Memaparkan catatan dengan label Ilmu Nafas Sinar Islam-sambungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ilmu Nafas Sinar Islam-sambungan. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Oktober 2011

Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas

Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas Peringkat Akhir, bagi meningkatkan lagi kekuatan Dalaman

Ini satu latihan terakhir didalam Tahap Satu Ilmu Nafas didalam Permainan Sinar Islam. Bertujuan dengan pelbagai rahsia seperti menambahkan kekuatan dalaman/kebatinan, mengunci batin daripada 'di tarik' musuh, satu latihan yang amat sukar tetapi hasil yang sangat menakjubkan jika berjaya.

Latihan ini perlu dilakukan apabila hanya tubuh badan pada tahap kesihatan tertinggi, akal fikiran yang tenag jauh dari masalah yang akan mengganggu tumpuan, dan terlebih penting hati dan perasaan tenang tetapi bersemangat tertinggi.

Latihan yang mula-mula ialah berlatih bernafas menggunakan otot perut sekuat-kuat yang terdaya. Sedut nafas sedalam-dalam terdaya, dan tahan nafas sehingga mana yang boleh, sementara itu, tahan nafas dihidung dan bernafas dengan menggunakan kekuatan perut yakni perut naik-turun seolah-olah sedang bernafas, tetapi pada hakikatnya tidak sambil itu berzikirlah dihati dengan Kalimah ALLAH sebeberapa yang boleh. Tujuannya ialah jika berjaya, dengan latihan senafas, kita dapat berzikir sekurang-kurangnya 100X sekali nafas.

Ini bukan satu kerja yang mudah, perlukan ketekunan, kesabaran dan kemahuan yang tinggi, tetapi jika berjaya, inilah beberapa kegunaan2nya.

1) Seperti Sinar Islam juga, ada perguruan mampu menarik 'kebatianan', maka jika berhadapan tanda2 seperti itu, apa yang perlu dilakukan ialah menahan nafas kita, sambil tangan menutup pusat seperti sedang Solat dan mata perhatikan naik turun nafas lawan. Dengan kebolehan kita menahan nafas yang lama, jika lawan tidak mempunyai kebolehan yang sama, maka semasa berhadapan dengan lawan, semasa lawan melepaskan nafas , semasa itulah kita menggunakan kesempatan menarik 'kebatinan' lawan, kerana petuanya ialah semasa melepaskan nafas, itulah masa yang paling tepat menggunakan kelebihan2 yang kita ada. Namun, bukan semua lawan mempunyai kebolehan atau kelemahan yang sama. Ini hanya sebagai usaha sahaja.

2) Mana2 yang telah berjaya, salah satu kelebihan ialah kita mendapat 'tembus -mata' mengetahui kekuatan dalaman/kebatinan orang lain, samada menggunakan khadam, amalan Ilmu Nafas, amalan2 kebatinan yang lain2, kerana ada pelbagai bentukamalan samada baik atau jahat. Jika kita dapat 'membaca' kekuatan orang lain, maka itulah kelebihan kita. Ini adalah penting jika kita disudi atau dicuba orang lain, yang mana dengan Izin-NYA, kita tahu apa kah permainan mereka.

3) Tubuh badan senantiasa kuat dan cergas, tidak mudah mengah dan letih kerana pernafasan yang baik perlu untuk kecergasan tubuh badan terutama Ahli2 Silat yang memerlukan tenaga yang banyak dan nafas yang baik supaya tidak cepat mengalah dan letih. Bayangkanlah, jika baharu 'bermain, sepuluh minit, kita termengah2 tidak cukup nafas, bagaimana pula mahu menentang lawan yang lebih ramai.

Selainnya, Pernafasan yang baik adalah kebaikan  untuk 'Nur' kita.

Wallahualam

Sabtu, 1 Oktober 2011

SINAR ISLAM- LATIHAN PERNAFASAN MENARIK KEKUATAN BATIN MUSUH

Salam untuk semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Denagn Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan juga keatas Keluarga Baginda dan Sahabat2 Baginda

Latihan Ilmu Nafas Bagi Menarik Keluar Kekuatan Kebatinan Lawan

Sebelum saya nyatakan, terlebih dahulu sesiapa yang ingin mempunyai kebolehan ini, mesti wajib mempunyai Kekuatan Dalam/Kebatinan yang bukab kepalang Tinggi dan Kuat. Walaupun mengetahui cara2 melakukannya, sekiranya tidak mempunyai kekuatan Dalaman, maka seperti seolah2 menarik sebuah lori treler yg berat, walaupun tahu menggunakan bermacam-cara untuk menarik treler tersebut. Mereka yg sudah mempunyai kekuatan Dalaman/Kebatinan , menarik lori treler seolah2 menarik sebuat kancil atau lebih ringan lagi.

1) Membaca Kalimah Syahadah, Asy-hadualla ila ha il-lallah, hembuskan nafas sekali hembusan sambil tangan mengenggam kuat menarik sesuatu ( Maqrifat menarik keluar kebatinan lawan) dan dibuang kesisi, atau disimpan dibawah tapak kaki kiri, bagi mereka yang mengetahui cara2nya.

Nota: Diatas adalah cara kegunaan

2) Cara latihannya ialah amalan membaca Kalimah Syahadah seperti diatas, setiap kali bacaan sekali hembus nafas melalui hidung sekurang2nya 40 X sehari semalam atau lebih baik melebihi 100X sekali amal sehari semalam.

