Rabu, 10 Ogos 2011

Musuh Islam - Nyata dan Tersembunyi

Salam Sejahtera kepada semua orang Melayu yang beragama Islam beriktiqad bahawa Tiada yang Berhak di Sembah Selain ALLAH, Muhammad adalah Pesuruh ALLAH.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan perbuatan hina dan keji puak kristian di Selangor (beberapa negeri juga) sebegitu berani dan terang mencabar Kedaulatan Islam dengan usaha untuk Memurtadkan orang2 Islam di Selangor dan bertambah ketara dan biadap semenjak puak DAP memerintah Selangor dan Pulau Pinang, maka wajiblah kita sebagai seorang Muslim mempertahankan Aqidah saudara2 kita seagama tanpa mengira Parti Politik.

Saya sebagai Guru Utama Semantan Puteh telah lama memperjuangkan perkara ini di Perak, walaupun secara tersembunyi dengan berdakwah secara hikmah dan baik dengan anak2 muda dan sesama Muslim tidak mengira puak dan Parti mana sekalipun. Iktiqad jelas saya ialah mempertahankan Kedaulatan Islam dan bangsa Melayu, yang diserang dari semua penjuru sudut termasuk dari kalangan Muslim dan orang Melayu sendiri (barangkali bertopengkan nama Islam tetapi berakidah kafirin)itulah menyebabkan saya terbuka hati membuka Blog ini supaya generasi Melayu baru dan lama terbela dan dapat mempertahankan diri, keluarga, saudara seagama dan Islam keseluruhannya.
Saya secara ikhlas menyeru supaya kita bersatu diatas nama ALLAH dan RASULNYA. Amin.







AYAT PERANG - Sinar Islam
==========================


Ianya dinamakan Ayat Perang kerana ianya menggunakan Surah Al-Fiil sebagai Pembuka. Amalan ini diamalkan hanya selepas mana2 Solat wajib dan boleh juga diamalkan bila2 masa terutama di malam Jumaat dan Jumaat. Amalan ini untuk mengisi kekuatan kebatinan dan mengeraskan Semangat Murid2 tanpa mudah berasa takut dan mudah terkejut, malahan keberanian sebegitu rupa sehinggakan sedikitpun tidak takut memasuki hutan atau mana2tanah perkuburan kerana ruhani dan hati dipenuhi kekuatan kebatinan, lagipun masakan akan merakan perasaan takut kerana hati senantiasa sibuk mengingati ALLAH dengan berzikir menyebut2 Nama2NYA.


Basmallah

Surah Al-Fiil ...................3X

Ya ALLAH Tuhan sekelian Alam
Kami HambaMU, Kami TenteraMU
Sediakanlah kami dengan kekuatan kebatinan
Ruhani dan Jasmani 
Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir......21X atau 40X

Sesudah itu, hendaklah menghembuskan nafas mulut sekuat2nya kepada kedua belah tapak tangan lalu disapukan kepada seluruh tubuh badan yang mana tercapai, akhirnya ditutup dengan menghisap nafas sedalam2nya sambil kedua2 belah tapak tangan kita menutup muka, seperti selepas habis berdoa.

Sesudah tiu, bacalah Surah Al-Fiil pada kedua2 belah tapak tangan dengan kedudukan seperti berdoa, setelah selesai, hembus nafas pada kedua2 tapak tangan lalu digosok2kan sehingga panas sambil membaca Asmaul-Husna diatas sebanyak 7X dan dipenaikkan bermula hujung kedua belah tangan dan ditamatkan pada kedua belah bahu sambil menghisap nafas sedalam-dalamnya sambil berniat supaya tangan berbisa, keras dan berisi kekuatan kebatinan.Setelah selesai, maka ditepukkan kedua belah tapak tangan dengan kuat di kedua2 belah bahu sambil menyebut ALLAH HU_AKBAR

Amalan ini memerlukan penumpuan penuh kerana memerlukan kekuatan Maqrifat murid2.

Wallahualam

6 ulasan:

Nubuwuah berkata...

salam tuan,

adakah amalan diatas diamalkan oleh org awam? terima kasih...

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam

Ilmu diatas boleh diamalkan oleh orang awam tetapi perlukan pengawasan Guru, lagipun ianya di bawah Permainan Sinar Islam, maka ianya memerlukan Salam Baiah untuk memperturunkan Ilmu2 tersebut. Lagipun, Ibu Ayat Sinar Islam sengaja tidak saya masukkan kedalam Blog dengan sebab2 tertentu.

Ianya cuma menceritakan apa yang berlaku semasa mengamalkan Sinar Islam, begitu juga dengan Semantan Puteh, sengaja saya tidak menurunkan Ibu Ayat yakni Ayat asas Sinar Islam dan Semantan Puteh

Amalan2 diatas hanya setelah menerima Baiah Ilmu Sinar Islam, dan proses semasa pembelajaran. Sinar Islam banyak pecahannya, bukan sahaja berbentuk Persilatan , ianya merangkumi Perubatan, Permainan Kebatinan, Petua2, Jurus Kebatinan, Ilmu Langkah, Wafaq dan Azimat, Ilmu Nafas.

Wallahualam

Nubuwuah berkata...

cantik!!!...saya telah bertemu guru silat seperti silat tuan ditempat saya... pernah dulu saya belajar silat tapi setengah jalan sahaja... kini atas kesedaran diri...saya inshallah akan memulakan langkah pertama untuk menimba ilmu persilatan selepas raya ini...

Pahlawan Timur berkata...

hmmm.. nice... pahlawantimur.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

as salam kepada tuan yg empunya blog ini...besarlah harapan saya sekiranya tuan sudi menerima saya untuk belajar segala ilmu yg tuan miliki ini terutamanya ilmu persilatan kerana saya sgt meminati ilmu ilmu dalam kategori ini. bagaimanakah caranya saya dapat menghubungi tuan?

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam kepada Nubuwuah, Pahlawan Timur dan Unknown.........terima kaseh kerana sudi membaca Blog saya dan berkongsi pengalaman warisan melayu yang telah saya tempuhi lebih 30 tahun. Sekadar berkongsi Ilmu dan kekayaan Ilmu bangsa melayu yang selama ini tersembunyi.................sedikit sebanyak diharap membuka hati anak2 muda melayu sedar akan kelebihan bangsa melayu terutama pejuang2 kemerdekaan , penentang kekejaman komunis dan lain2

wassalam