Ini adalah Ilmu Minyak Pengasih yang didapati oleh Bomoh2 Melayu dan juga Pawang2. Cara membuatnya bukanlah sesukar mana kecuali mencari bahan2 bunga2 dan jenis minyak.
Ilmu Minyak Pengasih ini, tidak membuat menjadi gila tetapi sekadar perasaan kaseh terbit dan bagi yang mempunyai niat yang bersih, adalah amat mujarab sekali.
Bahan2 nya ialah:-
a) Bunga Cempaka Sari Kuning 7 kuntum
b) Bunga Melur Putih 7 kuntum
c) Bunga Kenanga Kuning 7 kuntum
Kesmuanya dimasak dengan Minyak Kelapa Dara dengan api tempurung tidak berlubang. Sesudah dimasak dan sebati maka perlulah ditapakan diatas sebuah busut selama 3 hari 3 malam berturut2 ketika bulan mengambang penuh.
Ketika bulan mengambang, bacalah mantera ini:-
hai minyak pengasih
aku gantung dileher gajah putih
semua manusia dan jin
tunduk sujud dibawah telapak kaki kiri aku
aku seru engkau dengan nama Nabi Yusuf
sekelian makhluk jatuh kaseh sayang kepada aku
berkat aku memakai minyak seri muka
berkat
..................................
Cara Kegunaannya:-
a) Bila calit dimuka, kening atau misai baca serapah ini
bukan aku memakai
aku memakai minyak nyawa
sekelian memandang jatuh kaseh...3X
b) Calit pada tengkuk orang
bang sorong
bukan minyak sebarang minyak
minyak kaseh seumur hidup......3X
c) Calit pada baju
aku yang memakai minyak neraka jahanam
barang siapa mengena
jatuh rebuh jantung hati
asal minyak dari api neraka
bakar jantung kalbu siapa sahaja....3X
Ini hanya untuk pengetahuan sahaja ilmu2 pawang dan bomoh2 , lagipun ada hari2 tertentu untuk memuja dan tapa minyak ini.
3 ulasan:
assalamualaikum.. sy begitu berminat sekali dengan beberapa amalan yang amalan amalan yang telah ditulis didalam blog ini dan sy rasa memang byk lg bende dan warisan melayu yg sy x tahu. sy cadangkan Tuan poskan juga apa cerita tentang sejarah sejarah orang melayu atau pun apa apa sj yang berkaitan dengan org lama. ini sekadar hanya cadangan sahaja kerana sy suka sgt dengar cerita cerita asal usul org lama dan barang barang lama.
tentang SERAPAH PENGASIH tu sy berminat juga memandangkan sy sukar mencari pasangan. minta jasa baik tuan untuk email kepada sy cara untuk mengamalkannya dan juga amalan penyeri muka yang lain yang sesuai untuk diamalkan selagi tidak melanggar hukum islam. tu pun sekiranya diizinkan Tuan.
azhar_vip22@yahoo.com
Salam, mengikut pendapat guru-guru ilmu pengasih, cara2 seperti di atas ada bersekongkol dengan penunggu busut atau jin yang jaga busut. Dari segi agama Islam dibolehkan ke? Maaf bertanya ye...
Salam Semua
Diatas hanyalah perkongsian Ilmu Pengetahuan sahaja, manakala pada masa yg sama ianya tidak boleh diamalkan kerana ada unsur2 Syiriq jika di 'tapa' diatas busut atau sbgnya...harap maklum, sy sekadar berkongsi pengetahuan yg di kutip..........
Didalam Islam, ada cara2 yg lebih afdal dan baik seperti mengamalkan Ayat2 Quran dll...Wallahualam
Catat Ulasan