Rabu, 23 Mac 2011

Ilmu Kebatinan Dan Fadhilat Al Quran

Ilmu Kebatinan Dan Fadhilat Al Quran

Assalamualaikum

Firman Tuhan Di Dalam Surah Al Baqarah Ayat 269 Berbunyi:-

Allah memberi Hikmah (Ilmu Pengetahuan, Kebijaksanaan )kepada siapa yang dikehendakiNya dan barangsiapa yang telah diberi Hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang orang yang berakal.

Firman Allah Di Dalam Surah Israa’ Ayat 82 Berbunyi:-

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi PENAWAR DAN RAHMAT bagi orang orang BERIMAN dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang orang yang zalim selain kerugian.

Marilah kita lihat akan tafsiran ringkas kedua kedua Kalamullah, yakni Surah Al Baqarah 269 secara umum Hikmah kepada semua manusia merangkumi Ilmu Sains, Teknologi, Fisiologi, Perubatan, Geologi dan semua bentuk Ilmu yang manusia menguasai sekarang atau dimasa akan dating.

Manakala Ayat 82 dari Surah Isra’ lebih merupakan ayat yang khusus untuk orang orang beriman yakni orang Islam yang mukmin, berupa Penawar dan Rahmat….dimana tafsirannya amat panjang lebar daripada tafsiran para Ulama Muktabar.

Namun, secara khusus saya hanya berminat dengan perkataan Penawar ( Zahir dan Batin ) kerana inilah maksud pengkhususan mengenai Ilmu kebatinan yang telah Allah kurniakan kepada bangsa Melayu khususnya . Penawar merangkumi maksud yang amat luas termasuk Perubatan Zahir Batin, Ketenangan bagi hati yang gundah gelana, penawar bagi penyakit hati dan seterusnya.

Semasa saya masih bergiat cergas mencari Ilmu didada, ada beberapa Ulama dan Ustaz memberi beberapa Penawar Hati sekiranya kita berkeadaan resah tidak tentu pasal, susah hati, tertekan dan sebagainya, maka hendaklah kita pertamanya membaca kalimah yang amat terkenal yaitu:-

INNA LILLAH WAINNA ILAIHI RO JI’UN
Sesungguhnya semuanya dari Allah dan sesungguhnya akan kembali kepada Allah……..

Menurut Guru Sufi, maksud pengertian Kalimah diatas merangkumi maksud Hakikat yang Rahsia bagi mereka yang mengerti terutama yang pernah mempelajari Tasawwuf dan Kesufian.

Namun, saya lebih menekankan kepada penggunaannya apabila kita berhadapan dengan musuh yang mengamalkan Ilmu Sihir. Apabila kita berhadapan dengan mereka yang bersekutu dengan syaitan, maka jika terasa sukar untuk mengalahkan musuh, maka selain daripada Ayat Ayat yang lazim kita amal dan baca, maka hendaklah dengan hati dan perasaan yang bulat beserta iktikat yang mantap, bacakan Kalimah diatas sepenuh jiwa dan yakini bahawa segala sesuatu itu termasuk ilmu sihir datang dari Allah, maka Allah akan mengambil kembali ilmu sihir tersebut untuk kesejahteraan manusia keseluruhan. Justru, bagi mendapat fadhilat dan kemujaraban, maka wajiblah kita memahami sedikit Tasawwuf dan Ilmu Hakikat, kerana hanya melalui Guru Guru ini, maka sampailah maksud mendapat Makrifat Kalimah diatas, bukan sahaja Kalimah diatas, malahan semua Kalimah Allah yang akan digunakan u ntuk tujuan Ilmu Kebatinan.

Sebagai contoh yang mudah ialah mengapakah sebegitu ramai orang Islam yang mengamalkan An-Nas dan Al-Falaq mendapati amalan mereka tidak mujarab dan tidak merasai fadhilatnya, jawapannya ialah mereka tidak memahami hakikat Surah Surah tersebut, jauh sekali akan Makrifatnya kerana masakan termakbul amalan kita sedangkan kita mempunyai sifat dan akhlaq yang terlarang seperti didalam kedua dua Surah tersebut yakni sifat dengki, busuk hati dan kurang perasaan mengagungkan Al Malik tidak selayaknya bagiNya. Jika kenal akan Tuhan dengan ZatNya, SifatNya, NamaNya dan PerbuatanNya secukupnya, maka amalan kita lebih mujarab kerana amalan dan bacaan kita diserapi perasaan mengagungkan Tuhan sebagaimana selayaknya, lidah dan hati bersama sama menyebut dan membaca Kalam Tuhan, justru baharulah kesannya ternampak.

Maka itulah, didalam Perguruan Semantan Puteh, Guru lebih banyak menekankan Mengenal Allah terutama melalui Sifat 20 yang mana pecahannya sehingga beratus ratus banyaknya, walaupun ianya bukan sebahagian daripada Perguruan Semantan Puteh.

Apabila sudah meresap pemahaman kita mengenai Allah sedikit banyak sebagaimana sepatutnya seorang hamba mengenal akan Tuhannya, maka apa sahaja amalan kita untuk mendapat fadhilat dan kemujaraban akan lebih mudah.

Lagi satu contoh yang amat baik ialah Kalimah Bismillah…………apabila kita membacanya sebelum makan hendaklah sebutan kita dari sudut mahraj mesti tepat dengan suara yang jelas dan terang, baharulah datang berkatnya, apatah lagi apabila kita membacanya sambil akal dan hati membayangkan sifat Tuhan Ar-Rahman dan Ar-Rahim beserta nama Zat Tuhan, maka bertambahlah keberkatan dan fadhilatnya.

Ada suatu ujikaji saintifik oleh pakar air jepun mendapati apabila Kalimah Bismillah dibacakan kepada segelas air, didapati susunan molekul air berubah kepada bentuk hexagon (Lapan Segi) hampir bersamaan dengan bentuk susunan molekul air Zam Zam. Itu baharu dibacakan pada lazim zahir sahaja, maka cuba kita bayangkan jika kita membaca bersama Hakikat dan Makrifat akan Allah pada semua keempat empat maqam mengenal Tuhan Azza wajalla.

Satu lagi Kalimah yang biasa kita amal ialah Kalimah :-

LA HAU LA WA LA QUW WATA ILLA BILLAH HIL ‘ALIYIL ‘AZHIIM

Tiada Daya dan Kuasa melainkan dengan Izin Allah yang Maha Agung

Kalimah ini diriwayatkan ditulis pada Arasy Tuhan (Singgahsana Tuhan) yang dijunjung 8 Malaikat yang mempunyai 1,000 sayap masing masing

Kalimah diatas banyak digunakan didalam jurus jurus Kebatinan Sinar Islam dan Semantan Puteh kerana ada persamaannya dimana kedua dua perguruan ini lebih menekankan Ilmu Hakikat dan Ilmu Makrifat. Perhatikan perkataan DAYA dan KUASA didalam Kalimah Agung ini. Kedua dua kalimah Daya dan Kuasa saling kait mengait tetapi tidak sama tapi masih ada keserupaan pada hasil akhir. Contohnya, Roket memerlukan Daya tujahan untuk berlepas, dan Daya ini terhasil daripada sistem enjin roket sebegitu rupa yang mengeluarkan Kuasa melalui pembakaran cecair hidrogen bercampur oksigen. Kedua duanya tidak sama tetapi hasilnya adalah serupa untuk roket berupaya mengatasi daya graviti bumi untuk menembusi ke angkasa lepas.

Maka didalam pemahaman saya didalam Semantan Puteh mahupun Sinar Islam, sekiranya kita faham akan maksud Kalimah diatas, maka sebenarnya kita sudah mula mengetahui akan Ilmu Hakikat dan justru pemahaman ini menjerumuskan kepada Makrifat, maka terbentuklah pukulan jurus kebatinan berdasarkan pemahaman dan pengertian kita tentang hakikat sesuatu dan seterusnya mendapatkan makrifat. Maka berhasillah jika memahami hakikat sesuatu yang Tuhan berikan kepada manusia berupa Ilmu yang tiada mempunyai batas dan sempadan bersesuaian dengan bidang ilmu masing masing asalkan iktikat hati bertunggakkan mengesakan Tuhan pada ZatNya, NamaNya, SifatNya dan PerbuatanNya.

Tiada sesuatupun menyamai Tuhan, Dia berdiri dengan sendiri tiada Awal dan Akhir bagi Zat Tuhan seluruh Alam, tidak tercapai akal makhluk akan kebesaranNya , tidak terbatas pada ruang dan masa, ZatNya meliputi segala sesuatu , IlmuNya amat luas lagi Maha Mengetahui semua isi kandungan Alam Semesta, Maha Kuasa lagi Maha Gagah Perkasa menguruskan seluruh Alam, Dia yang lebih hampir dengan manusia daripada urat leher, Dia lah Batin Dia lah Zahir, tiada sesuatu melainkan ZatNya yang meliputi segala sesuatu s. ZatNya yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.

Satu lagi Kalimah jurus kebatinan yang amat terkenal dan banyak digunakan ialah Kalimah ;-

ALLAHHU AKBAR  Allah Maha Besar…………………………

Ajaibnya Kalimah yang biasa kita sebut setiap waktu dan masa terutama ketika mendirikan Solat, wajib menyebut Takbir setiap perpindahan rukun.

Bagaimanapun, kegunaannya didalam jurus kebatinan berkait-rapat rahsia Ilmu Nafas ketika keluar dan masuk. Nafas yang juga digelar Nyawa, Hawa, Rahsia Hidup atau nama nama gelaran yang lain tetap sama pengertiannya. Ada pada masa masa tertentu, gelaran diberikan pada nafas yang keluar nafas yang masuk, nafas kiri kanan dan sebagainya, macamanapun, inilah rahsia besar sekiranya diketahui oleh kita, maka amat beruntunglah .

Disini saya ingin menceritakan salah satu rahsia kegunaan Ilmu Nafas pada Kalimah Allahhu Akbar bagi mendatangkan jurus, maka hendaklah berlatih setiap hari menyebut Kalimah:-

Allahhu Akbar sebanyak 40X, setelah selesai maka hendaklah berlatih mengeluarkan nafas kanan sebanyak jumlah yang sama sambil saluran lubang hidung sebelah kiri ditutup dengan jari tangan kiri. Berlatih setiap hari sehingga boleh mengeluarkan nafas kanan dengan agak kuat, cara untuk menggunakannya apabila berhadapan dengan musuh yang sedang marah atau berkeadaan kecemasan diserang musuh, maka hendaklah disebut Kalimah Allahhu Akbar dengan kuat (bertempik) dan seterusnya menghembuskan nafas dengan kuat sambil tangan menjurus (seperti menolak sesuatu dihadapan)  ke arah musuh, maka nescaya Insyallah musuh akan terpelanting tanpa berhasil menyerang dan mendekati kita. Boleh juga digunakan apabila diserang oleh lebih seorang musuh yang berkemungkinan mengelilingi kita dengan cara guna yang sama kecuali berkeadaan jurus yang sedikit berlainan, yakni kedua dua belah tangan menolak dengan kuat seperti kita ingin melepaskan diri dipeluk orang.

Satu lagi Kalimah jurus Kebatinan ialah:-

Wal yalath-thaf wala yus ‘eran nabikum ahada……………………

Kalimah diatas banyak digunakan didalam banyak Silat Silat Melayu, menghairankan kerana kita semuanya berkongsi rahsia yang sama tidak kira darimana perguruan yang kita datang.

Berbalik kepada Kalimah Allahhu Akbar, banyak terdapat Rahsia besar didalam kegunaannya, cukuplah setakat ini untuk pengetahuan pembaca sebagai kata semangat akan kekayaan Ilmu orang Melayu dahulu-kala.

Ada suatu mantera melayu untuk jurus pukulan jauh yaitu:-

Bismillah……………………

Allah Kata Kena
Muhammad Kata Jatuh

Allahhu Akbar…………………………sertakan satu pukulan jurus jarak jauh

Wallahualam

Ada lagi satu mantera melayu mengenai jurus pukulan jauh/gayung kata setengah orang ialah:-

Bismillah………………………..
Bukan aku yang pukul
Allah yang pukul
Dengan berkat Kalimah………Kun faya…kun……

Allahhu Akbar………………………….

Ayat Ayat Penumbuk Bisa/Pemberat Tangan/Tangan Besi

a) Wa i-za batasy tum batasy tumjabbarin………………

b) Inna batd-sya rob-bika-la sya-did……....

c) Innahu huwa yub-di-u-wa yu e’du=wahuwal- ghafur-rur-wadudu-zul’asyil-majid

d) Faq’ qolul-lima yurid………

Cara yang diamalkan agak berbeza dengan perguruan yang berlainan. Salah satu ialah membaca salah satu ayat diatas sambil menggenggam tangan dengan kuat sambil membaca dan menghembuskan nafas dari mulut disudahidengan meludah kecil sambil menggosokkan tangan sehingga panas membara. Jika mengisi tangan kanan setelah selesai meludah, maka penumbuk tangan kanan di gosok-gosokkan ke tapak tangan kiri dengan kuat sehingga panas. Maka perbuatan ini diulang ulang tanpa henti sekurang kurang 40 hari berturut-turut.

Ada perguruan mengamalkan sambil membaca tapak tangan sebelah lagi dipenaikkan bermula dari hujung jari dan tamat pada siku tangan yang di isi pembisa.

Harus diingat, bahawa ayat ayat diatas digelar ayat panas kerana berkemungkinan pengamal mudah menjadi pemarah dan telinga nipis, maka setelah selesai mengamalkan pengisian, hendaklah berselawat sebanyak banyaknya. Dan yang lebih penting, sesiapa yang mengamalkan pembisa tangan hendaklah berbanyak sabar kerana akibatnya amat buruk sekali.

Pernah seorang murid saya bernama Hana… seorang baran mengamalkan salah satu ayat diatas, ketika suatu ketika dia diganggu benda halus mencabar bersilat, maka diapun mencuba menggunakan amalan diatas sehinggakan tidak terkawal, jalan akhir ialah saya mengarahkan beliau menumbuk sebatang anak pokok kelapa setinggi 10 kaki, pada keesokkannya pokok tersebut mati dan terus kering layu. Lihatlah kesan bahaya jika kita menyalah gunakan sesuatu yang sepatutnya digunakan apabila betul betul memerlukannya sebagai jalan akhir.

Bersambung di masa hadapan, Insyallah









Jumaat, 4 Mac 2011

Rahsia Surah Al-Ikhlas-KegunaanSemantan Puteh


RAHSIA SURATUL IKHLAS-Sambungan Amalan Amalan Semantan Puteh
=======================================================

Assalamu’alaikum……

Semua muslim pasti tahu dan hafal akan Surah Al-Ikhlas yang juga digelar Asas Mengenal Zat dan Sifat ALLAH. Nabi bersabda bahawa sesiapa yang mengamalkan Surah Al-Ikhlas setiap Solat, wajib masuk syurga.

Surah Al-Ikhlas juga mempunyai khadam khadam tertentu bagi barang siapa yang ingin mendapatkannya. Namun,perguruan Semantan Puteh tidak sesekali menggunakan khadam samada daripada Malaikat maupun Jin. Jika ada pertolonganpun, ianya semata-mata pertolongan ALLAH SWT berkat membaca dan mengamalkan dengan Istiqomah.

Di-Blog ini, saya hanya akan membuka beberapa RAHSIA didalam amalan Semantan Puteh, selebihnya, pembaca boleh dapatkan daripada Kitab dan buku yang terjual di-pasaran. Rahsia ini tidak terdapat didalam mana-mana Kitab ataupun buku, ianya adalah warisan Rahsia turun temurun , justru, sesiapa yang ingin mengamalkan mahupun menggunakannya , boleh-lah tiada halangan.

Seperti nama surah ini, ianya menerangkan sifat Ikhlas hambaNYA memperhambakan diri dengan lurus lagi tawaduq, sila dapatkan tafsir dan huraian melalui kitab dan buku dipasaran, kerana , sekiranya dimasukkan didalam Blog ini, maka akan menjadi teramat panjang.

Permulaan untuk mendapat Ruh atau fadhilat Surah Al-Ikhlas, hendaklah mendirikan Solat Hajat dua rakaat dan seterusnya mula mengamalkan membaca sebanyak 1000X sehari-semalam, sekurang-kurangnya. Afdalnya ialah, hendaklah diwakafkan pada setiap antara ayat ayatnya. Juga perlu tepat sebutan huruf dan mahraj. Ianya boleh sahaja diamalkan mengikut kelapangan tetapi jumlah bacaan mestilah mencukupi 1000X sehari semalam.

Setelah beristiqomah mengamalkan dan melazimkan , maka sekiranya ada rezeki, cepat atau lambat, akan datang suatu berbentuk mimpi tang terang lagi nyata menunjukkan kita didalam suatu keadaan dimana Surah Al-Ikhlas ini akan membantu kita didalam kesusahan. Bagaimana bentuknya, adalah mengikut peribadi kita, boleh jadi kita akan berhadapan dengan suatu makhluq memberi kata-kata nasihat atau cara-cara penggunaan mengikut rezeki masing-masing. Boleh jadi kita berhadapan dengan suatu keadaan Nur yang amat terang , membuatkan hati kalbu tenang dan lazat, maka, itulah petanda bahawa amalan kita sudah berhasil, namun, kita harus terus mengamalkan setiap hari, Cuma bolehlah jumlahnya dikurangkan atau bertambah mengikut kemampuan masing-masing.

Sebagai penambahan, apabila mendirikan Solat, selepas Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Ikhlas jangan ditinggalkan sampai bila-bila. Saya menjamin, sesiapa yang melakukan sedemikian, akan memahami kelebihan dan kelazatannya.

Baik, sesudah mendapat petanda-petanda seperti diatas, maka, segala hajat dan niat nescaya pasti makbul dan mujarab. Ini adalah kegunaan 1001 satu jenis mengikut keadaan dan ketentuan semasa itu.

KECEMASAN
==========

Di ganggu binatang, jin dan lain-lain kecemasan, buatlah seperti berikut:-

Bismillah……

Allahus-somad……..3X atau 7X atau 13X atau 17X

Allah-humma , Ya robbul ‘alamin
Beri kami pertolonganMU dengan segera

Ya Abdul Somad, bantulah kami dengan Izin Robbul ‘alamin

Dan seterusnya sebutlah YA SOMAD (Wahai Yang Memberi Bantuan-Yakni ALLAH SWT) tanpa henti-henti sehingga lenyap kecemasan tersebut

GERAK SILAT
==========

Basmallah

Surah Al-Ikhlas…………………………………..3X
Salawat………………………………………………3X

Ya ALLAH Ya Robbul ‘alamin

Berikanlah kami gerak silat yang sesuai
Sesungguhnya, Engkaulah yang memberi gerak
Lauhau-lawala-quwwata-illa-billah-hil-‘aliyil-‘azhiim

Sesudah itu, sambil tangan menadah seperti berdoa, sebutlah tanpa henti-henti Ya Somad, maka Insyaallah, kita akan dikurniakan gerak silat tanpa perlu belajar. Amarannya, ialah, janganlah dilakukan seorang diri, mestilah hadir bersama Guru, atau sekurang-kurangnya murid lama yang telah mahir, supaya tiada gangguan.

Pada permulaan permainan, sebuah bilik adalah memadai, tetapi sekiranya gerak semakin garang dan lincah, maka diperlukan sebuah gelanggang kerana apabila semakin serasi, zahir dan batin, gerak-gerak seterusnya adalah semakin pantas, keras, langkah semakin mantap dan laju, kekadang berlaku lompatan-lompatan tinggi mencecah melebihi 6 kaki, gerakan semakin galak mengikut keserasian dan kesesuaian murid.

Acapkali, ada murid mendapat permainan seperti Silat Harimau Berantai, dimana permainannya agak ganas, suara kasar dan dalam, banyak permainan bawah dan atas tanah, seperti-mana kelakuan seekor harimau, tetapi jangan pandang rendah, selalu juga daripada kedudukan tanah berlaku lompatan melepasi kepala kita. Ada juga murid mendapat habuan permainan gerak Tok Janggut, Panglima Hitam (Gerak seperti seakan Gayung bercampur Sunda), ada juga mendapat permainan gerak Si-Pitung yang ganas dan amat tangkas. Selalunya, apabila semua sudah mahir lagi serasi, permainan beregulah yang paling amat menyeronokkan. Bayangkanlah, Harimau Berantai berentap dengan Panglima Hitam, huru-hara gelanggang dibuatnya, tak cukup tanah dibuatnya. Berlaku lompat melompat, terbang menyerang, tempis sepak terajang, riuh rendah gelanggang dan mengujakan sesiapa yang menonton.

Keadaan menjadi lagi gamat dan berdebar apabila budak-budak BSS, Nazrul Haq, Wali Suci malah Gerak Murni tumpang menjurus batin. Memang mengasyikkan, melambung-lambung seperti membuang daun kering.

Setelah puas berlatih permainan, murid-murid akan Mengucap Dua Kalimah Syahadah dan Berselawat dan beristifar banyak-banyak supaya keadaan reda dan kembali tenang. Ada juga murid terlalu khusuq susah hendak berhenti, maka Guru atau murid lama akan membantu mentenangkan dan meredakan semangat Gerak. Wallahualam

JURUS GAYUNG KEBATINAN
========================

Qol-huwallah-hu-Ahad…………………………………Allah-hu-Ahad (Nafas)

Allah Huakbar…………..sambil menghembuskan nafas dengan deras dan kuat, tangan
 menjurus berbentuk seperti menolak serta kedua belah tangan kembang  kearah musuh. Maka , musuh akan melambung kebelakang seperti ditolak sesuatu. Rahsia pukulan jurus ini adalah terhadap sifat ALLAH Ahad (MahaTunggal lagi  Maha Esa) yang memerlukan ilmu hakikat dan makrifat. Jurus-jurus ini mempunyai rahsia-rahsia Ilmu Nafas dan tidak boleh dibuat main-main, kerana kesannya besar dan berbahaya kepada mereka yang bukan ahlinya.

Amalan untuk mendapat jurus ini agak sukar dan rumit, pertamanya murid akan diperkenalkan Ilmu Hakikat dan seterusnya Ilmu Makrifat, tanpa kedua-dua Ilmu ini, maka sia-sialah. Pukulan Jurus ini memerlukan latihan nafas berterusan dan bersungguh-sungguh, namun kesannya hebat dan mengasyikkan

JURUS HALAU GANGGUAN JIN SYAITAN
==============================

Sambil kedua belah tapak tangan menutup pusat, maka bacaan ini perlu dibacakan dengan suara keras dan mantap keyakinan Zahir Batin, fikiran dan hati tertumpu kepada nama dan sifat Al-Ahad

Basmallah

WALAM YAQUL-LAHU-KUFUWAN-AHAD
Lahaulawala-quwwata-illa-billah-hil-‘aliyil-a’zhiim

Ya-Haq, Ya Haq ,Ya Haq ,Allah Hu-akbar

Semasa perbuatan ini, makrifatkan pagar pendinding terdiri daripada Besi Waja enam penjuru  disekeliling kita, rumah atau gelanggang atau apa sahaja sekuat  seluas mana makrifat meliputi diri sendiri atau rumah atau gelanggang mahupun sekampung. Disini, kekuatan makrifat memainkan peranan utama selain Hakikat Nama dan Sifat ALLAH diatas

Wallahualam






Khamis, 3 Mac 2011

Bismillah Enam dan Mantera Melayu

BISMILLAH ENAM


Salinan risalah Bismillah Enam lebih 20 tahun didalam simpanan.








Assalamu’alaikum, berjumpa lagi……………………………….

Kepingan risalah diatas saya dapati semasa sedang menuntut SINAR ISLAM pada tahun 80an di Ulu Kinta, Perak. Semasa itu, seorang Ustaz telah member salinan ini agar saya dapat mengamalkannya kerana menurutnya, fadhilatnya amat besar dan mujarab untuk pelbagai kegunaan.

Saya pernah melihat Bismillah Enam ini didalam Kitab Amalan Tok Janggut dan juga didalam Kitab Senjata Mukmin pada tahun 70an. Pada masa itu, semasa masih 12 tahun, belum ada minat sangat kepada amalan amalan sebegini, maklumlah, sedang hangat mula belajar Pencak Silat, lebih tertumpu mantera Mantera Melayu bagi Kebal, Tahan Badan, Penderas dan sebagainya. Hanya pada permulaan mempelajari Usulluddin dan Awaluddin, sifat Dua Puluh dan Tarekat dengan Al Marhum Ustaz Syamsudin, baharulah terbuka mata akan khasiat dan fadhilat Bismillah Enam.

Apa yang saya dapati, memang terdapat persamaan koleksi yang saya dapat daripada Ustaz Ismail (Arwah) dengan Kitab-Kitab diatas. Semasa saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, seorang Ustaz (Guru MCKK) yang saya telah terlupa nama beliau , juga memberi amalan Bismillah Enam ini supaya mengamalkannya.

Sudah pasti Bismillah Enam ini asalnya daripada amalan amalan Ulama terdahulu, Cuma saya mengetahui sejarah dan nasabnya sahaja. Wallahualam

ILMU MANTERA PENDEKAR MELAYU

Segala mantera mantera ini hanya sebagai rujukan pembaca supaya kita semua tahu apakah pakaian sesetengah pendekar melayu zaman dahulu kala. Kesemua mantera ini saya dapati dari pelbagai perguruan dan rakan rakan sesame pelbagai Seni Silat serata Tanah Melayu dan Serawak. Walaubagaimanapun, cara amalan dan kegunaan tidak disertakan kerana Blog saya hanyasanya sebagai ilmu pengetahuan kepada generasi anak muda sekarang sahaja.

Mantera Ilmu Untuk Kemuliaan

Alif ghaib dalam bismi senjata Islam aku
Lam ghuyub dalam bismi senjata iman aku
Baa bismi benih Islam aku
Sim bismi tali hubungan antara Islam dengan iman
Mim bismi benih iman aku
Allah didiri aku
Ali Rahman nama bapa aku
Ali Rahim nama ibu aku
Attahiyyatul-mubarokatus-solawa tut to-yiyba-tulillah
Ya Arhamarrohimi, kurniakan kepada hambuMU kemuliaan dan kehormatan dunia dan akhirat

Akulah Ali Rahman kepada ……………….21X

Nota:= Perhatikan mantera diatas, manakah asal usul dating amalan ini saya kurang pasti kerana saya mendapatkannya dari kawan bernama Syed Ismail dari perguruan a.l.s. pada 6 april 1982
Jadikan sahaja pengetahuan semata mata.

MANTERA ILMU TANYA DAN MIMPI

Pisang anak pisang ini
Pisang ghairin baginda rau a’
Sapi tumu mikail rahma
Mahu jamah perut
Tak mahu jamah kaki
Minta janji jamah kepala
Aku memakai ilmu Tanya
Berkat kata guru
Mustajab kata ALLAH
Berkat Kalimah

Laa……………….

Nota:- Mantera ini saya dapati dari saudara Yunus di Sungai Rokam, Ipoh, Perak tahun 28 Mei 1982

MANTERA PEMULIH BADAN

Bismillah………….

Ruh wujud badan
Nyawa darah daging tulang kulit
Pulang segala ujud anggota aku
Pulang sediakala……………………………………3X

Nota:- mantera ini didapati pada 1982 tetapi sudah lupa siapa yang memberikannya

MANTERA MEMBUAT MINYAK PENGASIH

Bismillah………………………………………….

Hai minyak sepudi kaca aku
Gantung di pintu kaabah
Aku berdiri seperti raja
Denga sebab manusia gajah putih tertunduk sujud bawah tapak kaki kiri aku
Kalau engkau tak tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku
Aku sumpah engkau pada ALLAH
Aku sumpah engkau pada Muhammad
Syeikh sidi pengajaran guruku
Jadilah pada aku
Dengan berkat doa

Laaa……………………………………..mu……………………….

MANTERA MENGIKUT TELUNJUK

Kakap Muhammad kakap aku
Yang mengakap daging pani saying Fatimah
Tunduk sujud sekelian tubuh anggota engkau kepada aku
Dengan berkat doa

Laa…………………………………………………….

MANTERA ILMU KEBAL

Allah paying aku
Jibrail kota aku
Malaikat 44 pagar aku
Aku berjalan denga kuasa Allah
Aku melenggang dengan melenggang Muhammad
Bukan kata aku
Kata Allah
Dengan berkat doa

Laa……………………………………………………………..

Selasa, 1 Mac 2011

Perubatan Semantan Puteh Bahagian 2

Perubatan Semantan Puteh 2

Ayatul Qursi juga boleh digunakan sebagai menghilangkan demam biasa, demam panas, demam keteguran, sakit perut biasa, bias-bisa badan, sakit kepala, cara amalannya ialah:-

Basmallah
Ayatul Qursi 1X

Apabila sampai kepada ayat ini semasa sedang membaca ayatul Qursi hendaklah diulang tujuh(7) kali yakni-

MAN-zAL-LA-zI-YASH-FA ‘U- ‘ENDAHU-ILLABI-Iz-NIH 7x

Dan sambung bacaan sehingga habis ayatul Qursi.
Hendaklah dibaca pada segelas air bersih, sebaik-baiknya air suam atau lebih afdal sekiranya ada air Zam-Zam, maka air tersebut disapukan pada tempat yang sakit dan selebihnya diminum.

Nota: Harap sesiapa yang ingin mengamalkan Ayatul Qursi, sila rujuk pada Al-Qur-an untuk bunyi huruf yang tepat beserta tajwidnya. Saya tidak ada program untuk paste ayat quran, mungkin dimasa akan datang, cuba dapatkan Scanner.

AYAT MENGHILANGKAN LEMAH-LEMAH ANGGOTA BADAN

Baca ayat ini:-
Basmallah
LA-HU-MAFIS-SAMA-WATIWAMA-FIL-ARD-DHI (Bunyi Ard bila wakaf disini)

Dibacakan pada sepiring air (ganti minyak urut) ayat tersebut 40X dan gunakan air tersebut sepertimana minyak urut sambil membaca:-

YA-HAIY-YU YA-QOIY-YUM sebanyak banyaknya sambil tangan mengurut urut anggota lemah, lengoh atau terseliuh. Cubalah, mujarab INSYAALLAH

AYAT MENGHILANGKAN GANGGUAN PADA ANAK KECIL DITENGAH MALAM

Sekiranya anak kita tiba-tiba menangis di tengah malam barangkali kembung perut, demam dan sebagainya, namun apabila bukan daripada penyakit zahir, maka disyaki ianya adalah berpunca daripada gangguan Jin dan Syaitan, maka hendaklah dibaca seperti berikut:-

Basmallah
SURATUL AL-FATIHAH 1X
AYATUL QURSI 1X
SALAWAT 3X

Dan bacaan ini:- ALLAHHU-LAA-ILA-HAILLAHUWAL HAIY-YUL QOIYYUM
Ya HAIYYU Ya QOIYYUM 7X dan dihembuskan pada ubun-ubun anak kecil dan diusap kedua-dua belah mata anak itu, semuga mereka tidak lagi Nampak akan jin dan syaitan, INSYAAALLAH.

Selepas itu, digalakkan membaca AYATUL QURSI 7X dibuat pendinding rumah seperti tulisan saya sebelum ini.




Gambar disebelah sebahagian wafaq perubatan dan azimat PERANG didalam simpanan saya







Gambar disebelah sebahagian kecil koleksi ayat ayat ilmu kebatinan di dalam PERMAINAN PENCAK SILAT SINAR ISLAM- Satu perguruan yang mula mula saya pelajari 35 tahun yang lampau.

Perubatan Semantan Puteh

Perubatan – Semantan Puteh

Assalamualaikum

Pada asalnya, Semantan Puteh tiada istilah perubatan kecuali doa doa dan ayat ayat yang digunakan semasa kecemasan atau luka dan bengkak yang ringan sahaja. Namun ianya diperbaik-tambah dengan ayat Quran dan doa doa dari Hadith sebagaimana amalan dan pakaian Ulama dan pendekar dahulu-kala, termasuk petua petua dan kegunaan daun-kayu dan herba sebagai pertambahan ilmu.

Apabila didalam gelanggang, luka dan bengkak adalah perkara biasa terjadi, dan semestinya setiap guru mempunyai sedikit sebanyak petua dan ayat bagi kegunaan sekiranya terjadi sesuatu yang diluar jangkaan.

Salah satu amalan didalam Semantan Puteh seperti tertera pada tulisan sebelum ini, terdapat beberapa amalan untuk kekuatan tubuh-badan dan pemagar pendinding untuk mengelak kejadian yang tidak di-ingini berlaku, namun sekiranya masih berlaku, itu adalah adat biasa orang bergelanggang dan berpencak

Sekiranya terjadi luka-luka kecil, para pengamal Semantan Puteh akan membaca ayat ini:-

ALHAMDULILLAH-HIROBBIL’ALAMIN 1X, 3X, 7X

Cara kegunaan, diambil air liur di-langit-langit menggunakan ibujari selepas membaca ayat diatas dan sapukan kepada luka tersebut bagi menghentikan darah (luka ringan).
Boleh jua digunakan apabila disengat serangga seperti lebah, tebuan, kerengga , lipan dan sebagainya sekiranya tiada usaha lain semasa itu seperti ubatan dan jauh daripada klinik. Namun, hasilnya amat menakjubkan, serta-merta bias akan hilang dan terasa sejuk dengan Izin ALLAH SWT.

Bagaimanapun, ianya harus diamalkan khusus yakni ayat diatas dibaca 40X sehari semalam selama 40 hari berturut-turut, sebelum itu hendaklah membaca Al-Fatihah dihadiahkan kepada Nabi SAW dan Keluarga Baginda, Aulia-Allah dan para sahabat. Satu kali Fatihah khusus untuk amalan ini, Insyallah, mujarab .

Satu lagi ayat yang memang terkenal dikalangan orang melayu apabila berlaku luka-luka kecil ialah:-

TABBAT YADA-ABI-LAHABIU-WATAB

Apabila sampai pada ayat Watab, lidah ditekan kelangit-langit sambil ditekan jari kuat-kuat pada tempat luka, namun harus diingat bahawa ayat ini hanyalah pada luka-luka kecil sahaja

AYAT MENGHALAU ANJING

YA-QITMIR 3X sambil berniat dijauhkan anjing buas

MEMULIH MANGSA KERASUKAN

Salah satu amalan didalam Semantan Puteh untuk memulihkan kerasukan dan gangguan ialah mengamalkan SURAH AL AN’AM AYAT 1 HINGGA 3. Fadhilat ayat ini amat besar dan amat mujarab, terutama apabila gangguan kerasukan keatas Wanita bukan muhrim.

Ayat 1 hingga 3 dari SURAH AL AN’AM hendaklah selalu diamalkan sesudah mana-mana Solat supaya apabila keperluan , ianya mujarab . Ayat ini mengandungi tanda-tanda kebesaran ALLAH dan sifat sifat UTAMA ALLAH.

Cara kegunaan mudah, hanya apabila berhadapan mangsa kerasukan atau gangguan, bacalah ayat diatas sebanyak-banyak tanpa menyentuh langsung mangsa tersebut sambil setiap-kali habis membaca, hendaklah hembus kearah mangsa sambil makrifat Jin atau syaitan keluar dari tubuh badan mangsa . Selalunya, apabila seseorang yang mengamalkan ayat ini bersungguh-sungguh, baru mula membaca sahaja , mangsa akan pulih serta-merta. Kadang-kala, saya biasa dipanggil untuk membantu mangsa kerasukan di Universiti dahulu, namun sebelum sampai, mangsa sudah pulih, dengan berkat Ayat Besar ini dan Izin ALLAH Jua.

Boleh juga digunakan bersama sama ayat ayat pemulih yang lain seperti:-

AYATUL QURSI
AL-IKHLAS
AN-NAS
AL-FALAQ
AYAT AKHIR SURAT AL-BAQARAH

Dan lain-lain

RAHSIA AYATUL-QURSI

Banyak rahsia dan amalan Ayat Qursi telah dibukukan dan boleh didapati di kedai-kedai buku, tetapi apa yang akan saya sajikan ini tidak terdapat didalam mana-mana buku dan kitab. Apa yang didapati didalam penulisan ini adalah diijazah oleh Guru Zahir dan Guru Batin yang diwarisi melalui mimpi yang nyata lagi benar, dengan isyarat khusus dan amalan amalan tertentu seperti mengamalkan membaca secara berterusan :-

AYAT QURSI 170X sehari semalam
YA LATHIF 1,000x sehari semalam
SALAWAT 313X sehari semalam

Mengikut rezeki masing-masing yang ditentukan ALLAH, cepat dan lambat, lambat-laun kita akan mendapat habuan masing-masing. Saya sendiripun mengambil berbulan bulan untuk mendapat hasilnya, namun berkat amalan diatas, kita juga mendapat rahsia-rahsia lain, selain kekuatan ruhani seperti mendapat alamat terlebih dahulu siapa siapa yang ingin melakukan khianat dan sihir, atau mendapat firasat yang tepat pada urusan urusan tertentu, dan yang paling seronok, Solat Hajat dan Hajat kita selalu termakbul dengan cepat oleh ALLAH SWT.

Sekiranya kita rajin dan ikhlas mengamalkan Ayat Qursi ini, jika ada rezeki, kita akan bertemu khadam Ayat Qursi ini dan boleh membantu kita apa apa urusan kecemasan seperti membantu orang lain dan sebagainya.

AYAT BAGI MENGHILANGKAN MENGANTUK

Baca LAA TAK KHUZUHU-SINATUW-WALA-NAUM

Ambil air langit-langit dan baca ayat diatas dan disapukan kepada mata, Insyallah, hilang mengantuk dan letih


AYAT MENGHILANGKAN/MEMBATALKAN PUKAU

Ada dua cara yakni melalaui solat hajat dan amalan khusus

a) Solat hajat seperti biasa DUA ATAU EMPAT RAKAAT, rakaat pertama membaca:-

Al-Fatihah dan
Ayatul Qursi 7X sambil diulang-ulang ayat LAA TAK KHUZUHU –
SINATUW-WALA-NAUM 7X

Dan berdoa seperti maksud solat hajat itu

b) Membaca Ayatul Qursi sebanyak 17X atau 170X sambil diulang-ulang ayat diatas 7X kepada lada hitam, garam jantan atau air zam-zam sekiranya ada, ditaburkan sekeliling rumah dalam dan luar dan air dibuat mandi atau membasuh muka.

AYAT MELEMAHKAN MUSUH SECARA BATIN ATAU MENARIK KEKUATAN ILMU BATIN MUSUH

Baca LAHUMA-FISSAMAWA-TIWAMA FIL-ARDH

Ada dua cara, satu apabila berhadapan musuh dan satu lagi dibuat dari jauh

a) Apabila berhadapan musuh yang mempunyai ilmu kebatinan, maka kita boleh menarik keluar atau melemahkan kekuatan batin musuh. Ayat tadi dibaca sebanyak TUJUH kali senafas dan selepas selesai, hembuskan nafas dari hidung sekuat-kuatnya kita 7X sambil makrifat menarik keluar kekuatan ilmu batin musuh.

Ada jua sesetengah pengamal Semantan Puteh menyambung dengan Kalimah LA-ILA-HAILLALLAH, MUHAMMAD RASULLULLAH sambil menggenggam tangan saolah-olah menggenggam sambil menarik kekuatan ilmu batin musuh

NOTA;- RAHSIA TERSEBUT ADA PADA ILMU-NAFAS, yakni suatu ilmu yang amat dirahsiakan daripada ramai pengamal Ilmu Batin, dikatakan ini adalah setinggi-tinggi ilmu batin yang manusia boleh dapati. Ianya mengandungi rahsia pada nafas manusia yang berhubung-kait dengan rahsia nyawa dan RUH, rahsia Nafas Kanan, Rahsia Nafas Kiri, nama dan gelaran pada nafas, cara menggunakannya, apa yang masuk namanya, apa yang keluar namanya, dan sebagainya. Di-blog ini, penulis tidak bercita-cita mengulas lebih lanjut ILMU NAFAS kerana ia adalah RAHSIA BESAR. Carilah Guru Mursyid untuk mengetahui Ilmu ini. Wallahualam

b) Cara kedua ialah mendirikan Solat Hajat khusus, dan selepas selesai hendaklah membaca Ayatul Qursi 170X sambil diulang-ulang ayat tadi yakni LAHUMAFISSAMA WATIWAMAFIL ARDH 7x.

Sebelum itu, hendaklah menyalakan 7 batang lilin, dan apabila setelah selesai mengamalkan seperti diatas, ketujuh tujuh lilin itu ditiup sehingga padam sambil bermakrifat padamlah kekuatan batin musuh, Insyaalah, musuh akan menjadi lemah dan ilmu kebatinannya tidak menjadi seperti biasa. Cubalah

Sambung dimasa akan datang Rahsia Ayatul Qursi di bahagian kedua.




Disebelah adalah sebahagian buku buku dan tulisan tulisan yang saya kumpulkan daripada pelbagai Guru dan Perguruan sebagai pengetahuan dan pedoman. Ianya mengandungi pelbagai ayat ayat kebatinan, ayat jurus, tangkal, wafaq, azimat, rahsia ilmu nafas dan tenaga dalam, juga terdapat jampi serapah daripada bahasa melayu, Sanskrit, jawa, arab-magribi, ayat daripada bahasa JIN, mantera mantera , ilmu hakikat dan petua.

Walaubagaimanapun daripada beratus ratus itu, saya hanya banyak mengamalkan ayat daripada KALAMULLAH AL-QUR-AN, Doa Doa mahsyur, Salawat, Asmaul Husna, kerana itu sudah memadai bagi kita orang Islam.

Selain itu, buku buku tersebut hanya sebagai pengetahuan saya semata mata.



Disebelah adalah wafaq yang ditulis pada pinggan puteh kemudian dibasuh dengan air dan diberi minum kepada pesakit terkena racun selain santau.



Foto disebelah sebahagian daripada ILMU NAFAS yang saya perkatakan, suatu ilmu rahsia HAQ dan RUHANI

Wassalam dan Wallahualam

Ahad, 13 Februari 2011

JURUS KEBATINAN SEMANTAN PUTEH

Jurus Jurus Kebatinan Semantan Puteh

Semantan Puteh , seperti juga Ilmu Kebatinan Melayu yang lain mempunyai amalan amalan jurus jurus yang boleh digunakan semasa kecemasan apabila menghadapi musuh yang ramai atau musuh yang lebih handal di dalam langkah persilatan, namun harus difahami, bahawa hampir semua Silat Melayu mempunyai amalan kebatinan tersendiri samada daripada ayat ayat Quran, Doa Doa atau serapah mantera didalam bahasa melayu, jawa atau sebagainya

Nota: Saya hanya menyiarkan ayat ayat jurus tanpa cara dan amalan menggunakannya, ini hanya sebagai pengetahuan terutama bagi orang melayu sendiri betapa bangsa melayu kaya dengan seni mempertahankan diri Silat dan Ilmu Batin dan seharusnya berbangga dengannya.

a) Penumbuk maut- Qulu binafsin zala-ikatal maut

b) Penumbuk maut-Wa-i-za batash tum batash tum jabbarin

c) Pembuka pagar batin- Wah dah niah , sesetengah orang mempunyai
pendinding batin yang sukar ditembus musuh untuk menghampiri, maka ayat tersebut bertujuan memecah pendinding ini

d) Menangkap pukulan- Innallah Allahuakbar

e) Pedang- Lakum dinukum wali-yadin
Tangan akan menjadi tajam seperti pedang/parang

f) Tekan bumi- Taskaralakum dinallah
Apabila musuh menyerang, ayat dibaca sambil tumit dihentak, maka
Musuh akan terlekat dibumi selagi kaki tidak diangkat, selagi itulah musuh
Terlekat kaku

g) Pembakar musuh –Illa manis taroqassaam’a fa-atba’ahu shiha bum mubin

h) Gayung-Syumma dammar-nal akarin

i) Kunci-Qul kunu hijarotan a’u hadidan

j) Penumbuk hancur/gayung-Fa dammar naha tad-miran

k) Baju besi-Wasarabila taqikum-basakum

l) Pengerun-Lauwahatun lil-basyir

m)Pengerun-‘alai-ha tis ‘ata’a-syar

n)Penderas-Fassa-bi qoti-sab-dan

o) Senja ghaib-Walahum-maqo-mi ‘umin hadidin

p) Ayat Hikmah-Rabbi-habli hukman wa-al hiq-ni bish sholihin

q) Perapuh-Fakanat haba ‘an-mun ba tsa

r) Tekan bumi- Iza rujjatil ard-dhu rajjan

s) Pukulan angin- Fi samu-mun wahami-min

t) Pukulan jantung- tsum-ma laqo-thaq’ na minhul-watin

u) Penangkap- La a-khazna-minhubil yamin

v) Panah api- Wa syu-hu-ban

w) Pemanas- Innaha-la zha naz-za ‘atan lil sya-wa

x) Ayat dengar-Wa-anna ku-na naq ‘u-du minha maqo-‘edi-lis sam ‘e

y) Penjaga gelanggang-Faman yasta-mi-‘il ana yajid –lahu syiha ban rasha-dan

z) Tembus mata- al naj huth- tsa-qibu

Diatas, adalah sebahagian ayat ayat jurus kebatinan Semantan Puteh, bagaimanapun cara amalan dan kegunaan tidak disiarkan disini. Ini sebagai pengetahuan sahaja. Lagipun, sebelum mengamalkan jurus jurus ini, adalah ayat ibu dan cara jurus diguna

Salam

Isnin, 7 Februari 2011

Amalan Silat Kebatinan Semantan Puteh-Amalan Tahap 2

Amalan mudah ini didalam Silat Kebatinan Semantan Puteh adalah khusus untuk mengisi tubuh badan, tangan dan kaki murid supaya, dengan Izin ALLAH , menjadi tegap dan tahan kesakitan melampau, pandangan mata menjadi jelas di dalam gelap dan tajam ( ada sesetengah pergerakan bela diri lain mempunyai gerakan pantas, maka tujuan ini adalah supaya mata tidak berkedip terlalu kerap)agar dapat membaca pergerakan pantas pihak lawan, pukulan menjadi keras dan berbisa sementara pergerakan kaki pantas bergerak melangkah.

Amalan amalannya ialah:-

a) Menahan kesakitan melampau-setiap kali sebelum mandi hendaklah membaca Alam Nasrah..... sehingga habis sambil mandi. Tidak perlu menahan nafas atau sebagainya, amalan ini amat mudah cuma pastikan badan tidak berhadas besar, sekiranya berhadas, maka perlulah mandi hadas dahulu. Boleh dimalkan bila bila dimana mana samada dibilik mandi atau di sungai

Lagi satu bacaan ialah Surah Al Ikhlas, tetapi agak sukar kerana ada doa dan petua petuanya. Insyallah, mungkin pada bab yang lain saya sentuh

Nota:- Selalunya mula mula beramal, kita akan berasa seperti berdenyut tubuh badan dan kepala, sekiranya tidak, maka tidak mengapa. Ini bukan amalan kebal atau pelias, cuma kita mempunyai ketahanan tinggi terhadap kesakitan

b) Amalan mata-cari limau nipis dibelah dua dan di perah mata kedua dua belah mata. Sebelum itu hendaklah membaca Petua ini:-

ALIF BA TA, BA TA TSA, TA TSA

ALLAH HUMMA 'AFINI FI BASYO RI
SALLALLAH HU'ALAIHIWASSALAM

Baca 1 kali boleh, 3 kali boleh, 7 kali boleh

Terus di perah pada mata

Satu lagi petua Pendekar (bukan dari Semantan Puteh) adalah apabila mandi di sungai hendaklah membasuh mata , ataupun apabila mandi cuba buka mata

c)Pukulan pantas dan keras, amalan nya ialah:-

baca LAKUMDINUKUM WALIYADIN sebanyak 40X sambal mengasah kedua belah tangan (seperti kita mengasah parang)begitu juga pada kedua dua belah kaki

Satu petua yang boleh digunakan untuk amalan sebagai pukulan jauh atau bisa semasa berlawan dengan musuh dari Jin, Syaitan dan Iblis (hantu , hantaran orang contohnya)ialah dengan membaca:-

WALAYA UDUHU HIFZHU HUMA WAHUWAL 'ALIYUL 'AZHIM, yakni ayat akhir ayatul qursi, amalannya sama seperti (c) hanyasa khusus untuk musuh makhluh halus

Wallahu'alam