Sabtu, 30 April 2011

Ayat Penenang Hati dan Kelegaan

Assalamualaikum

Ini adalah satu amalan para Ulama Muktabar dan Sufi jika hati kita tidak tenang dan didalam kegusaran. Walaupun amalan ini bukanlah termasuk didalam Ilmu Kebatina Melayu, namun ianya teramat penting kerana hati manusia selalu didalam keadaan resah gelisah walaupun dari seorang Pendekar Handalan. Selagi dinamakan manusia, selagi itulah hati berasa keluh kesah. 

Pengalaman saya jika diserang perasaan hati keluh gelisah tanpa diketahui ataupun menerima berita sedih, saya akan membaca ayat2 dan doa2 ini sebanyak banyak sehingga perasaan kembali tenang.

Jika menerima khabar buruk atau ditimpa bala bencana dan dugaan Tuhan Azza wajalla , maka perkataan yang patut disebut dahulu ialah:-

Inna lillah wa-inna i-laihi ri-ji-'un...

Sesungguhnya SEMUANYA datang dari ALLAH, maka SEMUANYA akan kembali kepada NYA

Saya tahu, ini adalah selalu digunakan apabila menerima kematian, sedangkan kegunaannya amat meluas dan mendalam didalam ilmu haq dan ilmu Hakikat, semua yang pernah menerima ajaran Sufi, faham akan maksud saya.

Sesudah menyebut Kalimah diatas, sebutlah Kalimah dibawah tanpa henti2 sehingga perasaan kembali tenang dan aman:

YA HAIY-YU YA QOIY-YUM
      BI-ROH-MA- TI-KA- AS-TA- NGRIST-  TSU
Huruf(Ba Ro  Mim ta kaf alif ta ngro tsa tsa)

Tiada ulasan: