Jumaat, 2 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI DAN SUATU HURAIAN RINGKAS.


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Segala Pujian Hanya Layak Bagi NYA Sebanyak Bilangan Ciptaan NYA Dari Tiada Sehingga Tiada Penghujungnya.
Maha Suci DIA Dari Kelemahan dan Kekurangan dan Tiada Sesuatupun Menyamai NYA Dari Zat NYA, Sifat NYA, Nama NYA dan Feel NYA.
Maha Besar DIA Dengan Segala Kebesaran NYA Dan Keagungan DIA Dan Kemuliaan NYA.
DIA Mendahului Sifat Ar-Rahman NYA Dari Kemurkaan NYA.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW Dan Isteri2 Baginda SAW Dan Sahabat2 Baginda SAW.
Juga Salam Keatas Ahlul Bait, Padanya Zahir Pemimpin Akhir Zaman Yang Akan Di Bantu Nabi Isa AS, Turun Dari Langit Dengan Perentah NYA Membawa Syariat Nabi Muhammad SAW.

Ketahuilah, Ilmu NYA Yang Di Kurniakan Kepada Hamba2 NYA Yang Beriman Dengan Pelbagai Kepandaian dan Penyampaian Yang Berbeza-beza, Justru itulah, pelbagai bidang Ilmu kefahaman Islam dengan kepelbagaian Ulama-Ulama di bidang masing-masing yang berteraskan Aqidah yang dibawa oleh Baginda SAW bersambung kepada Sahabat Sahabat Baginda SAW dan seterusnya Para Tabiin dan Tabiit Tabiin, sebelum wujudnya kalimah Sunnah Wal Jamaah, para Muslimin mengamalkan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW dari sudut fahaman Aqidah dan Syariah.

Di Tanah Melayu ini, terutamanya Ilmuan yang berpangkalkan DR atau sebagainya dengan mudah meletakkan Ilmu Hikmah Warisan Melayu yang berteraskan Kalam ALLAH sebagai khurafat dan sesat. Sebagai anak murid pelajar kepada Guru2 Pondok, malah Arwah Moyang Datuk Nenek juga adalah pengasas beberapa pondok2 di Tanah Jawi, juga bapa saudara masih sebagai Guru Pondok dan Ulama bebas, pertentangan pendapat sebegini telah lama berlaku zaman berzaman lagi.

Jika Ilmu Hikmah ini adalah khurafat dan tidak di ajar oleh Baginda SAW, bertefakkur sebentar dengan kisah sejarah dimana suati ketika Sungai Nil banjir mengganas , maka Sahabat Utama Baginda SAW, Saiyyidida "Umar RA menulis sepotong surat dengan permulaan Basmallah dan beberapa ayat memerintah supaya di campakkan kedalan Sungai Nil, seketika itu juga reda dan pulih seperti biasa. Perbuatan Saiyyida 'Umar sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Baginda SAW.

Suatu kisah yang lain dimana Tentera Muslimin berperang dengan kerajaan kafir di benua India, yang mana tentera kafir kebal dari senjata para muslimin, maka ketika itu, Khalifah memerintah supaya semua pedang/senjata para muslimin di gantung dan di tulis Basmallah, maka dengan IzinNYA alah tentera kafir benua India dan hancurlah sihir mereka dan  bermulalah penyebaran Islam di sana. Perbuatan ini juga tidak pernah dilakukan Baginda SAW, maka apakah ini juga khurafat atau sesat ?

Sebenarnya, banyak kesah para Daie/Pendakwah terutama di nusantara berhadapan sihir dan ilmu kesaktian di alahkan dengan Ilmu Hikmah berteraskan Ayat2 Al Quran, yang mana kesah Wali Sembilan, perajurit2 Melayu dan sebagainya mengalahkan sihir dan Ilmu Kesaktian menggunakan Ilmu Hikmah Ayat2 Quran, malah Doa2 dari Hadith Nabi Muhammad SAW.

Akhir2 ini, kepesatan ilmu fizik dan sains dapat membuktikan bahawa perkataan yang baik lunak dapat mempengaruhi minuman dan makanan dan memberi kesan yang positif kepada sel2 tubuh badan manusia.

Maka , apatah lagi kebersanannya jika kita para Muslimin berzikir, berdoa dan mengamalkan Kalam ALLAH bagi sesuatu tujuan yang baik dan tidak bertentangan dengan Kehendak NYA dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Banyak Ilmu Hikmah Ayat2 Quran berasalnya dari Para2 Ulama2 terutama Ulama2 Sufi dan Ilmu Hikmah dan mereka ini adalah pakar dan mahir semua disiplin dan semua bidang Ilmu Islam, pakar dan Hafiz Al Quran dan Hadith,mahir Ilmu sains dan sebagainya, menghafaz ratusan ribu Hadith2 sehingga ke perawi dan sanad, mahir feqah dan Ilmu Tauhid, seterusnya mengajar kita Ilmu Hikmah bagi bekalan Umat Islam di Akhir zaman.

Semua Sahabat2 Baginda SAW adalah bertaraf Aulia atau Wali2 ALLAH dan mereka semuanya ada Karamah masing2, namun Cahaya Kerasulan dan Kenabian Baginda SAW menenggelamkan Karamah Sahabat2 dengan Mukjizat Baginda SAW.

Yakinlah, Ilmu Hikmah mujarab kerana keberkatan membaca dan mengamalkan Kalam ALLAH yakni Al Quran Al Karim dengan IzinNYA juga, bukan kerana kita mengamalkan atau membacanya. Semuanya adalah kerana Izin NYA dengan Sifat Memberi dan Rahman NYA.

Justru, apabila mengamalkan Ayat2 Quran, pohon dari sudut hati keberkatan dan kemujarabatan, dan berhati2lah membacanya kerana itu ialah   Kalam Pencipta Seluruh Alamin yang dari tiada kepada ada.


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Pelihara Aqidah dan Iman
Eratkan persaudaraan sesama Islam

Wallahhu'alam.






Tiada ulasan: