Memaparkan catatan dengan label Baju Perang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baju Perang. Papar semua catatan

Rabu, 20 April 2011

Baju Perang- Selendang Merah/Panglima Hitam

Salam semua, ini adalah xatu contoh salinan azimat baju perang yang saya dapati daripada Datuk saya yang mengamalkan Perguruan Selendang Merah. Semasa 13 Mei 69, beliau terlibat secara langsung bertempur dengan kaum cina di Gunung Rapat Ipoh (kawasan cina/black area dengan samseng)
Arwah datuk juga agak handal tetapi selalu mendiamkan dan merendahkan diri, cuma saya sahaja cucu kesayangan mendapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh dipakai buat pakaian apabila kecemasan. Arwah datuk saudara di Ulu Kenas Kuala Kangsar pada tahun 70an sehingga 80an juga seorang pendekar, tetapi sayangnya beliau enggan menurunkan ilmu kepandaian beliau kepada anak cucu. Kami tidak tahu mengapa tetapi sehingga sebelum ajalnya , beliau jika ke pekan Kuala Kangsar berkayuh basikal dari Ulu Kenas pergi dan balik. Jarak dari Kg Ulu Kenas ke pekan Kuala Kangsar adalah lebih kurang 20 ke 25 km pergi dan balik. 

Namun, ayat diatas dipercayai ada beberapa kegunaan lain seperti boleh menenggelamkan perahu dan kapal dengan pukulan jurus (Ayat Jurus) serta boleh menterbalikkan kereta, malangnya saya tidak tahu bagaimana cara amalan dan kegunaan kerana arwah datuk sudah meninggal dunia semasa saya masih belajar.
Manakala kegunaan sebagai Baju Perang yang saya ketahui agak sukar dan payah hendak dilakukan kerana beberapa syarat ketat dan pantang larang yang banyak, lagipun, bahan untuk membuatnya , entahlah samada masih ada atau tidak

Wallahualam