Isnin, 25 April 2011

Wafaq dan Pagar Pencuri















WAFAQ DAN PAGAR PENCURI



Ayat diatas sudah sangat terkenal dikalangan amalan amalan pendekar melayu, orang Silat dan Perguruan Perguruan, hanyasanya, kegunaannya adalah sedikit berlainan, namun pada asasnya ialah tetap sama yakni sebagai pagar pendinding. Walaubagaimanapun, disini didalam amalan Silat Sinar Islam, ianya berbentuk wafaq beserta cara amalan membuat pagar pendinding rumah dan kebun/sawah/ladang dari khususnya pencuri, dimana walaupun pencuri dapat memasuki rumah atau ladang kita, mereka tidak sama sekali menjumpai jalan keluar kerana pandangan mata sudah terkabur melihat seolah olah ada lautan atau hutan belantara yang tebal atau penuh binatang bias buas mengelilingi pencuri ini.

Caranya ialah menulis ayat diatas sebanyak 70 X pada sehelai kain putih bersih dengan dakwat hitam, sesudah selesai menulis, hendaklah membaca sebanyak bilangan yang sama sambil kain tersebut dilipat sekecil mungkin dan dimasukkan kedalam sebuah botol. Botol yang sudah diisi kain ini setelah ditutup rapat rapat, hendaklah digantung didalam rumah atau di kebun.

Ada beberapa petua yakni, botol tersebut juga diisikan juga dengan punca air sungai yang deras atau air laut, maka kesannya adalah sama seperti jenis bentuk air yang di isi itu. Manakala satu lagi petua ialah mengisikan juga dengan tebuan, lebah bias atau kala jengking, maka kesannya ialah seperti serangga itu juga, begitu juga di isi bersama sama kayu kayu dari hutan belentara, kesannya ialah pencuri seakan akan didalam hutan belantara sehingga tidak dapat melihat jalan keluar, sedangkan mereka hanya berpusing didalam rumah atau ladang kita.

Ayat diatas juga boleh digunakan untuk menghancurkan menjahanamkan musuh musuh kita dengan syarat dapatkan pakaian mereka beserta dengan rambut atau apa sahaja bahagian tubuh badan, di isikan bersama sama kain yang telah dituliskan ayat diatas sebanyak 313 X , dibungkus dan dibakar sehingga menjadi debu. Kain tertulis juga nama musuh tersebut beserta nama ibunya, jika tidak mengetahui nama ibu, memadailah dengan nama musuh tersebut, dan ditulis dengan bahasa jawi.

Sambil membakar bacakan ayat diatas beserta Kalimah ini yakni:-

Ya zal jalaliwal ikram.................................................. 313 X

Peringatan, jangan sesekali berlaku zalim, kelak memakan diri sendiri. Jika ingin melakukan juga, berfikirlah sedalam dalamnya, tidak dihalang melakukannya pada musuh Islam yang secara terang melakukan kezaliman terhadap orang Islam.

Ayat ...Ya zal jalaliwal ikram ....juga boleh dibuat senjata ghaib kepada musuh yakni dibacakan sebanyak 313 X atau 1,000 X pada kacang hijau dan dibakar bersama sama kemenyan, maka pada hakikatnya asap ini akan menjadi tebuan menyerang musuh kita.

Tiada ulasan: