Rabu, 6 April 2011

Ayat Serba Guna

  • Ada satu ayat yang terkenal dikalangan pendekar melayu lama digelar ayat 1001 kegunaan, kedudukan ayat ini adalah betul betul ditengah Al-Quran pada ayat ke 3,333
  • Ayatnya boleh digunakan sebagai Gayung Pukulan Jauh, Penumbuk Berat atau Bisa, Penawar Bisa terkena pukulan musuh seperti punumbuk bisa, Penawar racun Santau Angin atau Penawar Bisa gigitan Serangga Bisa, Penyeri Muka, Pendinding Santau dan Tuju Tuju, Ayat Cuca, Ayat Kebal , Pembuka Kunci Sihir, Tuju Jantung, Tekan Bumi atau lebih dikenali Garisan Laksamana, Penolak Bala Bencana serta Binatang Buas dan Ganas, perbuatan Sihir musuh kembali kepada sipembuat dan lain lain lagi mengikut keadaan
  • Cara amalannya yang agak khusus yakni berpuasa bermula pada hari jumaat bertepatan 1 hb Hijrah Islam dan tamat pada 30 hb Hijrah Islam, contohnya jika bermula 1 rabiul-awal tamatnya ialah 30 rabiul-awal.
  • Setiap hari beramal membaca sebanyak 3,333 X bermula selepas Isyak sehingga selesai sebelum tidur
  • Jika sesudah lengkap beramal, akan datang tanda tanda tertentu yang menunjukkan amalan kita mustajab.
  • Lazimnya, didalam mimpi akan ditunjukkan cara kegunaan terhadap sesuatu perkara, pengalaman saya ialah apabila kita mengalami sesuatu perkara, maka kita akan memperolehi petunjuk bagaimana un tuk menggunakan ayat tersebut bersama sama ayat ayat lain.
  • Contohnya, semasa di Kolej, ada budak budak nakal cuba menghantar Santau Angin, maka malamnya saya mendapat petunjuk amalan mematahkan perbuatan tersebut.
  • Ajaibnya, cara kegunaan selalu dimulakan Al Fatihah dan Salawat Nabi SAW, kecuali Pendinding disertakan Penghulu Segala Ayat.
  • Ayat tersebut ialah:- WAL-YA-TALOTH-TOF-WA-LA-YUS-E-RAN-NA-BI-KUM-A-HA-DA..............
  • Hampir semua Seni Silat saya menuntut ada menggunakan ayat ini.
  • Ada lagi satu ayat yang agak terkenal dikalangan Para Sufi yakni HAS-BI-YAL-LAH-HU-WA-NIQ-MAL-WA-KIL..........ini juga amat mustajab sekiranya usaha kita menemui kegagalan, ini adalah benteng terakhir setelah semua usaha gagal kerana amalan kita yang tidak cukup, maka cukuplah Allah menjadi Pelindung dan Wakil bagi menyelesaikan setiap urusan harian kita.
  • Selamat beramal, jika tidak cukuplah sebagai pengetahuan, mana tahu, mungkin suatu hari bertemu keadaan kecemasan, bacalah ayat ayat diatas, selainnya Tawakkal kepada DIA
   

3 ulasan:

Lintau Perak berkata...

Salam Perjuangan,

Blog Tuan sudah saya link ke blog saya.

"Bismillahi tawakkal 'alaLah..Ya ghofururrohim!

Tanpa Nama berkata...

WAL-YA-TALOTH-TOF-WA-LA-YUS-E-RAN-NA-BI-KUM-A-HA-DA

bacaan diatas bisa dikasih, apa nama suratnya dan apa arinya dalam bahasa indonesia, trim's

helwa berkata...

ada dalam surah al-kahfi