Khamis, 3 Mac 2011

Bismillah Enam dan Mantera Melayu

BISMILLAH ENAM


Salinan risalah Bismillah Enam lebih 20 tahun didalam simpanan.








Assalamu’alaikum, berjumpa lagi……………………………….

Kepingan risalah diatas saya dapati semasa sedang menuntut SINAR ISLAM pada tahun 80an di Ulu Kinta, Perak. Semasa itu, seorang Ustaz telah member salinan ini agar saya dapat mengamalkannya kerana menurutnya, fadhilatnya amat besar dan mujarab untuk pelbagai kegunaan.

Saya pernah melihat Bismillah Enam ini didalam Kitab Amalan Tok Janggut dan juga didalam Kitab Senjata Mukmin pada tahun 70an. Pada masa itu, semasa masih 12 tahun, belum ada minat sangat kepada amalan amalan sebegini, maklumlah, sedang hangat mula belajar Pencak Silat, lebih tertumpu mantera Mantera Melayu bagi Kebal, Tahan Badan, Penderas dan sebagainya. Hanya pada permulaan mempelajari Usulluddin dan Awaluddin, sifat Dua Puluh dan Tarekat dengan Al Marhum Ustaz Syamsudin, baharulah terbuka mata akan khasiat dan fadhilat Bismillah Enam.

Apa yang saya dapati, memang terdapat persamaan koleksi yang saya dapat daripada Ustaz Ismail (Arwah) dengan Kitab-Kitab diatas. Semasa saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, seorang Ustaz (Guru MCKK) yang saya telah terlupa nama beliau , juga memberi amalan Bismillah Enam ini supaya mengamalkannya.

Sudah pasti Bismillah Enam ini asalnya daripada amalan amalan Ulama terdahulu, Cuma saya mengetahui sejarah dan nasabnya sahaja. Wallahualam

ILMU MANTERA PENDEKAR MELAYU

Segala mantera mantera ini hanya sebagai rujukan pembaca supaya kita semua tahu apakah pakaian sesetengah pendekar melayu zaman dahulu kala. Kesemua mantera ini saya dapati dari pelbagai perguruan dan rakan rakan sesame pelbagai Seni Silat serata Tanah Melayu dan Serawak. Walaubagaimanapun, cara amalan dan kegunaan tidak disertakan kerana Blog saya hanyasanya sebagai ilmu pengetahuan kepada generasi anak muda sekarang sahaja.

Mantera Ilmu Untuk Kemuliaan

Alif ghaib dalam bismi senjata Islam aku
Lam ghuyub dalam bismi senjata iman aku
Baa bismi benih Islam aku
Sim bismi tali hubungan antara Islam dengan iman
Mim bismi benih iman aku
Allah didiri aku
Ali Rahman nama bapa aku
Ali Rahim nama ibu aku
Attahiyyatul-mubarokatus-solawa tut to-yiyba-tulillah
Ya Arhamarrohimi, kurniakan kepada hambuMU kemuliaan dan kehormatan dunia dan akhirat

Akulah Ali Rahman kepada ……………….21X

Nota:= Perhatikan mantera diatas, manakah asal usul dating amalan ini saya kurang pasti kerana saya mendapatkannya dari kawan bernama Syed Ismail dari perguruan a.l.s. pada 6 april 1982
Jadikan sahaja pengetahuan semata mata.

MANTERA ILMU TANYA DAN MIMPI

Pisang anak pisang ini
Pisang ghairin baginda rau a’
Sapi tumu mikail rahma
Mahu jamah perut
Tak mahu jamah kaki
Minta janji jamah kepala
Aku memakai ilmu Tanya
Berkat kata guru
Mustajab kata ALLAH
Berkat Kalimah

Laa……………….

Nota:- Mantera ini saya dapati dari saudara Yunus di Sungai Rokam, Ipoh, Perak tahun 28 Mei 1982

MANTERA PEMULIH BADAN

Bismillah………….

