Rabu, 5 Januari 2011

Rahsia Kehandalan Pendekar Melayu

Pendekar Melayu amat digeruni oleh seni bela diri asing. Mengapakah sedemikian rupa sedangkan seni silat melayu bukan dikenali sangat di dunia bela diri melainkan mereka yang pernah merasakan penangan tangan melayu. Apakah rahsia sebenar tersembunyi dan amalan amalan pendekar melayu sehingga di gelar ' The Most Deadly Martial Art' di kalangan seni bela diri.
Contoh pendekar terbilang sekitar 60an keatas adalah Mahaguru Seni Silat Gayung Dato Meor Rahman. Beliau amat di geruni oleh semua bela diri di asia ketika itu kerana kegagahan dan kehandalan beliau. Bukan sedikit mahaguru bela diri yang lain ketika itu mendapat tunjuk ajar oleh beliau, namun sedikitpun kesombongan dan riak tidak wujud di dalam hati beliau. Carilah guru tua Silat Gayung untuk mengetahui sejarah beliau di rantau ini.

Satu lagi nama besar dikalangan guru tua silat melayu ialahAllahyarham Che Molok, guru Silat Lintau ketika itu di Ipoh. Jangankan Che Molok, anak didikan beliau pun amat digeruni oleh guru guru silat lain. Ramai lagi nama pendekar melayu tidak disebut disini, kerana teramat ramai yang hebat dan gagah.Apakah rahsia mereka?

Ikuti blog saya di akan datang.

Wassalam

1 ulasan:

ZMI SALES berkata...

Salam
Bila nak dedahkan rahsia ini kepada anak cucu?