Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW dan Ahlul Bait.
Segala Pujian Hanya BagiNYA, Tempat Mengadu dan Permohonan dan Pertolongan.
Tiada Daya dan Kuasa Melainkan Dengan IzinNYA.
Ayat dua(2) dari Surah Al Ikhlas adalah salah satu rahsia yang jarang jarang di ketahui selain yang pernah mengamalkannya dan mengetahui rahsianya yang amat besar.
Ayat yang bermaksud ALLAH TEMPAT MEMOHON/MEMINTA , AS-SHOMAD salah satu dari Asmaul Husna mempunyai khasiat yang tersembunyi, lembut tetapi amat berkesan.
Ayat ini juga adalah sebahagian didalam Perguruan Sinar Islam dan Perguruan Semantan Puteh, boleh digunakan oleh sesiapa yang berada di saat kecemasan.
Cara amalanpun amat mudah dan ringkas. Boleh di amalkan bila2 masa, dimana2 sahaja (tempat2 yang di izinkan syaraq/bukan di dalam tandas dll), tanpa had kiraan yang tetap, sehingga menjadi kelaziman dan kebiasaan harian.
Cara penggunaan juga mudah, sepertimana doa2 lain, dahulukan Ayat Dua(2) kemudian baharulah berdoa.
Namun, sebaik2nya sertai dengan pujian atau Salawat keatas Baginda SAW.
Salah satu pengalaman kegunaannya semasa kecemasan ialah berhadapan dengan anjing liar yang menyerang, saya membacakannya (masa itu, ini sahaja yg terlintas di fikiran) beberapa kali memohon pertolonganNYA di jauhi bala sambil merenung anjing2 tersebut, seolah2 ada halangan diantara saya dan anjing, maka syukur kepadaNYA, anjing2 tersebut berlalu sebegitu sahaja.
Namun, khasiat dan Rahsianya jauh lebih besar dan dalam dari itu, dimana ianya boleh di gunakan sebagai 'Ibu' atau kepala doa2 harian kita samada doa2 lazim atau doa2 yang kita panjatkan kepada NYA.
Sudahilah dengan Salawat, Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan