurang perasaan mengagungkan Al Malik tidak selayaknya bagiNya. Jika kenal akan Tuhan dengan ZatNya, SifatNya, NamaNya dan PerbuatanNya secukupnya, maka amalan kita lebih mujarab kerana amalan dan bacaan kita diserapi perasaan mengagungkan Tuhan sebagaimana selayaknya, lidah dan hati bersama sama menyebut dan membaca Kalam Tuhan, justru baharulah kesannya ternampak.

Maka itulah, didalam Perguruan Semantan Puteh, Guru lebih banyak menekankan Mengenal Allah terutama melalui Sifat 20 yang mana pecahannya sehingga beratus ratus banyaknya, walaupun ianya bukan sebahagian daripada Perguruan Semantan Puteh.

Apabila sudah meresap pemahaman kita mengenai Allah sedikit banyak sebagaimana sepatutnya seorang hamba mengenal akan Tuhannya, maka apa sahaja amalan kita untuk mendapat fadhilat dan kemujaraban akan lebih mudah.

Lagi satu contoh yang amat baik ialah Kalimah Bismillah…………apabila kita membacanya sebelum makan hendaklah sebutan kita dari sudut mahraj mesti tepat dengan suara yang jelas dan terang, baharulah datang berkatnya, apatah lagi apabila kita membacanya sambil akal dan hati membayangkan sifat Tuhan Ar-Rahman dan Ar-Rahim beserta nama Zat Tuhan, maka bertambahlah keberkatan dan fadhilatnya.

Ada suatu ujikaji saintifik oleh pakar air jepun mendapati apabila Kalimah Bismillah dibacakan kepada segelas air, didapati susunan molekul air berubah kepada bentuk hexagon (Lapan Segi) hampir bersamaan dengan bentuk susunan molekul air Zam Zam. Itu baharu dibacakan pada lazim zahir sahaja, maka cuba kita bayangkan jika kita membaca bersama Hakikat dan Makrifat akan Allah pada semua keempat empat maqam mengenal Tuhan Azza wajalla.

Satu lagi Kalimah yang biasa kita amal ialah Kalimah :-

LA HAU LA WA LA QUW WATA ILLA BILLAH HIL ‘ALIYIL ‘AZHIIM

Tiada Daya dan Kuasa melainkan dengan Izin Allah yang Maha Agung

Kalimah ini diriwayatkan ditulis pada Arasy Tuhan (Singgahsana Tuhan) yang dijunjung 8 Malaikat yang mempunyai 1,000 sayap masing masing

Kalimah diatas banyak digunakan didalam jurus jurus Kebatinan Sinar Islam dan Semantan Puteh kerana ada persamaannya dimana kedua dua perguruan ini lebih menekankan Ilmu Hakikat dan Ilmu Makrifat. Perhatikan perkataan DAYA dan KUASA didalam Kalimah Agung ini. Kedua dua kalimah Daya dan Kuasa saling kait mengait tetapi tidak sama tapi masih ada keserupaan pada hasil akhir. Contohnya, Roket memerlukan Daya tujahan untuk berlepas, dan Daya ini terhasil daripada sistem enjin roket sebegitu rupa yang mengeluarkan Kuasa melalui pembakaran cecair hidrogen bercampur oksigen. Kedua duanya tidak sama tetapi hasilnya adalah serupa untuk roket berupaya mengatasi daya graviti bumi untuk menembusi ke angkasa lepas.

Maka didalam pemahaman saya didalam Semantan Puteh mahupun Sinar Islam, sekiranya kita faham akan maksud Kalimah diatas, maka sebenarnya kita sudah mula mengetahui akan Ilmu Hakikat dan justru pemahaman ini menjerumuskan kepada Makrifat, maka terbentuklah pukulan jurus kebatinan berdasarkan pemahaman dan pengertian kita tentang hakikat sesuatu dan seterusnya mendapatkan makrifat. Maka berhasillah jika memahami hakikat sesuatu yang Tuhan berikan kepada manusia berupa Ilmu yang tiada mempunyai batas dan sempadan bersesuaian dengan bidang ilmu masing masing asalkan iktikat hati bertunggakkan mengesakan Tuhan pada ZatNya, NamaNya, SifatNya dan PerbuatanNya.

Tiada sesuatupun menyamai Tuhan, Dia berdiri dengan sendiri tiada Awal dan Akhir bagi Zat Tuhan seluruh Alam, tidak tercapai akal makhluk akan kebesaranNya , tidak terbatas pada ruang dan masa, ZatNya meliputi segala sesuatu , IlmuNya amat luas lagi Maha Mengetahui semua isi kandungan Alam Semesta, Maha Kuasa lagi Maha Gagah Perkasa menguruskan seluruh Alam, Dia yang lebih hampir dengan manusia daripada urat leher, Dia lah Batin Dia lah Zahir, tiada sesuatu melainkan ZatNya yang meliputi segala sesuatu s. ZatNya yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.

Satu lagi Kalimah jurus kebatinan yang amat terkenal dan banyak digunakan ialah Kalimah ;-

ALLAHHU AKBAR  Allah Maha Besar…………………………

Ajaibnya Kalimah yang biasa kita sebut setiap waktu dan masa terutama ketika mendirikan Solat, wajib menyebut Takbir setiap perpindahan rukun.

