Salam
Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Puasa Enam, bagi mereka yang telah sempurna melakukannya.
Selami dan ketahui kekayaan Ilmu Orang Orang Melayu Dahulu Kala, Kaya Dengan Adat, Kaya Dengan Ilmu. Berbanggalah kita dengan warisan ini, Tidaklah Melayu Dipanggil Melayu Sehingga Mengenali Warisan Silat Melayu. TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA:- LAKSAMANA HANG TUAH Sebarang Pertanyaan, email ke :- ilmukebatinanmelayu@gmail.com
Isnin, 19 Ogos 2013
Selamat hari raya untuk mereka yang sempurna puasa enam.
Rabu, 7 Ogos 2013
UCAPAN HARI RAYA
![]() |
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Mohon Ampun Dan Maaf Sekiranya
Terkasar Bahasa
Berhati Hatilah Memandu
Ingat Ibu Bapa, Anak Isteri dan Keluarga
|
Jumaat, 2 Ogos 2013
SALAM AIDIL FITRI DAN SUATU HURAIAN RINGKAS.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.
Segala Pujian Hanya Layak Bagi NYA Sebanyak Bilangan Ciptaan NYA Dari Tiada Sehingga Tiada Penghujungnya.
Maha Suci DIA Dari Kelemahan dan Kekurangan dan Tiada Sesuatupun Menyamai NYA Dari Zat NYA, Sifat NYA, Nama NYA dan Feel NYA.
Maha Besar DIA Dengan Segala Kebesaran NYA Dan Keagungan DIA Dan Kemuliaan NYA.
DIA Mendahului Sifat Ar-Rahman NYA Dari Kemurkaan NYA.
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW Dan Isteri2 Baginda SAW Dan Sahabat2 Baginda SAW.
Juga Salam Keatas Ahlul Bait, Padanya Zahir Pemimpin Akhir Zaman Yang Akan Di Bantu Nabi Isa AS, Turun Dari Langit Dengan Perentah NYA Membawa Syariat Nabi Muhammad SAW.
Ketahuilah, Ilmu NYA Yang Di Kurniakan Kepada Hamba2 NYA Yang Beriman Dengan Pelbagai Kepandaian dan Penyampaian Yang Berbeza-beza, Justru itulah, pelbagai bidang Ilmu kefahaman Islam dengan kepelbagaian Ulama-Ulama di bidang masing-masing yang berteraskan Aqidah yang dibawa oleh Baginda SAW bersambung kepada Sahabat Sahabat Baginda SAW dan seterusnya Para Tabiin dan Tabiit Tabiin, sebelum wujudnya kalimah Sunnah Wal Jamaah, para Muslimin mengamalkan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW dari sudut fahaman Aqidah dan Syariah.
Di Tanah Melayu ini, terutamanya Ilmuan yang berpangkalkan DR atau sebagainya dengan mudah meletakkan Ilmu Hikmah Warisan Melayu yang berteraskan Kalam ALLAH sebagai khurafat dan sesat. Sebagai anak murid pelajar kepada Guru2 Pondok, malah Arwah Moyang Datuk Nenek juga adalah pengasas beberapa pondok2 di Tanah Jawi, juga bapa saudara masih sebagai Guru Pondok dan Ulama bebas, pertentangan pendapat sebegini telah lama berlaku zaman berzaman lagi.
Jika Ilmu Hikmah ini adalah khurafat dan tidak di ajar oleh Baginda SAW, bertefakkur sebentar dengan kisah sejarah dimana suati ketika Sungai Nil banjir mengganas , maka Sahabat Utama Baginda SAW, Saiyyidida "Umar RA menulis sepotong surat dengan permulaan Basmallah dan beberapa ayat memerintah supaya di campakkan kedalan Sungai Nil, seketika itu juga reda dan pulih seperti biasa. Perbuatan Saiyyida 'Umar sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda SAW.
Suatu kisah yang lain dimana Tentera Muslimin berperang dengan kerajaan kafir di benua India, yang mana tentera kafir kebal dari senjata para muslimin, maka ketika itu, Khalifah memerintah supaya semua pedang/senjata para muslimin di gantung dan di tulis Basmallah, maka dengan IzinNYA alah tentera kafir benua India dan hancurlah sihir mereka dan bermulalah penyebaran Islam di sana. Perbuatan ini juga tidak pernah dilakukan Baginda SAW, maka apakah ini juga khurafat atau sesat ?
Sebenarnya, banyak kesah para Daie/Pendakwah terutama di nusantara berhadapan sihir dan ilmu kesaktian di alahkan dengan Ilmu Hikmah berteraskan Ayat2 Al Quran, yang mana kesah Wali Sembilan, perajurit2 Melayu dan sebagainya mengalahkan sihir dan Ilmu Kesaktian menggunakan Ilmu Hikmah Ayat2 Quran, malah Doa2 dari Hadith Nabi Muhammad SAW.
Akhir2 ini, kepesatan ilmu fizik dan sains dapat membuktikan bahawa perkataan yang baik lunak dapat mempengaruhi minuman dan makanan dan memberi kesan yang positif kepada sel2 tubuh badan manusia.
Maka , apatah lagi kebersanannya jika kita para Muslimin berzikir, berdoa dan mengamalkan Kalam ALLAH bagi sesuatu tujuan yang baik dan tidak bertentangan dengan Kehendak NYA dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Banyak Ilmu Hikmah Ayat2 Quran berasalnya dari Para2 Ulama2 terutama Ulama2 Sufi dan Ilmu Hikmah dan mereka ini adalah pakar dan mahir semua disiplin dan semua bidang Ilmu Islam, pakar dan Hafiz Al Quran dan Hadith,mahir Ilmu sains dan sebagainya, menghafaz ratusan ribu Hadith2 sehingga ke perawi dan sanad, mahir feqah dan Ilmu Tauhid, seterusnya mengajar kita Ilmu Hikmah bagi bekalan Umat Islam di Akhir zaman.
Semua Sahabat2 Baginda SAW adalah bertaraf Aulia atau Wali2 ALLAH dan mereka semuanya ada Karamah masing2, namun Cahaya Kerasulan dan Kenabian Baginda SAW menenggelamkan Karamah Sahabat2 dengan Mukjizat Baginda SAW.
Yakinlah, Ilmu Hikmah mujarab kerana keberkatan membaca dan mengamalkan Kalam ALLAH yakni Al Quran Al Karim dengan IzinNYA juga, bukan kerana kita mengamalkan atau membacanya. Semuanya adalah kerana Izin NYA dengan Sifat Memberi dan Rahman NYA.
Justru, apabila mengamalkan Ayat2 Quran, pohon dari sudut hati keberkatan dan kemujarabatan, dan berhati2lah membacanya kerana itu ialah Kalam Pencipta Seluruh Alamin yang dari tiada kepada ada.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Pelihara Aqidah dan Iman
Eratkan persaudaraan sesama Islam
Wallahhu'alam.
Rabu, 24 Julai 2013
AYAT GAYONG PUKULAN JAUH
Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sunnah Wal Jamaah
Segala Pujian Hanya bagi DIA, ZAT yang Maha ESA, Tiada sesuatupun menyamai NYA.
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW dan Isteri Isteri Baginda SAW dan Sekelian Ahlul Bait, Yang terkemudiannya Zahirnya Imam Akhir Zaman yang akan memimpin Umat Nabi Muhammad SAW dan dibantu oleh Baginda Nabi Isa AS turun dari 'Langit' yang membawa Syariat Nabi Muhammad SAW, membantu 'Panji-Panji Hitam Dari Timur' menghapuskan musuh2 Islam dan menghancurkan orang orang yahudi laknatullah.
Ayat Gayong
===========
Semasa saya amat giat dan aktif semasa belasan tahun, pengisian zahir dan kekuatan batin, saya diajar Guru Guru Tua, jika sudah terbuka 'rahsia batin' diri dan 'isi' sudah cukup, maka barang ayat apapun akan mustajab dan mujarab.
Semasa bermain bergu dengan rakan2 segelanggang, tanpa pengetahuan mereka semasa mereka menyerang, saya akan membaca ayat ini...........
ALLAHHU AKBAR
ALLAH kata kena, Muhammad kata jatuh......
ALLAHHU AKBAR
sambil tangan menjurus berbentuk menolak, maka mereka akan terpelanting melambung kebelakang tanpa dapat menyentuh saya. Dimana selepas membaca Kalimah diatas, sambil tangan menjurus hembuskan nafas dari hidung dengan kuat sambil 'maqrifat' tangan kita menolak dada atau sebagainya, walaupun pada hakikatnya kita berada pada jarak yang jauh dari mereka.
