Isnin, 30 September 2013

PANDUAN KEPADA PEMBACA

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Betapa Kasihnya DIA Keatas Hamba Hamba NYA sedang seorang kafir mempersekutukan DIA masih di beri Rezeki NYA berlimpah ruah walaupun tidak meminta.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW dan Isteri Isteri Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW dan Ahlul Bait.

Banyak email saya terima , pertamannya janganlah gelarkan saya Tuan Guru atau Tuan atau Tuan Pendekar dan pelbagai gelaran, kerana saya hanyalah manusia biasa seperti pembaca sekelian juga, hanyasanya saya banyak pengetahuan walupun bukan keseluruhan lantaran sikap rajin mencari Ilmu Warisan Bangsa Melayu dengan Guru Guru di pelbagai tempat dan negeri.

Cukuplah sekadar saudara atau abang atau encik, memadai kerana saya bukan seorang yang handal kesaktian kerana suatu hari nanti kematian menjemput jua.

Blog ini semata mata berkongsi pengalaman puluhan tahun mencari dan menggali sehingga ke hari ini, sebab ilmu tiada penghujung. Begitu juga Silat Kebatinan Semantan Puteh, tiada penghujungnya kerana Ilmu akan datang berterusan mengikut kerajinan, kekuatan pengamal dan keadaan semasa.

Nasihat saya, jauhilah syiah kerana syiah bukan satu mahzab dari mahzab mahzab di dalam Islam, ianya satu anutan ugama dan fahaman baru yang sesat lagi menyesatkan. Dan paling utama ialah, musuhilah komunis yang tiada ber TUHAN dan konsep beragama, hatta komunis China membunuh jutaan rakyatnya yang beragama budha atau Islam, sudah tentu jauhilah kalangan yang menyokong komunisma di Tanah Melayu ini walaupun orang itu Muslim kerana terbatal syahadah lantaran menyokong komunisma walaupun berkopiah atau berserban diatas kepala. Berhati hatilah fitnah musuh musuh Islam.

Jika kezaliman komunis di China yang sanggup membunuh sebangsa, apatah lagi keatas orang orang melayu. Ingatlah puluhan ribu telah di bunuh dengan zalim dan keji oleh komunis walaupun mereka hanyalah petani, nelayan dan orang orang kampung.

Wassalam


Tiada ulasan: