Isnin, 24 Januari 2011

Langkah Asas Semantan Puteh

Semantan Puteh-Langkah Asas Pencak Silat

Di dalam perguruan Semantan Puteh, langkah asas terbahagi kepada beberapa bahagian:

a) Langkah Empat, atau dipanggil juga langkah empat sahabat yakni samada menggunakan kaki kanan atau kiri di gerakkan kehadapan, belakang, kanan dan kiri beserta kekuda atas tiang-langkah asas sepertimana juga Silat Melayu yang lainnya

b) Langkah Lapan, pecahan daripada langkah empat

c) Langkah Enam Belas, pecahan daripada langkah lapan

d) Langkah Kalimah-pergerakkan berupa kalimah Lam Alif, langkah Kalimah mempunyai langkah berisi gerak kebatinan, selalunya apabila berhadapan dengan musuh yang memakai Ilmu Kebatinan dan juga ‘berentap’ dengan makhluk halus. Langkah Kalimah mempunyai bab yang khusus kerana menggunakan kebatinan dan petua petua

e) Langkah Alif-Langkah yang tidak mempunyai langkah, yakni menetap pada satu tempat sambil menyerang atau mempertahankan diri daripada serangan. Didalam langkah ini, banyak menggunakan pancaindera batin dan pukulan jurus jurus. Pukulan jurus ini terbahagi kepada dua bahagian, pertama jurus zahir dan jurus batin. Sepertimana langkah kalimah lam alif, langkah alif juga memerlukan bab yang khusus

f) Gerak Geri Maut-langkah menyerang musuh tidak berpijak pada bumi. Inilah langkah yang paling sukar untuk dimahirkan namun hasilnya menakjubkan. Langkah ini juga dapat dilihat didalam Silat Lincah, Silat Gayung dan Silat Lintau tetapi mempunyai gelaran berbeza beza

g) Terbang- lebih merupakan pergerakan diatas udara, yakni menyerang musuh pada bahagian diatas bermula pinggang sehingga kepala. Pergerakkan ini menggunakan serangan kaki dan tangan mengikut keadaan. Pergerakkan ini juga seakan sama dengan Silat Rajawali dan Silat cakar Helang

Semua langkah langkah diatas kecuali Gerak Geri Maut dan Terbang, memerlukan latihan zahir sahaja, namun kemahiran langkah terpulang kepada latihan anak murid. Langkah Gerak Geri Maut dan Terbang lebih kepada Silat Kebatinan (Rahsia hanya boleh diketahui apabila menuntut Semantan Puteh)

Semasa latihan langkah langkah tersebut, permainan dan jurus tangan juga diajar serentak. Namun pada permulaan, gerak tari Semantan Puteh akan diajar sebagai Pergerakkan Seni Silat Semantan Puteh dengan gelaran gelaran tertentu seperti menjunjung langit, gerak tari bunga, gerak tusuk , helang kembang, tarian air dan sebagainya, sama seperti Silat Silat Melayu yang lain. Didalam pada itu juga, murid akan di ajar jurus jurus isi seperti pemberat, penumbuk maut, perapuh, langkah laksamana,kunci langkah, garis laksamana, cekak ketam dan lain lain nya( Bab Jurus Kebatinan)

Denagn kata lain, semasa memahirkan langkah zahir, murid juga diajar sedikit sebanyak jurus batin dan petus petua.

Gerak Geri Maut

Semantan Puteh mempunyai gerak khusus yang di gelar Gerak Geri Maut, didalam permainan ini, pergerakkan akan menyebabkan tulang tulang patah dan retak, sendi tercabut, urat daging pecah dan putus.Serangan akan tertumpu kepada sendi kaki dan tangan, tulang rusuk dan selangka, tengkuk dan leher, urat daging kedua belah tangan, mata, telinga, hidung, buah zakar, urat belakang, jari jari dan ulu hati. Didalam pergerakkan ini tidak ada langsung permainan kunci seperti difahamkan, tetapi terjurus kepada penggunaan tangan dan kaki bagi mencederakan musuh pada tahap parah. Disini murid akan ditunjuk ajar rahsia tubuh manusia (anatomi) kelemahan dan kekuatannya.

Serangan akan menggunakan siku, jari buku, lutut, tumit, tapak tangan, jari dan penumbuk sebagai senjata berbahaya tanpa menggunakan kudrat yang banyak

Nota: Tahun 70an , musuh pernah dipatahkan kedua dua tulang selangka menggunakan pergerakkan ini menyebabkan musuh rebah menggelupur kesakitan yang amat sangat. Semasa itu penulis berumur belasan tahun di Ipoh. Sebagai penamat, satu penumbuk maut diberi buat hadiah, akibatnya, muntah darah. Selepas itu penulis tidak tahu apa yang berlaku sebab melarikan diri

Semasa pelajaran Gerak Geri Maut, murid akan diturunkan tanpa Ijazah mengajar beberapa amalan jurus kebatinan sebagai penambah bisa dan kekuatan

Perapuh-Ja’alahu dakka ‘a

Penumbuk bisa-Syumma dammar nal a kharin

Penumbuk/pemberat-tsummun bukmun umyumfahumlayubsirun

Penderas-Fassabiqati sabqan

Tekan Bumi-Iza rujjatil ardhu rajjan

Gerak Kilat-Fal ‘a shifati ‘ashfan

Nota-Cara amalan dan penggunaan tidak disertakan disini. Ini sebagai pengetahuan pembaca sahaja

Bersambung akan datang

2 ulasan:

Hafiz berkata...

alhamdulillah..banyak dapat dikongsi di sini..

taufiq berkata...

assalamualaikum saudara penulis.sy nk tanye,boleh kah saya mempelajari silat semantan putih ni tanpa berguru?sekiranya perlu berguru,kat mane sy perlu mempelajarinye.sy tinggal di banting selangor