Bagaimanapun, kegunaannya didalam jurus kebatinan berkait-rapat rahsia Ilmu Nafas ketika keluar dan masuk. Nafas yang juga digelar Nyawa, Hawa, Rahsia Hidup atau nama nama gelaran yang lain tetap sama pengertiannya. Ada pada masa masa tertentu, gelaran diberikan pada nafas yang keluar nafas yang masuk, nafas kiri kanan dan sebagainya, macamanapun, inilah rahsia besar sekiranya diketahui oleh kita, maka amat beruntunglah .

Disini saya ingin menceritakan salah satu rahsia kegunaan Ilmu Nafas pada Kalimah Allahhu Akbar bagi mendatangkan jurus, maka hendaklah berlatih setiap hari menyebut Kalimah:-

Allahhu Akbar sebanyak 40X, setelah selesai maka hendaklah berlatih mengeluarkan nafas kanan sebanyak jumlah yang sama sambil saluran lubang hidung sebelah kiri ditutup dengan jari tangan kiri. Berlatih setiap hari sehingga boleh mengeluarkan nafas kanan dengan agak kuat, cara untuk menggunakannya apabila berhadapan dengan musuh yang sedang marah atau berkeadaan kecemasan diserang musuh, maka hendaklah disebut Kalimah Allahhu Akbar dengan kuat (bertempik) dan seterusnya menghembuskan nafas dengan kuat sambil tangan menjurus (seperti menolak sesuatu dihadapan)  ke arah musuh, maka nescaya Insyallah musuh akan terpelanting tanpa berhasil menyerang dan mendekati kita. Boleh juga digunakan apabila diserang oleh lebih seorang musuh yang berkemungkinan mengelilingi kita dengan cara guna yang sama kecuali berkeadaan jurus yang sedikit berlainan, yakni kedua dua belah tangan menolak dengan kuat seperti kita ingin melepaskan diri dipeluk orang.

Satu lagi Kalimah jurus Kebatinan ialah:-

Wal yalath-thaf wala yus ‘eran nabikum ahada……………………

Kalimah diatas banyak digunakan didalam banyak Silat Silat Melayu, menghairankan kerana kita semuanya berkongsi rahsia yang sama tidak kira darimana perguruan yang kita datang.

Berbalik kepada Kalimah Allahhu Akbar, banyak terdapat Rahsia besar didalam kegunaannya, cukuplah setakat ini untuk pengetahuan pembaca sebagai kata semangat akan kekayaan Ilmu orang Melayu dahulu-kala.

Ada suatu mantera melayu untuk jurus pukulan jauh yaitu:-

Bismillah……………………

Allah Kata Kena
Muhammad Kata Jatuh

Allahhu Akbar…………………………sertakan satu pukulan jurus jarak jauh

Wallahualam

Ada lagi satu mantera melayu mengenai jurus pukulan jauh/gayung kata setengah orang ialah:-

Bismillah………………………..
Bukan aku yang pukul
Allah yang pukul
Dengan berkat Kalimah………Kun faya…kun……

Allahhu Akbar………………………….

Ayat Ayat Penumbuk Bisa/Pemberat Tangan/Tangan Besi

a) Wa i-za batasy tum batasy tumjabbarin………………

b) Inna batd-sya rob-bika-la sya-did……....

c) Innahu huwa yub-di-u-wa yu e’du=wahuwal- ghafur-rur-wadudu-zul’asyil-majid

d) Faq’ qolul-lima yurid………

Cara yang diamalkan agak berbeza dengan perguruan yang berlainan. Salah satu ialah membaca salah satu ayat diatas sambil menggenggam tangan dengan kuat sambil membaca dan menghembuskan nafas dari mulut disudahidengan meludah kecil sambil menggosokkan tangan sehingga panas membara. Jika mengisi tangan kanan setelah selesai meludah, maka penumbuk tangan kanan di gosok-gosokkan ke tapak tangan kiri dengan kuat sehingga panas. Maka perbuatan ini diulang ulang tanpa henti sekurang kurang 40 hari berturut-turut.

Ada perguruan mengamalkan sambil membaca tapak tangan sebelah lagi dipenaikkan bermula dari hujung jari dan tamat pada siku tangan yang di isi pembisa.

Harus diingat, bahawa ayat ayat diatas digelar ayat panas kerana berkemungkinan pengamal mudah menjadi pemarah dan telinga nipis, maka setelah selesai mengamalkan pengisian, hendaklah berselawat sebanyak banyaknya. Dan yang lebih penting, sesiapa yang mengamalkan pembisa tangan hendaklah berbanyak sabar kerana akibatnya amat buruk sekali.

Pernah seorang murid saya bernama Hana… seorang baran mengamalkan salah satu ayat diatas, ketika suatu ketika dia diganggu benda halus mencabar bersilat, maka diapun mencuba menggunakan amalan diatas sehinggakan tidak terkawal, jalan akhir ialah saya mengarahkan beliau menumbuk sebatang anak pokok kelapa setinggi 10 kaki, pada keesokkannya pokok tersebut mati dan terus kering layu. Lihatlah kesan bahaya jika kita menyalah gunakan sesuatu yang sepatutnya digunakan apabila betul betul memerlukannya sebagai jalan akhir.

Bersambung di masa hadapan, Insyallah









1 ulasan:

Uji78 berkata...

wal ya ta lak taf boleh digunakan sebagai tangkal santau atau racun.pengamal ayat ini kebal dari racun dan santau dgn izin Allah