Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW Dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, sebanyak Bilangan CiptaanNYA Yang Tiada Penghujung............
Petua Untuk Mengetahui Tempat Berpenunggu atau Keras
Kadang kala kita mungkin pulang ke kampung atau kekawasan yang tidak menjadi kebiasaan seperti 'camping', rekreasi dan sebagainya seperti PLKN. Maka, bagi mereka yang 'tin kosong', mereka tidak mengetahui bahawa, semua muka bumi mesti terdapat bangsa Jin dan sebangsa dengannya. Harus tahu bahawa, Jin adalah makhluq awal yang dicipta daripada Manusia, dan mereka telah menduduki Bumi seawal ribuan tahun lamanya.
Maka, sudah tentulah dimana sahaja kita berpijak, disitu pasti akan terdapat bangsa Jin yang memerhati dan melihat kita, hanyasanya kita tidak dapat melihat (kecuali yg Kasyaf ) dan jenis2 Jin.
Sebegitu rupa CiptaanNYA, bangsa Jin juga mempunyai alam dan manisbah masing, yang mana ada juga bangsa Jin tertentu lebih 'Halus', tidak dapat terlihat oleh bangsa Jin yang lain. Oleh itu, seperti kita manusia , baik dan jahat, nakal dan pendiam, maka Jin juga seperti itu, oleh itu, jika ke tempat2 tertentu, Petuanya ialah....
Sebelum memasuki kekawasan tersebut, mahulah membaca Ayat Salamun Qaulam Mirrobbirrihim sebanyak 11X, maka perhatikan dan rasai, jika ada perasaan berdebar dan roma menegak. Jika ya, tempat tersebut berpotensi Keras dan Berpenunggu, maka langkah selanjutnya ialah mahulah memberi Salam Kepada Penghulu Kawasan tersebut, walaupun tidak dapat melihat, maka dengan sangkaan yang baik, berilah Salam seperti ini..................
Salam Kepada Penghulu, kami Umat Muhammad SAW menumpang sebentar, mohon Izin dengan baik untuk barang seketika. Jika tersalah adab, kami mohon maaf.
Assalamu'alaikum Langit ( pandang ke langit)
Assalamu'alaikum Bumi ( pandang ke bumi)
Dengan Berkat Kalimah
La'ila ha illallah, Muhammad Rasullullah..............
Setelah itu, mahulah setiap dari kita, bacalah Surah An-Nass dan Al-Falaq....sekali.
Wallahhualam.
Nota:- Jangan dibaca Ayatul Qursi kerana kesannya adalah membakar bangsa Jin, jika tersalah anggapan bahawa kita bermaksud bermusuh kerana membaca Ayat Qursi. Gantikan dengan Ayat2 sejuk seperti Al-Fatihah, An-Nas atau Al-Falaq, juga boleh, Salamun Qaulammirrobbirrohim....tiada had.
6 ulasan:
assalamulaikum..mohon diamalkan..mohon ijasahnya..qabiltu..al dfatihah sebagai hadiah..amin
as'salam....minta izin wat rujukan...
Assalamualaikum.. Minta izin untuk saya amal.. Terima kasih
salam semua
Silalah amalkan petua orang2 tua dan alim ulama ini.
Saya ijazahkan dan bolehlah disebarkan kpd saudara2 kita yg lain
Wallahualam.
Bolehlah membuat rujukan krn ini bukan termasuk ilmu kebatinan selain petua2 org2 tua melayu dahulu.
assalamualaikum...mohon izin di amalkan..terima kasih
Salam Que
Silakan, tiada masalah kerana ianya adalah petua org2 tua dan amalan Ayat2 Quran sememangnya boleh diamalkan, Insyallah
Catat Ulasan