Selami dan ketahui kekayaan Ilmu Orang Orang Melayu Dahulu Kala, Kaya Dengan Adat, Kaya Dengan Ilmu. Berbanggalah kita dengan warisan ini, Tidaklah Melayu Dipanggil Melayu Sehingga Mengenali Warisan Silat Melayu. TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA:- LAKSAMANA HANG TUAH Sebarang Pertanyaan, email ke :- ilmukebatinanmelayu@gmail.com
Khamis, 25 April 2013
Majlis Pendekar Se Malaysia Menolak Pakatan
Majlis Pendekar Tolak Pakatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130425/px_03/PRU-13-Majlis-Pendekar-seru-rakyat-tolak-pembangkang
Sabtu, 6 April 2013
Fadhilat Surah Al An'am.
Bismillahiirrohmanirrohimmm.
Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan Salam Keatas Penghulu Sekelian Makhluq, Baginda SAW, Dan Juga Salam Kepada Isteri2 Baginda SAW, Sahabat2 Baginda SAW, Ahlul-Bait.
Segala Pujian Hanya BagiNYA, Tiada Sesuatupun Setara dan MenyamaiNYA, Maha ESA Pada ZATNYA, SIFATNYA, NAMANYA DAN FEELNYA.
Islam Itu Bersaudara, maka janganlah menjatuhkan tangan keatas saudara2 kita, mahupun mendoakan kebinasaan dan kehancuran, kerana ianya adalah dari sifat2 munafiqun dan fasiqun seperti khawarij dan syiah.
Fadilat Suratul Al An'am
SURAH AN'AM-Ayat Satu (1) sehingga Tiga (3)
بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
الحَمدُ لِلَّهِ الَّذى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ وَجَعَلَ الظُّلُمٰتِ وَالنّورَ ۖ ثُمَّ الَّذينَ كَفَروا بِرَبِّهِم يَعدِلونَ ﴿١﴾(1) Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.هُوَ الَّذى خَلَقَكُم مِن طينٍ ثُمَّ قَضىٰ أَجَلًا ۖ وَأَجَلٌ مُسَمًّى عِندَهُ ۖ ثُمَّ أَنتُم تَمتَرونَ ﴿٢﴾(2) Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).وَهُوَ اللَّهُ فِى السَّمٰوٰتِ وَفِى الأَرضِ ۖ يَعلَمُ سِرَّكُم وَجَهرَكُم وَيَعلَمُ ما تَكسِبونَ ﴿٣﴾
Dikatakan didalam riwayat kitab2 besar Ulama2 Muktabar dan Ulama2 Hikmah, semasa Tiga (3) ayat pertama Surah Al An'am diturunkan besertanya 70,000 para Mala'ikat kerana Kemuliaan dan Kebesarannya.
Fadilat-fadhilatnya
1) Mahulah diamalkan setiap selepas Solat Fardhu, fadhilatnya menurut Ulama2 Hikmah, apabila telah sampai ajal, DIA sendiri akan mencabut Ruh dari jasad pengamal pengamal Surah ini.
2) Mengamalkan sehingga menjadi kelaziman setiap hari setiap masa sehingga sebati dengan lidah dan hati, dimana apabila suatu ketika akan terdapat petunjuk dan ilham secara nyata dan mimpi, pengamal akan teruji zahir dan batin, dimana penyelamat dari ujian ialah dengan membaca Ayat2 Ini. Secara lazimnya, permulaan pengamalan ialah mahulah mengamalkan dengan melihat Al Quran, yang mana semasa beramal melihat setiap huruf dan ayat semasa membacanya. Sebatikan dan hafazkan Ayat 1-3 dari Surah ini sehingga mampu menulisnya walaupun tanpa tanda bacaan sekalipun. Digalakkan faham akan terjemahan dan tafsir, maka ianya akan membantu mengapa 70,000 malaikat turun memuliakannya.
3) Apabila sebati, pengamalnya secara sedar atau tidak, perbuatan sihir atau ilmu kebatinan yang berniat jahat akan terbatal dan tawar dengan sendirinya , kadang kala tanpa kita sedari kerana DIA melindungi dan membantu si pengamalnya sepanjang saat dan waktu.
4) Salah satu fadhilat yang nyata, apabila Pengamalnya mendekati pesakit kena rasuk, walaupun hanya berniat untuk melihat dukun, bomoh atau siapa sahaja, selalunya jin dan syaitan akan lari keluar walaupun tanpa penglibatan secara langsung pengamalanya kerana kekuatan Cahaya dan Nur yang mengerikan jin dan syaitan.
5) Jika mahu menghalau pesakit yang dirasuk, cukuplah membacanya sambil 'maqrifatkan' syaitan dan jin keluar seperti keluarnya 'nafas' dari tubuh kita. Insyallah, itulah jasanya yang saya rasai sehingga kini, Insyallah.
Wallahu'alam.
Rabu, 3 April 2013
PRU 13
Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat dan salam keatas Baginda SAW,Ahli Keluarga Baginda SAW, Sahabat2 Baginda SAW dan Ahlul Bait.
Segala Pujian hanya bagiNYA,
Maha Suci dari kelemahan dan kekurangan,
Maha Besar NYA dengan segala KebesaranNYA, KemuliaanNYA dan KeagunganNYA.
Saudara2 pembaca, nasihat saya , berikanlah undi kepada pihak yang secara jelas dan tegas memelihara kesucian Islam dan bangsa melayu tanpa berdolak dalih, dibuktikan dengan perkataan dan perbuatan.
Berikanlah undi saudara2 kepada yang pihak yang secara tegas dan keras memelihara Kalimah ALLAH dan menentang kebebasan pluralisma.
Sokonglah pihak yang menjadi dominan/berkuasa penuh dalam satu barisan, bukan yang menjadi tunggangan puak kafir zindiq yang secara jelas lagi nyata anti Islam dan anti-Melayu.
Kelak, menyesal belakang hari dan menjadi sumpah seranah anak cucu kita kemudian hari.
Ingat !!!. Sekali tersilap, tiada langkah kebelakang semula.
Saya dan sekelian anak2 murid dan rakan2 sealiran memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak yang memberi ketegasan memeliha Kalimah ALLAH.
ALLAH HUAKBAR.
Selasa, 5 Mac 2013
Musuh Islam
Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Sahabat Sahabat Baginda SAW dan Ahlul Bait.
Segala Pujian Hanya BagiNYA, DIA Maha ESA Dari ZatNYA, NamaNYA, SifatNYA dan FeelNYA.
Kami Mohon Perlindungan Dan Keselamatan Kepada Anggota Keselamatan Yang Mempertahankan Negara Sebagaimana Perintah DIA dan RasulNYA.
Syahid Keatas Anggota Keselamatan Muslimin Semuga DIA Menempatkan Tempat Yang Mulia Dan Sebaik-baiknya.
Peristiwa Lahat Datu Mencerminkan Peribadi Orang Orang Islam Yang Keji Dan Hina, Oleh Itulah Fitnah Dan Adu Domba Adalah Sebesar Besar Dosa, Kerana Ianya Melarat=Larat Menyebabkan Kehilangan Nyawa, Fitnah Bertambah-Tambah, Pembohongan Dan Huru Hara.
Laknat DIA Keatas Mereka Yang Menjadi Dalangnya.
Ketahuilah , Kegilaan Kuasa Dan Dunia Menghilangkan Martabat Insan Kepada Haiwan.
Kejian Dan Penghinaan Beberapa Orang Dan Tian Chua Kepada Kematian Anggota Keselamatan Adalah Sebesar Besar Penghinaan Dan DIA Berfirman Di Dalam Al Quran, Mahfumnya...Janganlah Kamu Jadikan Orang Orang Kafir Pemimpin Kamu, Teman Kamu Kerana Mereka Adalah Musuh Yang Nyata.
Sabda Baginda SAW Di Dalam Hadithnya Di Dalam Bukhari Dan MUslim, An-Nasai'e, Ibnu Majah, At Tharmizi Dan Kitab2 Muktabar, Siasatlah Dahulu Perkataan Dari Seorang Fasiq..............
Jika Sedemikian, Apatah Lagi Perkataan Yang Keluar Dari Mulut Kafir Harbi Seperti tian chua dan sekutunya.
Islam Itu Bersaudara, Musuh Islam Adalah Yahudi, Kristian Dan Kafir Harbi Yang Secara Terangan Membenci Islam................
Wallahualam.
Ayat Perlindungan Sekampung
===========================
Amalan Ini Saya Dapati Dari Seorang Ulama Pondok Yang Mendapatnya Dari Gurunya dan Dari Gurunya Pula, Dan Mereka Itu Semuanya Ulama Sunnah Waljamaah.
Hendaklah Sekurang-kurangnya Di Kepalai Oleh Seorang Yang Soleh Dan Waraq, Membaca Ayatul Qursi Keliling Kawasan Kampung, Dan Di Ikuti Oleh Para Jamaah Kampung Yang Turut Membaca Dimana Semuanya Haruslah Berwuduq Dan Melakukan Solat Hajat Khusus Berniatkan Pending Atau Pelindung.
Setelah Selesai Membaca Ayatul Qursi, Mahulah Berkumpul Dan Berjemaah Membaca Ayatul Kursi Secara Jahar/Kuat Sebanyak Bilangan Huruf 170X Dan Bersambung Dengan Dua (2) Ayat Akhir Suratul Baqarah, Tiga (3) Ayat Pertama Suratul An'am, Suratul Falaq Dan Suratul An-Nass Dan Semua itu DiBaca Sebanyak 3X Atau 7X Atau 11X Atau 13X.
Setelah Selesai, Sambunglah Membaca:
Salamun Qaullam mirrob birrohim 21X
Dan Berdoa Mengikut Kesesuaian Masa Dan Tempat.
Sebagai Pemakaian Harian Keluar Masuk Kampung, Mahulah Membaca Ayat Dari Surah Yasiinnn.
Wa Ja'alna..........sehingga habis ( Ayat Yang Di Baca Baginda SAW Semasa Di kepung Quraisy )
Selamat Beramal, In-Sya-ALLAH.
WALLAHUALAM.
5 Mac 2013.
Selasa, 29 Januari 2013
Rahsia dan Fadhilat Basmallah Bahagian 8
Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Tiada Tuhan Selain ALLAH dan Muhammada Adalah Pesuruh ALLAH.
Jelas lagi bersuluh, bahawa Kalimah ALLAH seperti didalam Kalimah Syahadah hanya membenarkan Kalimah ALLAH untuk Yang Maha ESA lagi Maha Tunggal, Tiada sesuatupun menyerupaiNYA, bahawasanya tidak ada TUHAN hanyasanya ALLAH adalah satu2nya TUHAN, selainnya adalah yang baharu dan makhluk.
Maka, barangsiapa yang membenarkan Kalimah ALLAH boleh digunakan oleh 'kafir', sesungguhnya dia telah syiriq, kufur dan murtad jika tidak bertaubat, kerana agama palsu lain ada bermacam macam 'tuhan' seperti budha, india, yahudi ataupun kristian dengan trinity tuhan beristeri dan ada anak.
Perhatikan dan huraian Suratul Al Ikhlas yang juga di panggil Surah Tauhid, menerangkan DIA itu ESA, tempat meminta, tidak di peranakkan dan tidak beranak dan tiada sesuatupun menyamaiNYA.
Barang siapa mengamalkan Basmallah sebanyak bilangan 313X setiap hari selepas Solat Asar, nescaya akan beroleh kedamaian dan ketenangan jiwa dan hati dari keluh kesah, malahan amalan 313X Basmallah sangat mujarab dan ampuh untuk membinasakan musuh2 Islam, yang mana secra mana musuh Islam dibinasa hanya di ketahuiNYA didalam rangcanganNYA.
Amalan membaca Basmallah sebanyak 313X berserta membaca Surah Yasin dapat melumpuhkan perbuatan khianat zahir batin, sihir atau permainan ilmu2 kebatinan yang memporak perandakan rumah tangga, kampung halaman malah negeri sekalipun. Terlebih afdal mengamalkan secara jemaah dengan hati yang tulus dan mengESAkanNYA secara keseluruhan.
Ada orang2 lama yang saya berbual, suka membaca Basmallah 313X kemudian meludahkan ketapak tangan lalu sapukan keseluruh tubuh badan sebagai pelindung diri dari khianat, bala dan penyakit2.
Ianya juga boleh di bacakan sekiranya tersesat didalam hutan kerana permainan jin dan syaitan, tetapi dituruti dengan Surah Al-Fatihah, yang mana setelah membaca Basmallah 313X , mahulah membaca Al-Fatihah 1X.......
Wallhualam.
Jumaat, 4 Januari 2013
Rahsia Dan Fadhllat Basmallah Bah 7
Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait dan Sahabat-Sahabat Baginda SAW
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, DIA Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih Keatas Hamba-HambaNYA.
Bersatulah Demi DIA Dan Rasulullah SAW Dibawah Panji Kalimah Syahadah, bahkan Kegilaan Seorang Muslim didalam mengejar dunia dan kuasa politik telah banyak kali terbukti menhancurkan Ummah malahan ramai telahpun kembali keasal sebelum sempat memohon ampun dan maaf terhadap semua fitnah fitnah dengan tuduhan tuduhan berat seperti kafir sesama sendiri hatta diatas kejahilan Ilmu didalam dada.
Kepada pembaca blog ini, saya hanyalah manusia seperti anda semua, saya bukanlah seorang pendekar jauh sekali panglima maupun Aki, Pawang dan sebagainya. Kelebihan saya hanyalah kedahagaan mencari ilmu ilmu kebatinan semenjak seawal 12 tahun lagi. Kebetulan pula bapa saudara, dato dan saudara mara dan lain lain mahir dan handal di bidang ini.
Blog ini sekadar perkongsian pengalaman saya mencari ilmu sehingga kini dan di kongsi bersama sama. Di luar sana , ramai yang jauh lebih hebat dan gagah , tidak menjadi keberatan jika para pembaca mencari ilmu disana asalkan tidak merosakkan Aqidah dan memelihara persaudaraan sesama sendiri, kerana musuh kita telah mengzahirkan diri dengan sejelas jelasnya dengan isu isu seperti murtad, Kalimah ALLAH, menggugat Raja dan Sultan dan kepentingan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini. Mereka inilah mesuh kita yang zahir dan batin adalah mereka yang bersama sama dengan kafirin ini, yang secara jelas sememangnya bencikan Islam dan Melayu umumnya, maklumlah mereka semuanya berasal dari tanah besar china komunis............
Rahsia dan Fadhilat Basmallah Bah 7
Angka 786 sememangnya sinonim dengan Basmallah, ketahuilah ada rahsianya sebegitu seperti mengapakah Al-Fatihah di gelar Ummul Kitab dengan 7 ayat berkaitannya dengan Alam Semesta ( Semua Dimensi/Lapisan Alam) yang mana selepas Basmallah, ianya Memuji DIA Tuhan Semesta Alam, berlainan dengan firmanNYA Tuhan langit dan bumi, yang bersesuaian dengan zahir manusia yang kasar berkait rapat dengan alam yang kasar, alam yang dapat dilihat dengan mata yang zahir yakni dari bumi ke langit, cangkerawala (universe), sedangkan baru2 ini, para saintis didalam semua bidang berkaitan telah membuktikan bahawa kita bukan sahaja ada 'universe', malahan 'multi verse', yakni universe yang lain wujud selari dan bersama sama dengan kita tetapi di dimensi/lapisan yang tidak sama dengan kejadian kita dan 'universe' disini.....................ajaib kerana DIA telah membuka rahsia ini di permulaan Surah Al-Fatihah.
Maka yakinilah, jika barang siapa yang selalu mengamalkan Basmallah sebanyak bilangan hurufnya 786 X sehari semalam dengan niat dan tujuan dibuka hijab mata zahir, maka Insyallah dengan niat yang murni dan suci, dia akan dapat melihat pemandangan sebelah 'sana' dengan mata Qolbu, sedangkan mata Qolbu itu pula mempunyai beberapa darjat penembusan mengikut maqam masing masing.
Tetapi janganlah pula berharap dapat melihat Malaikat, kerana itu memerlukan mata 'sirr' yang hanya berjaya diperolehi melalui amalan 'Tariqat', sedangkan ini hanyalah terbatas dapat melihat alam jin sahaja. Ketahuilah alam jin pula mempunyai beberapa hijab dan lapisan, yang mana ada sejenis jin yang tidak terlihat oleh jin yang lain kerana berlainan penciptaannya dari darjah nisbah api yang berlainan pula. Sila rujuk FirmanNYA, jin diajadikan dari dua jenis api......................harap maklum dan rujuk kepada tafsir2 mahsyur dari Ulama Muktabar.
Sementelahan pula , selepas membaca 786 X itu, mahulah menyapu kedua belah mata dengan kuku kedua ibu jari tangan sambil berselawat. Namun harus di ingat, bukan semua yang berjaya kerana mengikut tahap dan nisbah diri masing2. Insyallah
Wallahualam.
Khamis, 20 Disember 2012
Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 6
Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW Dan Sahabat Sahabat Baginda SAW
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Lagi Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.
Fadhilat Basmallah Bah 6
Salah satu petua orang2 lama bidang perubatan ialah jika diserang demam panas, demam biasa atau demam kerana gangguan jin dan syaitan terutama kanak2, maka haruslah menulis Basmallah dengan huruf terputus putus, yakni Ba', Sim, Mim dan seterusnya diatas pinggan putih (bukan jernih) dan dibasuhkan dengan air masak dan sebagainya, dan dibuat minuman, manakala dengan perihal gangguan, mahulah ditulis seperti diatas dengan huruf terputus diatas kertas putih atau kain putih dan dibuat azimat dan di gantung di leher.
Insyallah, dengan IzinNYA dan Berkat Basmallah, sembuhlah...
Wallhualam
Langgan:
Catatan (Atom)