Ruh wujud badan
Nyawa darah daging tulang kulit
Pulang segala ujud anggota aku
Pulang sediakala……………………………………3X

Nota:- mantera ini didapati pada 1982 tetapi sudah lupa siapa yang memberikannya

MANTERA MEMBUAT MINYAK PENGASIH

Bismillah………………………………………….

Hai minyak sepudi kaca aku
Gantung di pintu kaabah
Aku berdiri seperti raja
Denga sebab manusia gajah putih tertunduk sujud bawah tapak kaki kiri aku
Kalau engkau tak tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku
Aku sumpah engkau pada ALLAH
Aku sumpah engkau pada Muhammad
Syeikh sidi pengajaran guruku
Jadilah pada aku
Dengan berkat doa

Laaa……………………………………..mu……………………….

MANTERA MENGIKUT TELUNJUK

Kakap Muhammad kakap aku
Yang mengakap daging pani saying Fatimah
Tunduk sujud sekelian tubuh anggota engkau kepada aku
Dengan berkat doa

Laa…………………………………………………….

MANTERA ILMU KEBAL

Allah paying aku
Jibrail kota aku
Malaikat 44 pagar aku
Aku berjalan denga kuasa Allah
Aku melenggang dengan melenggang Muhammad
Bukan kata aku
Kata Allah
Dengan berkat doa

Laa……………………………………………………………..

8 ulasan:

Unknown berkata...

bismillah enam ada, bismillah empat dan bismillah lapan. dulu aku ada amalkan. ada satu iban tu nak kene kan aku. aku baca bismillah empat. tu tahun 1986. alahamdulillah ok. ada satu buku karangan tok janggut tahun 1913. aku dapat kat situ.atuk aku yg belikan. simpan la bismillah enam. setan, jin, dan terer mana pun org tu, memang tak boleh sentuh kau.

Unknown berkata...

Lupa lak nak tambah. utk bismillah enam ni, boleh gak di gunakan keatas kacang hijau dibaca 3 kali dan ditebarkan ke api. kalau musuh menyerang selalunya ia akan menjadi tebuan dan menyerang musuh.
wasallam

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam kepada saudara diatas, hebat pengalaman saudara, dan terima kasih kerana memberi ilmu baru buat saya. Secara jujurnya, baharulah saya ketahui bahawa bismillah empat dan bismillah lapan wujud. Begitu kaya ilmu orang melayu kita. Pada simpanan saya hanya ada bismillah satu, bismillah enam dan bismillah sembilan. Sekiranya saudara sudi, bolehlah tunjuk ajar saya bismillah empat dan bismillah lapan untuk saya, kalau sudi.
Terima kasih dan wassalam

Unknown berkata...

maaf tuan punya blog. sebenarnya saya dah "terlupa" ayat ayat tersebut kerana sebab sebab tertentu dan panjang ceritanya. ini selepas saya mendalami ilmu tasawuf. saya pun dah lupa camne nak baca nya. inshallah kalau saya balik kampung nanti (dah lama tak balik ) saya cuba la cari. bila baca tulisan saudara teringin gak nak bagi kat anak cucu. kurang kurang boleh le dpt teh tarik free bila cucu nak dengar cerita :-)

HERBALIFE 4U berkata...

Assalamulaikum..
maaf.. sy ingin bertanya... bagaimana nak amalkan Bismillah 6...??? sbgai pendinding??? bnyak yg sy baca,,,cara2 utk mgubati org lain ...

ahmadnizamar berkata...

salam..
mentera ilmu kebal tu ada terkandung dalam sebuah buku kepunyaan arwah datuk saya dalam tulisan jawi bertajuk senjata sulit..ahmadnizamar33@yahoo.com

sangrajuna berkata...

sy ingin belajar tentang ilmu ini boleh kah??

Unknown berkata...

Aslkm,ikhwan sekalian..berkenaan bismillah 6 ni. Sy terima dr pak saudara dulu(hj ismail -LIPIS), cara amalan lps solat..tp lama dah x amalkan..antara khaifiyat. Tawarkan air masin..adalah lebih baik amalkan untuk cari redha Allah swt. AC PSTS. Wassalam