Sabtu, 22 Januari 2011

ILMU PENDINDING SEMANTAN PUTEH-ASAS


KERIS SEMANTAN PUTEH

Perguruan Semantan Puteh meliputi beberapa tahap

1) Pendinding Diri
2) Langkah Pencak Silat
3) Silat Kebatinan
4) Ilmu Kebatinan
5) Perubatan
6) Petua
7) Ilmu Hakikat

Pendinding Semantan Puteh

Surah Al Fatihah
Sural Al Ikhlas 3 Kali
Surah Al Falaq 3 Kali
Surah An Nas 3 Kali
Ayatul Qursi 3 Kali

Bismillah Hillazi Layadurru Ma’asmihi Syai’un FilArdDhi Walafis sama ‘ewahuwassami’u’alim 7 Kali

Amalan di lakukan sebaik baik selepas Solat Margrib dan Subuh atau dilakukan bila bila masa didalam satu hari satu malam bila ada kesenangan. Bacaan diatas juga dibacakan semasa permulaan membuka gelangang silat dan disertakan kunci pagar empat penjuru dengan petua Ayatul Qursi. Ini amat penting bagi mengelak ganguan Jin dan Syaitan serta percubaan permainan pihak untuk menguji perguruan. Namun, selalunya dengan berkat amalan, semua perkara tersebut dapat dihindari.

Petua Pendinding Ayatul Qursi

Penghulu segala ayat Quran ini mempunyai amat banyak rahsia dan seribu satu kegunaan. Sesiapapun boleh mendapati didalam banyak kitab nukilan ulama ulama. Walaubagaimanapun, petua disini tidak terdapat didalam mana mana kitab, ianya diturunkan daripada guru guru.

Petua Utama untuk medapat kemujaraban menggunakan Ayatul Qursi ialah dengan mengamalkan dengan 170 kali sehari semalam setiap hari tanpa terputus walau satu haripun atau sekurang kurangnya 7 kali setiap hari.

Apabila ingin mengunci empat penjuru gelanggang , pertama carilah empat ketul batu atau kayu pacak, asalkan suci boleh digunakan. Kesemua disusun empat penjuru mengikut saiz gelanggang yang akan digunakan, bermula mana mana penjuru, hendaklah membaca Ayatul Qursi satu kali sehingga ayat terakhir yakni..walaya…diulang 7 kali dan dihembus dengan nafas sambil makrifatkan terbentuk satu tembok besi waja di satu penjuru. Ulangi perbuatan tersebut sehingga lengkap ke empat empat penjuru. Akhir sekali, dengan kedudukan ditengah tengah gelanggang hendaklah membaca Ayatul Qursi sekali dan dihembuskan 6 penjuru. Maka setelah selesai, bolehlah memulakan permainan dan latihan. Insyallah, dijauhkan sebarang bentuk gangguan.

Pengikut Semantan Puteh digalakkan untuk mengamalkan mana mana Surah dan Ayat Quran sebagai tambahan pendinding diri, ini termasuk doa doa amalan Rasullullah SAW dan para sahabat dan ulama.

Didalam amalan Semantan Puteh, tiada penggunaan jampi serapah atau mantera , melainkan ayat dan doa didalam Al Quran, Hadith Nabi SAW dan amalan amalan ulama ulama. Ada juga beberapa amalan dari pendekar melayu dahulu kala terutama rahsia Ilmu Kebatinan, petua petua dan rahsia hakikat ( Kebanyakkan Ilmu Hakikat asalnya dari ahli Tarekat dan Sufi)

Amalan Pendinding Khusus Untuk Mengubat Pesakit di Rasuk

Semasa ingin memulihkan pesakit dari gangguan rasukan syaitan atau jin, beberapa tambahan pendinding perlu dilakukan sebagai tambahan kerana barangkali rasukan biasa atau perbuatan sihir
Disini, selalunya Perguruan Semantan Puteh akan membaca surah Yasin, empat Surah Qul…..dan Surah Al An’am sebelum memulakan perubatan atau pemulihan. Kebiasaannya, setelah selesai membaca amalan diatas, kadang kala pesakit akan pulih dengan sendiri, kemungkinan berkat ayat Quran syaitan dan Jin melarikan diri sebelum terbakar. Maka, sekiranya berlaku perkara ini, pesakit akan diberi azimat khusus bertulis Basmallah 21X untuk dipakai sementara dan diberi beberapa ayat pendinding seperti 4 Qul dan ayatul Qursi untuk amalan sepanjang masa. Dalam pada itu, kawasan rumah akan dipagar dengan pendinding sehingga selesai masalah dengan sempurna. Acapkali, syaitan dan jin akan mengganggu semula melainkan dengan amalan pendinding tersebut akan melindungi pesakit , dengan Izin Allah

Mana mana orang yang berminat untuk memagar rumah atau kawasan bolehlah membaca 4 Qul, Surah Yasin dan Ayatul Qursi sekurang kurangnya. Boleh sahaja ditambah dengan Ayat awal Surah Al Baqarah dan Akhir Surah Al Baqarah atau mana mana amalan pendinding yang lain
(Nota: Bab Ilmu Kebatinan akan menerangkan dengan lebih mendalam ilmu pendinding khusus untuk kecurian, rompakan atau rusuhan, InsyaAllah)

Amalan Pendinding Sebelum Tidur

1) Basmallah 21 kali ( Paling Kurang)
2) Bismillah hillazi……sampai sami’ul Alim 3 kali (Afdal)
3) Tiga Qul (Afdal)
4) Ayatul Qursi-Perbuatan Sihir
5) Tiga ayat pertama dari surah Al an’am-Gangguan Makhluq halus

Tiada ulasan: