Surah Al Hadid dari Basmallah ke ayat Wahuwa'alimun bizatis-sudur......
AYAT BESI – AL HADID
++++++++++++++++++
Sebelum saya memberitahu khasiat ayat dari Surah Al-Hadid ini, terlebih dahulu saya sampaikan keajaiban Mukjizat Kalamullah. Al Hadid didalam bahasa Melayu ialah bermaksud besi , tetapi kemukjizat Kalamullah hanya dapat difahami hanyasanya dengan bahasa asal manusia, Arab.
Fakta paling menarik ialah jumlah kiraan huruf didalam bahasa arab adalah bersamaan dengan jumlah atom susunan besi/iron/ferum didalam skala jadual susunan atom didalam ilmu fizik. Apakah kebetulan atau inilah bukti Al Quran adalah Kalamullah dari Pencipta segala galanya. Inilah satu contoh ilmu Hakikat yang dimaksudkan, Cuma dari satu sudut yang berlainan.
Ayat ini apabila ditulis pada satu kain puteh, jika dibuat azimat, dapat menjadikan tubuh badan kebal dan tidak terluka daripada serangan senjata yang diperbuat daripada besi/logam.
Cara menulisnya adalah seperti berikut, ditulis dengan dakwat yang diperbuat dengan saffron atau kunyit diatas sehelai kain puteh. Apabila menulis , pastikan semua huruf adalah sangat jelas dan tepat, setelah selesai balutkan kain tersebut dengan bahan kalis air. Kalau dahulunya , kita salutkan dengan air timah dan lilit, sekarang boleh dibalutkan dengan plastik sahaja.
Satu lagi kegunaannya ialah untuk mengubat demam panas, caranya sama, tuliskan pada kain puteh dan disatungkan kepada leher orang yang sakit demam itu. Lagi satu caranya ialah tuliskan didalam pinggan puteh dengan air kunyit, setelah siap dibuat air minuman, Insyallah sembuhlah dengan izinNya.
Bagi sakit mata pula, baca ayat tersebut dan diludahkan pada jari telunjuk dan disapukan pada mata.
1 ulasan:
Assalamualaikum....
boleh sy tahu dakwat saffron tu diperbuat daripada apa?? mana nak dapat dakwat tu?? kalau guna dakwat pen biasa seperti stabilo, fabble castle yg bwarna biru, merah, hitam atau yglain boleh ke??? minta penjelasan yg lebih lanjut. t.kasih
Catat Ulasan