Ahad, 20 Julai 2014


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Salam Sejahtera keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Shalawat dan Salam Keatas Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW dan Isteri Baginda SAW dan Ahlul Bait.

Hari semakin akn kebangkitan Ummah, Dunia sudah di penghujung kezaliman dengan pembunuhan demi pembunuhan orang orang Islam.

Itulah padahnya jika tiada bersatu dan lemah ekonomi , kekayaan di belanjakan kearah dunia fana.


Sempena Aidil Fitri, saya inginmengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA DARI GOLONGAN SUUNAH WAL JAMAAH.

Maaf di pinta justru kesibukan masa dan waktu untuk menulis di dalam blog manakala rasanya banyak email tiada berjawab.

Insyallah, ada kelapangan saya akan menjawab sekadar apa yang saya tahu dan berkongsi pengalaman dan ilmu.

Wallahualam 

Rabu, 16 April 2014

Petua Muka Bercahaya dan Berseri

Segala Pujian Hanya Bagi NYA, Tuhan Sekelian Seluruh Alam Semesta.
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW dan Isteri Isteri Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW.

Saya memohon maaf dengan kesibukan perniagaan dan pekerjaan sehinggalah kehari ini (16 Apr 2014) ada sedikit kelapangan untuk berkongsi Petua 'orang lama'.

Pelbagai email diterima , cuma saya bermohon Ilmu tidak boleh dijual beli melalui email, hanya sedikit keizinan boleh di kongsi dengan apa yang sudah saya kongsikan di Blog ini.

Maaf, saya tidak boleh berkongsi beberapa Ilmu seolah olah rendahnya Ilmu Kebatinan Melayu dan Rahsianya boleh senang di pelajari hanya melalui email.

Ini ada satu petua untuk muka bercahaya berseri seri boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja bahkan sesuailah untuk suami isteri.

Semasa berguru , pernah suatu ketika Arwah Guru memberitahu bahawa barangsiapa yang rajin dan menjaga Solatnya dan memahami Sifat 20 akan sifat sifat wajib bagi NYA dan tiada terlintas di hati selain bahawa Tiada Tuhan Selain DIA, yakni ALLAH Yang Maha ESA , kata kata yang keluar dari mulut 'masin' atau istilah mudah mujarab.

Maka Petua mudahnya ialah selepas Solat Dhuha mahulah berbuat sebegini :-

Sambil mengusap wajah bermula dari dagu terus ke ubun ubun, mahulah membaca ungkapan ini tiga kali 

" ALLAH Maha Cahaya, ALLAH Maha Indah" 3 kali (3X)

Tiada pantang larang , sebagai tambahan lagi selepas berwuduk biarkan sahajalah air wuduk kering dengan sendiri.

Wallahhualam.


Ada pantun mantera orang melayu lama yang juga di amalkan oleh beberapa orang tua, tetapi ini sekadar berkongsi Ilmu Kebatinan Warisan Bangsa Melayu, jangan di amalkan, sekadar untuk pengetahuan sahaja.

Ribu ribu lintang jalan
Anak buaya lentang tasek
Seribu orang berjalan
Aku seorang dipandang cantek.........


#Tidak boleh di amalkan#


Rabu, 2 April 2014

Amalan Pagar Diri Fitnah Halus

Segala Pujian hanya bagi NYA, Tuhan  sekelian Alam Semesta.

Salawat dan Salam hanya Keatas Baginda SAW dan Isteri Isteri Baginda SAW dan Sahabat Baginda SAW.

Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Pelbagai peristiwa berlaku yang amat di luar batas akal manusia terutama orang Islam yang semakin hari semakin tertipu dengan permainan halus dajjal dan tenteranya, sehinggakan jangankan orang awam bahkan bukan sedikit ulama ulama pun ikut tertipu dan terpedaya.

Serahkan sahaja kepada NYA dengan Solat dan Berdoa lantaran tiada seorangpun di kalangan kita yang dapat membaca dakyah halus dan palsu dajjal dan tenteranya selain ALLAH dan RosulNYA, Imam Mahdi dan Nabi ISA AS.

Seperti suruhan ulama ulama muktabar tersohor zaman awal Islam, terdapat beberapa Hadith Shahih Bukhari Muslim agar kita mengamalkan:-

10 Ayat awal  Surah Kahfi
10 Ayat akhir Surah Kahfi.

Dan berserah kepada NYA supaya kita di jauhi oleh tipu daya iblis dan dajjal.

Wallhualam.

Jumaat, 14 Februari 2014

Petua menghilangkan kena bisa gigitan serangga

Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Isteri ister Baginda SAW dan Sahabat sahabat Baginda SAW.

Segla Pujian hanya Bagi DIA, Yang Esa lagi Tunggal, 
Tiada layak di sembah selain DIA, yakni ALLAH Maha Esa Maha Pemurah Maha Pengasih.

