Salam Untuk Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, ahli keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian2 Hanya bagi NYA sebanyak bilangan ciptaan NYA.
Ini adalah satu petua mudah yang diambil dari Bidan Tua untuk Kaum Hawa bagi menyerikan Wajah.
Sewaktu bangun awal pagi sebelum mendirikan Solat Subuh, mahulah menjelunjurkan kaki dan cuba menyentuh Ibu Jari Kaki seadanya mengikut kemampuan, seterusnya tumbuk2 perlahan2 berluma dari pinggang terus keatas sedaya upaya yang boleh. Setelah itu, tepuklah perlahan2 kedua2 belah bahu bermula dari tengkuk ke bahu, terus mengurut2 bahu sehingga kesiku. Ulang beberapa2 kali sehingga terasa lenguh dan sembab hilang.
Setelah selesai, mahulah ditepuk2 wajah perlahan sehingga hangat dan panas, dan juga menepuk/menumbuk belakang kepala secara perlahan2 dan memicit2 kepala untuk peredaran darah yang baik.
Setelah selesai, baharulah samada mahu mandi atau hanya berwuduq sahaja untuk mendirikan Solat Subuh. Seboleh bolehnya, biarkan Air Wuduq diwajah kering dengan sendirinya.
Satu lagi petua ialah setelah membersihkan badan semasa mandi, setelah itu , janganlah di Lapkan ait mandian di wajah, biarkan kering dengan sendiri, Insyallah, muka akan senantiada segar dan berseri2.
Beberapa petua membersihkan wajah ialah menggunakan parutan mentimun untuk mencuci muka, setelah 10 atau 15 minit, baharulah cuci wajah dengan air biasa dan bersih.
Ini satu petua yang saya ambil dari seorang Guru Ugama Tasawwuf, dimana ianya berguna untuk memberi cahaya pada wajah orang yang berwuduq, yakni, setiap kali mengambil wuduq, jangan berhenti2 membaca Selawat keatas Baginda SAW walaupun pendek dan ringkas, dan secara khusus pada wajah ialah membaca Salawat Nur Muhammad, yakni
Allah Humma Solli 'ala Nur Muhammad.
Wallahualam.
2 ulasan:
Asalamualaikum..
tuan izinkan saya amalkan apa yg ada di blog tuan..
petua utk org berwuduk ini.adakah perlu memebaca dalam hati atau melafazkanya..
Salam Untuk Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, ahli keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian2 Hanya bagi NYA sebanyak bilangan ciptaan NYA..
saya ingin belajar silat dan juga ilmu2 islam.
saya tinggal di sekitar ipoh,perak.
jika tuan tidak keberatan,
bolehkah tuan beritahu saya tempat2 atau guru yang boleh mengajar saya di sekitar ipoh,perak?
Catat Ulasan