3) Kekadang, pihak lawan mempunyai pendinding kukuh, maka bukan mudah menarik sebegitu sahaja, maka acap-kali sebelum melakukan percubaan itu, baca Kalimah WA DAH NI YAH , bukakan pendinding lawan dengan kedua dua belah tangan seperti menyelak kain langsir, terus melakukan pernarikan kekuatan Dalaman/Kebatinan lawan. Sekali lagi, bukan mudah membuka atau meruntuhkan pendinding lawan jika tiada kekuatan Dalaman/Kebatinan sendiri.

NOTA:- Amalan diatas dan penggunaannya adalah bagi murid2 lama dan mereka yang sudah ada pengetahuan mendalam Ilmu Nafas Sinar Islam secara keseluruhan, kerana asas kekuatannya ialah amalan2 berterusan mereka dengan pengetahuan segala rahsia dan Ilmu Nafas Sinar Islam yang sudah mereka Tamat dari GURU. Diatas, hanya sekadar pengetahuan AM sahaja.


LATIHAN KHUSUS ILMU NAFAS UNTUK KEKUATAN KEBATINAN/DALAMAN

Hendaklah mengamalkan pada setiap malam sekurang2nya 313 X yang mana selepas setiap kali bacaan Kalimah ALLAH HU AKBAR,hendaklah menarik nafas sedalam dalam yang mampu menggunakan kekuatan perut sambil kedua2 belah tangan  menutup pusat (seperti Solat), dan menghembuskan nafas melalui mulut dengan perlahan dan terkawal dengan bunyian Kalimah HU (DIA yg ESA)

Baca ALLAH HU AKBAR, sedut nafas sekali dengan perlahan2 dan terkawal.

Jika mana2 murud yang telah lazim dan sebati mengamalkan petua ini, acap-kali terlihat pada pandangan mata tubuh bercahaya bersinar-sinar putih kekuningan, kadang kala kehijauan dan kebiruan-biruan, mengikup tahap dan Jiwa masing2.

Ianya sesuai dengan Sabda Baginda SAW, mereka yang melazimkan berzikir dengan Kalimah2 Asmaul Husna, mereka akan mendapat NUR.

Wallahualam.

Sabtu, 10 September 2011

Latihan Ilmu Nafas-Sambungan

Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca2 Blog Ilmu Kebatinan Melayu-Warisan Bangsa Melayu.

Salam juga kepada semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Tiada Yang Berhak diSembah Selain ALLAH, Nabi Muhammad Adalah Pesuruh ALLAH.


Kewajiban ketaatan kepada ALLAH dan RASUL, kemudiannya kepada kedua IbuBapa dan seterusnya kepada Ulul Amri yakni Pemerintah/Kerajaan selagi tidak menghalang orang Islam untuk mengamalkan Islam dan tidak memaksa dan memerintah melakukan maksiat kepada ALLAH, seterusnya ketaatan kepada Guru yang memberi Ilmu yang bermenafaat.

LATIHAN ILMU NAFAS-PETUA SEBELUM KELUAR RUMAH

Amalan ini biasanya diamalkan oleh beberapa Ulama, setahu saya Tok Janggut, Dato Bahaman dan Mat Kilau juga mengamalkannya dan mereka mendapatkannya daripada Auliallah Tokku Paloh, penasihat kepada Sultan Terengganu.

Gelaran Nafas2 ialah keluar nafas kanan digelar Abu Bakar, manakala keluar nafas kiri digelar Umar.

Setiap hari dengan niat amalan untuk Petua Keluar Rumah, amalkan menghembus nafas dari hidung kanan sebanyak 7X, sementara hidung kiri ditutup,hembusan secara lemah lembut dimana lafaz mulut dan hati adalah serentak sambil maqrifatkan huruf ALLAH HUAKBAR, yakni huruf2 ALIF LAM LAM HA , ALIF KAF, BA, RO..............dengan fahaman secara mudah apabila amalkan yang tersebut seolah olah mata melihat tulisan ALLAH HU AKBAR di atas kertas putih (latihan permulaan) sambil hati dan lidah serentak melafaz ALLAH HUAKBAR.

Walaupun bukan mudah, Insyallah, lama-kelamaan akan menjadi mudah dan serasi.

Cara kegunaan ialah, sebelum keluar rumah( atau mana2 tempat) sambil senafas, bacalah kalimah  ALLAH HUAKBAR dan hembuskan nafas hidung, jika angin kanan lebih kuat maka baik, jika angin kiri lebih kuat , maka tangguhkan dahulu atau jika terdesak dengan urusan penting maka sebelum keluar bacalah mana2 Ayat Pendinding seperti Bismillahirrohmanirrohim, Tawakkaltu "allallahhi, Lahaulawala quwwata illa billahhil 'aliyil 'azhiim.......atau mana2 ayat pending seperti Ayatul Qursi, selainnya berserah kepada ALLAH. 

Wallauhualam

Peringatan:- Sejak akhir2 ini, telah nyata musuh2 Islam dan bangsa melayu menyokong dan menyebarkan fahaman sesat Komunis yang tidak mempercayai ALLAH dan beragama. Didapati didalam Facebook secara sedar atau tidak, ada dikalangan orang2 Islam dan melayu menyokong komunis hanyasa kerana kepentingan politik yang sempit. Sebagai seorang Muslim, kita senantiasa beriktikad bahawa tiada agama yang diredhai selain Islam oleh ALLAH, selainnya adalah fahaman sesat lagi menyesatkan. Janganlah kerana sokongan politik menyebabkan syahadah kita terbatal dan mati kafir secara tidak sedar. Iktikadkan selalu bahawa Tiada Tuhan selain ALLAH, Muhammad adalah Pesuruh ALLAH dan orang Islam itu adalah bersaudara dunia dan akhirat.

Wassalam