Salam untuk semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Adab adab apabila mahu mengambil Ilmu dengan Guru :-
1) Mempunyai Niat Yang Luhur dan Bersih, diatas tujuan untuk menuntut. Sudah tentu kerana ALLAH dan RASUL. Maka, jika kerana ALLAH dan RASUL, perlulah mempunyai sikap dan peribadi yang Mulia, Taat kepada ALLAH dan RASUL, IbuBapa, Guru dan Ulul Amri, selagi tidak di perintahkan melakukan maksiat kepada ALLAH dan menghalang Islam, namun diharamkan menderhaka dan menentang , kerana sudah ada perintah jelas dan tegas oleh Baginda SAW dalam BukhariMuslim bab ketaatan. (Nota: Sila rujuk Huraian Imam Nawawi didalam bab2 ini, Kitab Huraian Bukhari Muslim)
2) Menjaga Adab dan Bahasa, apabila berbicara dengan Guru, seperti memanggil mereka dengan Gelaran, Tuan, Pak Guru, Yang Mulia, Ayah dan sebagainya. Semasa saya menuntut, ramai juga Guru2 (Allahyarham) suka jika saya memanggil mereka Abang, Tuan dan Pakcik, dan seperti Tok Ayah, Pak Hamid, Abang Kadir , selagi tiada memberi masalah dan tanda hormat dengan mereka yang menurunkan Ilmu.
3) Apabila Guru berbahasa, digalakkan kita berdiam dan mendengar dengan teliti
4) Sudah semestinya memberi salam dan mencium tangan jika Guru Tua.
5) Jauhi memberi pendapat dan berbalah2 dengan Guru , jauhi sifat EGO jika mempunyai kelulusan Akedemi yang tinggi, kerana harus tahu bahawa Penyampaian DIA mengenai ILMU2 NYA adalah berbeza-beza keatas HambaNYA
6) Memelihara mata jika Guru beristeri dan mempunyai anak dara/gadis.
Nota:- Insyallah, jika kita berada dan berakhlak Mulia dengan Guru, maka selalunya, ada habuan yang diterima dengan Ilmu2 yang sulit.
1 ulasan:
Assalamualaikum.
Tuan yang saya hormati.
Saya mohon makluman, bagaimana cara untuk menghubungi pihak tuan secara peribadi.
Saya berhajat untuk bersilaturrahim dan sekaligus ingin menjadi timba yang mencari perigi.
Semoga pihak tuan yang dirahmati Allah dapat memaklumkan dengan apa adanya.
Salam hormat.
Catat Ulasan