Selasa, 31 Mei 2011

Ayat Tujuh, Ayat Lima , Ayat Satu



AYAT TUJUH

Kafiat tujuh ayat didalam Quran adalah salah satu pendinding yang paling afdal lagi ampuh, bahkan ianya adalah ayat digunakan apabila bertempur dengan Kafirin oleh pejuang2 Islam/Melayu dizaman jajahan penjajah Inggeris. Dipercayai, ayat ini adalah warisan Tok Janggut, Mat Kilau , Dato Bahaman yang mendapatkannya dari Tokku Paloh.

1- Ayat 51 Surah Taubah
2-Ayat 107 Surah Yunus
3-Ayat 6 Surah Hud
4-Ayat 56 Surah Hud
5- Ayat 60 Surah Ankabut
6-Ayat 2 Surah Fatir
7-Ayat 38 Surah Azzumar

Semua ayat2 diatas diwiridkan selepas Solat Subuh dan Solat Margrib. Menurut yang menurunkan ilmu ini, jika kita sekalipun dikepung musuh keliling, dengan Izin NYA, kita pasti akan terlepas juga dengan kepungan ini, sama seperti Ayat Yasin...Wajaalna...............

A) Kegunaannya, jika berhadapan dengan musuh/penjahat bersenjata tajam atau senjata api, bacakan ayat2 ini, dihembuskan kemuka dan dihentak tumid dengan kuat kebumi (Pasung bumi), maka jika musuh/penjahat sedang menyerang, maka dia akan kaku berdiri selagi tidak diangkat tumid kita, ataupun jika penjahat menembak, senjata tidak akan meletup.

Ada juga dikalangan mereka yang menggunkan ini, jika musuh sudah kaku, jika dipegang senjata tajam seperti parang/pisau contohnya, maka senjata itu akan patah dan terlepas dari tangan penjahat/musuh.

B) Diamalkan 40  hari berturut2 sebanyak 7 kali selepas Solat Lima Waktu, maka dia akan mendapat kekuatan kebatinan. Mereka yang pernah mengamalkan lebih maklum dengan Ayat 7 ini terutama yang mengamalkan Silat Kebatinan.

C)Dibacakan kepada mangsa hysteria/kerasukan dan dihembus kemuka , dan lebih baik dibacakan bersama sama dengan Surah Al An’am ayat 1 hingga 3, menurut pengalaman saya, sebelum saya sampai untuk mengubat mangsa kerasukan, selalunya mangsa sudah didapati pulih sedia kala, maka kerja lebih mudah, Cuma kita pasangkan pendinding kepada mangsa2 ini, terutamanya dari kaum Wanita. Begitu juga kepada yang selalu ‘Naik Syeh’ , kita bacakan ayat2 ini, dan ditepuk kebelakang tengkuk, maka jika sudah kembali normal, maka dibacakan ayat 7 ini bersama2 Ayatul Qursi , dikunci tujuh anggota sendi supaya ’syeh’nya tidak dapat masuk balik. Perkara ini selalu berlaku kepada anak2 murid yang suka mengamalkan Silat Kebatinan tanpa pengawasan Guru atau murid lama yang sudah mahir.

D) Untuk melepaskan diri daripada kesusahan seperti buatan orang atau permainan orang yang mendengki (percubaan orang untuk menguji Kebatinan kita) , maka hendaklah dibaca 7 hari berturut2 ketika tengahari 7 kali, ketika tengahmalam 7 kali. Berhati2 supaya waktu untuk melakukannya jangan mengikut waktu jam kerana mungkin bersalahan, maka hendaklah melihat matahari betul2 diatas kepala. Begitu juga jika mahukan perbuatan musuh berbalik kepada mereka, maka amalannya ialah membaca 7 kali apabila matahari terbenam selama 7 hari berturut2 , jika masih lagi ada gangguan, diamalkan 7 hari, 21 hari, 40 hari....Insyallah, selalunya tidak sampai 40 hari, musuh akan mengalah, boleh juga ditambah dengan ayat ini..


Bismillahhirrohmanirrohim

WA-ILALLAH-HI-TUR-JA-‘UL-UMUR..........................21x

YAZAL-JALALIWAL-IKRAM......................................21x

E) Jika ditambahkan lagi dengan lima Ayat ini yang juga digelar Ayat Nashr, maka mereka2 yang terdiri daripada bomoh/dukun/pawing , permainan mereka akan pulang balik kepada mereka. Ayat2 ini adalah:

1-Ayat 246 Surah Al Baqarah
2- Ayat 181 Surah Ali Imran
3- Ayat 77 Surah Annisak
4- Ayat 77 Surah Al Maidah
5- Ayat 16 Surah Ar-Ra’du

Tambahkan lagi dengan Ayat Seribu Guna yaitu:

Wal yatalath taf wala yus’eran nabikum ahada.....40X
(Ayat 19 Suratul Kahfi)

Insyallah, tumpul permainan mereka itu, walaubagaimanapun, perkuatkan pendinding diri, keluarga dan seisi rumah dengan amalan2 pendinding dahulu.

Ayat Lima ini ada beberapa kegunaan lagi, terutama untuk perubatan, pendinding dan murah rezeki.

AYAT SATU

ROBBUNA WAROBBUKUM LANA AQ’  MALUNA WALAKUM AQ’ MALUKUM LAA HUJJATA BAINANA WABAINAKUM ALLAHHU YAJMA ‘U BAINANA WAILAIHIL MA SHIR
(Ayat 15 Suratusy syura)

1- Bacakan ayat ini untuk melepaskan diri dari binatang buas/anjing dll juga musuh/penjahat dan penganiayaan manusia dengan membaca ayat ini dan dihembuskan

2- Dibaca setiap lepas Solat ayat ini dengan memakrifatkan seolah2 ada satu tembok besi meliputi kita dan orang yang mempunyai dendam dan niat buruk terhadap kita, maka jika kita bertembung dengan mereka, Insyallah, mereka tidak akan dapat melihat kita, begitu juga , jika mereka berjumpa bomoh ingin melakukan keburukan keatas kita sekeluarga, maka Insyallah bomoh dan khadamnya tidak akan dapat menjumpai kita untuk melakukan khianat. Terlebih afdal dan ampuh jika diamalkan dengan AYAT TUJUH DAN AYAT LIMA.

3- Lagi satu kegunaan, jika tiba2 bertembung musuh ditengah jalan, maka hendaklah dengan cepat kita menyorok disebalik lalang atau pokok atau apa sahaja, dengan membaca ayat ini sebanyak2 serta makrifatkan musuh buta mata tidak dapat melihat, ini sebagai kegunaan untuk melepaskan diri sehingga musuh telah meninggalkan tempat. Ayat ini selalu digunakan pada masa dahulu, ada yang memanggil ayat disebalik lalang. Wallahualam




2 ulasan:

Nubuwuah berkata...

Salam persaudaran

Mohon izin mengamalkan Ayat 7, Ayat 5 dan Ayat 1...

semoga kita semua dan keluarga dirahmati Allah..amin

aliaze berkata...

Tuan,
Mohon izin mengamalkan Ayat 7, Ayat 5 dan Ayat 1...
Boleh ijazahkan kpd saya utk mengamalkannya.
InsyaAllah