Khamis, 28 Julai 2011

Peringatan-Ilmu Nafas Sinar Islam

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan selamat menyambut bulan Ramadhan.

Sekadar peringatan, Ilmu Nafas Sinar Islam didalam Blog saya sekadar pengetahuan para pembaca sahaja, saya menasihati jangan diamalkan latihan2 tersebut kerana boleh mendatangkan MUDHARAT kerana tidak melalui Baiah dengan Guru dan tanpa bimbingan dan pengawasan Guru boleh menyebabkan Mudharat kepada mereka yang membuat latihan Nafas ini. Bacalah sekadar untuk pengetahuan supaya generasi Melayu sekarang mengetahui sesuatu Ilmu Warisan yang sudah mula dilupai.

Wassalam dan Selamat Berpuasa

Rabu, 27 Julai 2011

Pukulan Jauh/Angin Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas


Pukulan Angin/Jauh/Gayong-Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas


Latihan Ilmu Nafas-Sinar Islam

a) Allah Hu Akbar                                     21X
Latihan Nafas Keluar dari lubang hidung sebelah kanan, setelah dikepit/tutup lubang hidung sebelah kiri dengan jari telunjuk tangan kiri sambil tapak tangan kanan menutup lubang pusat. Nafas dihembus dengan kuat sebanyak bilangan bacaan diatas.
Latihan ini diulang2 sebanyak 7 kali didalam sesuatu masa latihan. Badan hendaklah suci daripada hadas kecil atau besar dan hendaklah berkeadaan berwuduq mengadap Kiblat.
Latihan ini boleh dilakukan bila2 masa tetapi adalah lebih baik selepas Solat Isya’ sunyi dari kewujudan manusia dan gangguan
Latihan Ilmu Nafas ini bertujuan untuk mendapatkan kekuatan Kerohanian Tenaga Dalam yang amat diperlukan untuk kekuatan Kebatinan seseorang, dan ianya diamalkan sepanjang masasampai bila2pun.

Setelah dapat merasakan kekuatan dalaman yang bertambah melalui bukti2 seperti Sikap yang semakin berkeyakinan tinggi, berani, bersemangat dan lain2 sifat perubahan yang daripada lemah ke bertambah2 kuat dan bertenaga, maka itu tandanya amalan latihan Ilmu Nafas ini sudah menunjukkan ‘Menjadi’. Salah-satu tanda yang ketara ialah tubuh-badan seolah-olah berisi suatu kekuatan Tenaga yang mana kita senantiasa bertenaga dan cergas. Jika sudah mendapat tanda2 ini, maka teruskan usaha amalan tersebut.

b) Latihan Ilmu Nafas-Sinar Islam 2

ALLAH-HU..................................................

Berlatih menggunakan mulut untuk bernafas masuk-keluar tanpa sedikitpun bernafas menggunakan hidung. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi Tenaga Dalam/Aura/Cakra dan sebagainya.

Cara latihan ialah , sebutkan ALLAH apabila sambil bernafas masuk melalui mulut dan HU apabila menghembuskan nafas keluar sambil kedua2 belah tangan seperti Qiam berdiri Solat dimana tapak tangan kanan diatas belakang tangan kiri (Seperti sedang berdiri bersolat ) dan menutup lubang pusat.

Latihan ini hendaklah dilakukan sebanyak bilangan 66X sekali amal seperti jumlah huruf ALIF LAM LAM HA........................didalam kiraan huruf Arab.

Tanda2 seperti Muka bercahaya, badan terasa ringan tetapi bertenaga, sifat bertambah Positif, perasaan terlebih tenang dan fikiran bertambah tajam, kesedaran kejadian yang  berlaku disekeliling kita bertambah peka walaupun mata pejam mahupun dibelakang kita, maka itu tanda2 awal amalan dan latihan sudah berhasil



Rajah diatas sebagai pedoman kemudahan untuk memahami apa yang dimaksudkan. Apabila melakukan latihan ini, hendaklah nafas disedut sedalam dalam yang boleh dan dihembuskan sekuat kuat yang boleh tanpa memutuskan Kalimah ALLAH-HU tersebut.

Selamat Beramal dan selamat berpuasa didalam Bulan Yang Mulia, Ramadhan Al Mubaraq.


Isnin, 4 Julai 2011

Perhimpunan BERSIH

Salam Kepada Semua Pembaca Blog IKM

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kaseh kerana sudi membaca pengalaman saya melebihi 30 tahun didalam pencarian warisan Melayu.

Walaubagaimanapun, disini, ingin saya tegaskan pendirian saya yang juga bersamaan pendirian kumpulan Perguruan Seni Silat Melayu dari semua Perguruan Silat Melayu Malaysia dan Gabungannya, bahawa kami semua bersatu hati dan beriktikaq akan kesetiaan kepada Pemerintah dan menjauhkan diri daripada Perhimpunan Haram BERSIH yang kotor dengan Agenda untuk menjahanamkan Islam dan Melayu, termasuk dengan anasir2 Komunis yang dibawa oleh beberapa Parti Politik Bukan Melayu.

Pendirian ini sekata dan senada dengan rakan seperjuangan dari Pertubuhan Seni Silat Lincah, Perguruan Lintau (Yang juga saya adalah Ahlinya), Perguruan Seni Silat Gayong Malaysia, Seni Silat Cekak dan lain2 Seni silat yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.

Pendirian ini telah diambil kira setelah kami berjumpa dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan juga beberapa Ulama bebas, yang memberi pandangan yang bernas dan tepat kepada kami semua.

Justru, saya dengan rendah diri bermohon sekelian pembaca Blog ini agar membuat pendirian yang sama dengan menunjukkan ketaatan kepada Pemerintahan sekarang yang juga adalah terdiri dari orang2 Melayu berugama Islam.

Jauhkan diri dari persengketaan sesama bangsa dan seagama, dan rapatkan Barisan, luruskan Saf dan sebarkan Kaseh Sayang dan Taat Kepada ALLAH dan RASUL, Taat kepada Kedua Ibubapa dan Taat kepada Pemerintah seperti Fatwa Imam2 Mahzab 4, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan lain2 Imam Muktabar.

Wassalam.


Rabu, 29 Jun 2011

Ilmu Gerak - Pukulan Maut/Bisa













Ayat Ilmu Gerak - Pukulan Maut/Bisa
+++++++++++++++++++++++++++

Amalan ini hanya diamalkan sesudah mahir dengan Ayat Gerak sebelum ini , ayat gerak ini hanya bertujuan untuk mengisi pukulan2 dengan bisa dan isian2 kebatinan. Apabila sudah membaca Ayat Gerak Buah sebelum ini, teruskan membaca Ayat Gerak Pekulan Bisa/Maut ini

Bismillah..................

Surah Al-Fil..........1X

Allah huakbar kabiro
Walham dulillah hika tsi ro
Wasubhanallah hibuk ratau wa asila...............1X

(Bacaan selepas Takbir memulakan Solat )

Ya Allah Ya Rabbi

Berikanlah hambaMU ini gerak geri pukulan maut........3X

Allah Huakbar....................................................................7X
#Baca senafas dan hembus nafas dengan PETUA tujuh kali juga.

Seterusnya bacakan 
Ya 'Aziz Ya Qahhar sebanyak2nya tanpa henti sehingga merasakan sudah puas dengan latihan2/main dan cara untuk menamatkan adalah sama seperti sebelumnya

#Nota:- Petua nafas tidak dapat ditunjukkan melainkan setelah Sah melakukan Baiah Salam dengan Guru.

Wallahualam


Jumaat, 10 Jun 2011

Mandi Limau

Silat Melayu


MANDI LIMAU

Sebelum mempelajari Sinar Islam (SI), setiap murid jika perlu dimandikan dengan istilah Mandi Limau. Jenis limau adalah jenis Limau Purut, bukan limau purut yang dibeli di kedai atau  pasar, tetapi hendaklah dipetik dari pokok limau purut pada waktu awal pagi ketika matahari betul betul terbit. Petuanya ialah, memetik limau purut yang mengadap pada matahari terbit, dan di bacakan selawat tiga kali dan memberi salam kepada Nabi Khidir dan Nabi Ilyas.

Petuanya seperti berikut:-

a) Memetik limau purut mengadap matahari terbit diawal pagi hari, sebaik baiknya pada hari Jumaat

b) Memerlukan sekurang kurangnya 3 biji limau, jika tiada , boleh sahaja satu biji kerana mandi sebagai syarat sahaja

c) Membaca Selawat 3X
   Memberi salam kepada Nabi Khidir dan
   Nabi Ilyas

d)Mula sahaja memetik, haruslah membacakan ini,

  Assalamualaikum langit
  Assalamualaikum Bumi

  Maka teruskan memetik

Limau itu dipotong empat belah tanpa putus dan tanpa memotong urat limau, yakni bermaksud memotong dari atas yaitu bermula dari arah tangkainya.

Limau tersebut diperah sedikit sahaja sambil membaca;-

Al Fatihah.....................1X
Al Ikhlas......................1X
An-Nas.........................1X
Al-Falaq.......................1X
Selawat........................1X

Air tersebut dibuat mandi, sementara ketika sedang mencurahkan air mandian limau purut itu, hendaklah meminumkan sedikit air mandian itu sekadar perasa. Setelah habis sudah mencurahkan air mandian tersebut, petuanya ialah menyapukan air mandian dengan kedua belah tapak tangan keseluruh tubuh badan sekadar yang termampu.Sesudah itu, jangan dilapkan air mandian, biarkan kering dengan sendirinya. Satu  larangan ialah, mandi biarlah memakai kain basahan.

Ada juga guru memberi kita memakan cubitan garam yang telah dijampikan supaya lidah kita masin (mengikut kata Guru). Bacaannya adalah sama dengan mandian tersebut.


Khamis, 9 Jun 2011