Jika terkena sengatan serangga seperti tebuan, lebah, kala jengking atau lipan, segeralah mengambil air liur di langit-langit dan membaca Kalimat Alhamdulillah sambil disapu di tempat kena sengatan tersebut.

Jika ada segelas air dan garam jantan/laut dibancuh satu sudu di dalam air segelas dan di baca Al Fatihah 3 Kali dan di minum , selebihnya dilumur ke tempat kena sengatan .

Insyallah.

Khamis, 5 Disember 2013

PETUA UNTUK MASUK KAWASAN YANG TIDAK BIASA

Segala Pujian Hanya Bagi NYA, Tiada sesuatupun Menyamai NYA.
Maha Suci Lagi Maha ESA Zat NYA, Sifat NYA, Nama NYA , Feel NYA.
Tiada Yang Berhak Disembah Sebagai Tuhan Selain ALLAH.

Salawat dan Salam Bagi Baginda SAW, Isteri Baginda SAW, Sahabat Sahabat Baginda SAW dan Ahlul Bait.

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Sebelum memasuki sesuatu kawasan yang tidak biasa atau tempat yang pertama kali, selain membaca :-

Salamun Qaulammirrobbirrohiim - 19X......................





Boleh juga membaca 

 (19 Kali)




Dengan memulakan kaki kanan dan di sudahi kaki kiri pada bacaan Ar Rohiim.

Pada petua orang2 tua Pendekar dan Panglima, acap kali mereka memberi Salam seperti ini:-

Assalamu'alaikum Langit
Assalamu'alaikum Bumi

Ya Rabbi

Peliharalah kami dari sesuatu yang menyakiti.

Wallahu alam


Rabu, 27 November 2013

Hendak Seribu Daya, Tidak Seribu Dalih

Dengan Nama NYA Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Salawat Dan Salam Ketas Baginda SAW , Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW.

Tahun 70an, ketiga masih bersekolah, saya bermula mempelajari Silat Kuntau di Ulu Kinta, Perak dengan Pengeras RM5.25sen , jika di bandingkan sekarang barangkali melebihi RM50.00.

Ada ketika berguru dengan Guru Tua Silat Lintau (Arwah) berbasikal daripada Ulu Kinta melalui Tanjung Rambutan hanya berbasikal bersama seorang kawan ke Kampung Kepayang dan Chepor , belajar berlapikkan tanah dan juga simen.

Bayangkanlah jika dijatuhkan atau dilambung, betapa sakit, tetapi itulah mengajar sabar menahan sakit dan pada masa yang sama ketahanan tubuh badan dan fikiran.

Jika memberi buah, betul2 seperti mengadap lawan, sebabnya jika betul betul berhadapan dengan musuh, itulah yang menunggu, tiada belas kasihan.

Sekarang ini, belum tentu ada anak muda segagah begitu dan kesabaran tertinggi, bagaimana mahu belajar Silat, belumpun bermula sudah memberi pelbagai alasan.

Ujiannya, Guru tidak sesekali akan memberi apa apa ilmu dengan orang seperti ini, mahu menjadi hebat tetapi pelbagai alasan diberi.

Jalan sudah dibuka, tetapi tidak tahu merebut peluang, alasan demi alasan, tangguh demi tangguh, orang seperti ini tidak layak diberi Ilmu2 Rahsia, bahkan Ilmu Kebatinan.

Labu tinggal labu, membusuk menyerang bau, langkah patah, mata terbuta, hati tertutup, Ilmu hilang seperti angin , tinggal nama jika bernama.

Ujian sudah terbentang, gagal beratap langit, berlantai bumi.

Melayu bukan Melayu, jadi hamba di Tanah Air sendiri.

Wallahualam

Jumaat, 1 November 2013

Petua Arwah Nenek Penyeri Muka.

Salam Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Segala Pujian Hanya Bagi DIA , Tiada Sesuatupun Menyamai NYA, Dan DIA lah Maha Esa Lagi berdiri Dengan Sendiri.

Wah Dah Niah.

Salawat Dan Salam Ke Atas Baginda SAW dan Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW.

Arwah nenek dahulunya mahir membuat perubatan dari akar kayu, sehingga umur 90 tahun ++ masih gagah merentas dusun dan memnuat kerja2 rumah.

Arwah memberi petua dimana sebaik sahaja bangun tidur, mahulah menepuk nepuk muka dengan kadar perlahan dan lembut sambil berselawat sehingga terasa panas, maka berehat seketika baharulah mandi atau berwuduk untuk Solat Subuh.

Lagi satu petua beliau ialah sebaik bangun tidur, luruskan kaki dan menumbuk bermula dari pinggang sehingga keatas belikat setakat yang mampu, bagi melancarkan perjalanan darah.

Jika selesai mandi atau berwuduk, biarkan sahaja muka basah dengan air main atau wuduk, jangan di kering atau di lapkan.

Mudah sahaja petua ini.