Rabu, 20 April 2011

Baju Perang- Selendang Merah/Panglima Hitam

Salam semua, ini adalah xatu contoh salinan azimat baju perang yang saya dapati daripada Datuk saya yang mengamalkan Perguruan Selendang Merah. Semasa 13 Mei 69, beliau terlibat secara langsung bertempur dengan kaum cina di Gunung Rapat Ipoh (kawasan cina/black area dengan samseng)
Arwah datuk juga agak handal tetapi selalu mendiamkan dan merendahkan diri, cuma saya sahaja cucu kesayangan mendapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh dipakai buat pakaian apabila kecemasan. Arwah datuk saudara di Ulu Kenas Kuala Kangsar pada tahun 70an sehingga 80an juga seorang pendekar, tetapi sayangnya beliau enggan menurunkan ilmu kepandaian beliau kepada anak cucu. Kami tidak tahu mengapa tetapi sehingga sebelum ajalnya , beliau jika ke pekan Kuala Kangsar berkayuh basikal dari Ulu Kenas pergi dan balik. Jarak dari Kg Ulu Kenas ke pekan Kuala Kangsar adalah lebih kurang 20 ke 25 km pergi dan balik. 

Namun, ayat diatas dipercayai ada beberapa kegunaan lain seperti boleh menenggelamkan perahu dan kapal dengan pukulan jurus (Ayat Jurus) serta boleh menterbalikkan kereta, malangnya saya tidak tahu bagaimana cara amalan dan kegunaan kerana arwah datuk sudah meninggal dunia semasa saya masih belajar.
Manakala kegunaan sebagai Baju Perang yang saya ketahui agak sukar dan payah hendak dilakukan kerana beberapa syarat ketat dan pantang larang yang banyak, lagipun, bahan untuk membuatnya , entahlah samada masih ada atau tidak

Wallahualam

6 ulasan:

Heryandy berkata...

Salam hormat dari sy anak bugis temasek. sy suka ruangan saudara. tidak lokek dgn ilmu di dada.

haleem berkata...

selendang merah tak perlu ramai pengamalnya,cukup satu orang sahaja.carilah mereka disekeliling anda,setahu saya ada 5 buah kitab .satu diperak 3 lagi dikelantan ..semuga terdapat satu calon yang sesuai...dimalaysia

Sky_Kesuma berkata...

Selendang Merah?? , Panglima Hitam ada anak murid di Singapura tapi sayang kedua duanya sudah meninggal dunia tapi tentang baju perang masih di simpan salah satu cucu murid Panglima Hitam di sini.....

acir berkata...

saya boleh ker? acir earthfry?

Syam Syahbani Irani berkata...

salam..saya sangat berminat dng selendang merah..kalau x silap, ada silat selendang merah...boleh x nak tahu kat mana boleh belajar silat nie sbb keturunan saya yg terdahulu pon belajar silat nie...kalo boleh, saya nak terusn legasi keluarga.,....harap saudara boleh tolong...

Pahlawan Timur berkata...

Boleh rujuk blog SIlat Kuntau Selempang Merah (utk tujuan persilatan). namun, skdar info, dua cara amalan s.m ini, pertama dgn silat kedua amalan kebatinan rohani. kedua2nya masih mengamalkan ayat 4. cuma, tidak ramai yg tahu ttg kelebihan kebatinannya. krn ramai yg cenderung kpd persilatan. kebanyakan hanya bercerita sanad dr kiai salleh & keatas, sdgkan org yg memainkan peranan dlm ilmu kebatinan dan kerohanian bersama2 kiai salleh (mereka bertukar2 ilmu) iaitu Lebai Ya, jrg diperkatakan. Ramai ahli2 sm disekeliling kita. yg jelas npk hanya yg tersurat, yg tersirat ssh nak kenal. dan yg mereka yg tersirat itulah pengamal kebatinan sm yg sebenar.