Petuanya lagi kuat hembusan nafas, maka kuatlah kebersanannya, maka jika 'bermain' dengan rakan2, jagalah kekuatan nafas, pun begitu ianya hanyalah 'makan luar' sahaja.
Pun begitu, hanya mereka yang ada 'isi' sahaja dapat mempraktikkannya, manakala yang 'kosong' ianya sekadar kalimat kalimat biasa.
Mereka2 yang faham akan kata2 ini pasti tersenyum.
Wallahhu'alam.
Ahad, 21 Julai 2013
AYAT PELEPAS MUSUH @ PETUA
Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW dan Sahabat-sahabat Baginda SAW dan Isteri-isteri Baginda SAW dan Ahlul Bait.
Segala Pujian hanya bagi NYA dengan sebanyak bilangan ciptaan NYA yang tiada penghujung dan kesudahan.
Sudah pasti masa sampainya DIA akan musnahkan musuh musuh ALLAH dan Islam dengan Jalan yang hanya DIA sahaja mengetahuinya.
Ayat diatas sangat mabrur dan mujarab bagi para Syuhada dan Mujahiddin, Pejuang AgamaNYA, yang mana jika terkepung oleh musuh NYA, pasti membaca ayat diatas sebanyak banyak tanpa hitung, hamburkan tanah atau pasir kearah musuh, pasti Insyallah, berkat Kalimah NYA dan Baginda SAW, pasti ada jalan keluar dari kepungan.
Terlebih afdal jika disertai dengan , QUL-LAN-YU-SIY-BANA-ILLA-MA-KA-TAB.
Tiada amalan khusus, hanyasanya kelaziman membaca Surah Yasin setiap hari atau sekurang-kurangnya memberi satu kesedaran fadhilatnya apabila diperlukan.
Ayat ini juuga boleh digunakan jika terdesak, mahulah menyorok dimana2 samda belakang lalang, pokok atau semak, bacalah ayat ini bertubi-tubi dan membuat garisan di sekeliling kita. Insyallah, musuh akan buta mata dari melihat persembunyian.
Pun begitu, mahulah mulakan dengan bacaan Yasiin, Yasiin, Yasiin baharulah membaca ayat ini.
Wallalhualam.
Selasa, 16 Julai 2013
AYAT BESAR PELINDUNG
حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain DIA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal. DIA adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung.
Surah At-taubah:129
Mahulah diamal secara harian, Insyallah menjauhkan diri dari kejahatan yang di cipta NYA.
Boleh juga dibaca semasa keluar masuk rumah atau kenderaan.
Boleh juga ditulis pada kertas yang bersih putih dan suci dari najis, sertakan dengan Basmallah, di letakkan di dalam kenderaan atau rumah, sebagai berkat Kalamullah. Pastikan tiada sesiapa boleh melangkah dan jauhi dari tempat yang boleh terkena najis.
Wallahhu'alam.
AYAT PENUNDUK DAN AYAT PELEMBUT HATI
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ وَقَدْ خَابَ مَنْ حَمَلَ ظُلْماً
Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.
Surah Thaha: 111
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَا يَخَافُ ظُلْماً وَلَا هَضْماً
Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang ia beriman, maka tidaklah (seharusnya) ia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.
Surah Thaha: 112
Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan Salam keatas Baginda SAW dan Isteri-Isteri Baginda SAW dan Sahabat-Sahabat Baginda SAW dan Ahlul Bait, yang akan bangkit menegakkan Islam dengan Syariat Baginda Nabi Muhammad SAW.
Segala Pujian-Pujian hanya bagiNYA sebanyak bilangan CiptaanNYA.
Maha Suci DIA dari kekurangan dan Kelemahan.
Maha Besar DIA dengan segala Kebesaran dan Kemuliaan.
Ayat diatas boleh digunakan sebagai pelembut hati dengan pelbagai cara dan guna, samada menghembus secara lemah lembut ke wajah seseorang yang di maksudkan mahupun membaca keatas makanan atau minuman untuk anak-anak yang nakal dan degil ataupun kepada suami yang bengis dan bebal panas baran.
Terlebih baik dibaca bersama sama Salawat.
Wallahualam.
Langgan:
Catatan (Atom)

