Rabu, 24 Julai 2013

AYAT GAYONG PUKULAN JAUH

Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah, Sunnah Wal Jamaah

Segala Pujian Hanya bagi DIA, ZAT yang Maha ESA, Tiada sesuatupun menyamai NYA.

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW dan Isteri Isteri Baginda SAW dan Sekelian Ahlul Bait, Yang terkemudiannya Zahirnya Imam Akhir Zaman yang akan memimpin Umat Nabi Muhammad SAW dan dibantu oleh Baginda Nabi Isa AS turun dari 'Langit' yang membawa Syariat Nabi Muhammad SAW, membantu 'Panji-Panji Hitam Dari Timur' menghapuskan musuh2 Islam dan menghancurkan orang orang yahudi laknatullah.

Ayat Gayong
===========

Semasa saya amat giat dan aktif semasa belasan tahun, pengisian zahir dan kekuatan batin, saya diajar Guru Guru Tua, jika sudah terbuka 'rahsia batin' diri dan 'isi' sudah cukup, maka barang ayat apapun akan mustajab dan mujarab.

Semasa bermain bergu dengan rakan2 segelanggang, tanpa pengetahuan mereka semasa mereka menyerang, saya akan membaca ayat ini...........

ALLAHHU AKBAR
ALLAH kata kena, Muhammad kata jatuh......
ALLAHHU AKBAR

sambil tangan menjurus berbentuk menolak, maka mereka akan terpelanting melambung kebelakang tanpa dapat menyentuh saya. Dimana selepas membaca Kalimah diatas, sambil tangan menjurus hembuskan nafas dari hidung dengan kuat sambil 'maqrifat' tangan kita menolak dada atau sebagainya, walaupun pada hakikatnya kita berada pada jarak yang jauh dari mereka.

Petuanya lagi kuat hembusan nafas, maka kuatlah kebersanannya, maka jika 'bermain' dengan rakan2, jagalah kekuatan nafas, pun begitu ianya hanyalah 'makan luar' sahaja.

Pun begitu, hanya mereka yang ada 'isi' sahaja dapat mempraktikkannya, manakala yang 'kosong' ianya sekadar kalimat kalimat biasa.

Mereka2 yang faham akan kata2 ini pasti tersenyum.

Wallahhu'alam.




Tiada ulasan: