Ahad, 14 Julai 2013

AYAT PENGASIH - Amalan Harian Suami Isteri



Surah Ar-Rum Ayat 17.



Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW dan Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW dan Sekelian Ahlul Bait Yang Zahir dan Batin Diatas Tanah Jawi

Segala Pujian Pujian Hanya BagiNYA sebanyak bilangan CiptaanNYA Yang Tidak Putus Putus Dari Awal Penciptaan MakhlukNYA Sehingga Selamanya di Akhirat, dimana Kita Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah Berkekalan Mendapat Niqmat Dan Rezeki Yang tidak Sama Setiap Hari.

Ayat diatas mahulah diamalkan setiap hari samada selepas Solat Fardhu mengikut kemampuan atau semasa penyediaan makanan minuman kepada suami ataupun diamalkan sebelum tidur ataupun sebelum senggama lebih afdhal.

Bagi mereka2 yang masih belum berumah tangga, mahulah diamalkan sebeberapa gigih, tatkala selepas sah Aqad Nikah, mahulah memegang ubun2 Isteri setelah selesai semua yang sunat2, bacalah Ayat ini sambil memohon doa didalam hati semuga berkekalan jodoh sehingga dunia akhirat.

Boleh juga dibaca pada malam pertama bersama2 suami-isteri sebelum permulaan sanggama selepas membaca Doa2 dan Sunnah yg lain lain.

Petuanya berkekalan berkaseh-sayang ialah selepas inzal yakni keluarnya mani di dalam faraj isteri, janganlah dicabut zakar sebelum membaca ayat ini bbrp kali sambil niat dan tasdiq di dalam hati kekal kaseh sayang suami-isteri. Ini adalah petua mereka yang mangamalkan perkara ini. Malah, beramal bersama2 isteri adalah terlebih mujarab kerana menunjukkan kelurusan dan keikhlasan kedua2nya.

Wallahu'alam.




Tiada ulasan: