Sabtu, 31 Ogos 2013

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU - 56

Salam semua pembaca

Saya ucapkan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ke 56, yang diperjuangkan oleh nenek-moyang orang orang melayu khususnya dari penjajahan inggeris/barat dan tipu daya kristian dan bangsa barat.

Sebelum kemerdekaan diberi, barat telah membawa masuk pendatang dari China dan India sehingga melebihi penduduk asal Tanah Melayu dan juga Sabah Sarawak, secara halus pihak barat berhasrat menguasai Semenanjung Tanah Melayu yang amat sangat penting bagi laluan laut, namun kebijaksanaan pemimpin2 Melayu pada masa itu, telah membawa penghijrahan amat besar orang orang Melayu dari pelbagai etnik bajau, minangkabau  jawa, bugis, pagaruyung, aceh, pattani dan lain2 sehingga melebihi 60-70% jumlah keseluruhan penduduk Tanah Melayu.

Maka setelah merdeka, kaum melayu masih menguasai lebih 50% , jika tidak kebijaksanaan pemimpin melayu pada masa itu, maka sudah tentu orang2 Melayu menjadi hamba abdi di tanah air sendiri. Inilah yang cuba di pesongkan oleh musuh2 orang2 melayu terutama dari parti kaum cina seperti dap, malangnya ada sebahagian orang2 Melayu yang percaya tanpa usul selidik.Titik tolak hasrat keji dan jahat, maka tercetuslah 13 Mei 1969.

Bangkitlah wahai orang orang Melayu beragama Islam, ketahuilah kita datangnya terus dari darah keturunan Nabi Ibrahim dengan isteri Baginda, Siti Keturah. Malahan terbukti kajian DNA oleh USM dan Unicersiti2 Barat (mengapa Barat berminat ?) membuktikan DNA orang Melayu bersusur galur ke tanah Arab/Mediterranean .

Akhir kata, Selamat Meresapi erti Kemerdekaan dan pelihara Kemerdekaan kita dengan gigi geraham, jika tidak pasti kita di caci maki oleh anak cucu belakang hari.

Bersatulah wahai Melayu.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia.
Bangsa Jawi, Tanah Jawi, Tulisan Jawi, Bahasa Jawi...




Tiada ulasan: