Salam Aidil Fitri kepada semua pembaca2 Blog Ilmu Kebatinan Melayu-Warisan Bangsa Melayu.
Salam juga kepada semua yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Tiada Yang Berhak diSembah Selain ALLAH, Nabi Muhammad Adalah Pesuruh ALLAH.
Kewajiban ketaatan kepada ALLAH dan RASUL, kemudiannya kepada kedua IbuBapa dan seterusnya kepada Ulul Amri yakni Pemerintah/Kerajaan selagi tidak menghalang orang Islam untuk mengamalkan Islam dan tidak memaksa dan memerintah melakukan maksiat kepada ALLAH, seterusnya ketaatan kepada Guru yang memberi Ilmu yang bermenafaat.
LATIHAN ILMU NAFAS-PETUA SEBELUM KELUAR RUMAH
Amalan ini biasanya diamalkan oleh beberapa Ulama, setahu saya Tok Janggut, Dato Bahaman dan Mat Kilau juga mengamalkannya dan mereka mendapatkannya daripada Auliallah Tokku Paloh, penasihat kepada Sultan Terengganu.
Gelaran Nafas2 ialah keluar nafas kanan digelar Abu Bakar, manakala keluar nafas kiri digelar Umar.
Setiap hari dengan niat amalan untuk Petua Keluar Rumah, amalkan menghembus nafas dari hidung kanan sebanyak 7X, sementara hidung kiri ditutup,hembusan secara lemah lembut dimana lafaz mulut dan hati adalah serentak sambil maqrifatkan huruf ALLAH HUAKBAR, yakni huruf2 ALIF LAM LAM HA , ALIF KAF, BA, RO..............dengan fahaman secara mudah apabila amalkan yang tersebut seolah olah mata melihat tulisan ALLAH HU AKBAR di atas kertas putih (latihan permulaan) sambil hati dan lidah serentak melafaz ALLAH HUAKBAR.
Walaupun bukan mudah, Insyallah, lama-kelamaan akan menjadi mudah dan serasi.
Cara kegunaan ialah, sebelum keluar rumah( atau mana2 tempat) sambil senafas, bacalah kalimah ALLAH HUAKBAR dan hembuskan nafas hidung, jika angin kanan lebih kuat maka baik, jika angin kiri lebih kuat , maka tangguhkan dahulu atau jika terdesak dengan urusan penting maka sebelum keluar bacalah mana2 Ayat Pendinding seperti Bismillahirrohmanirrohim, Tawakkaltu "allallahhi, Lahaulawala quwwata illa billahhil 'aliyil 'azhiim.......atau mana2 ayat pending seperti Ayatul Qursi, selainnya berserah kepada ALLAH.
Wallauhualam
Peringatan:- Sejak akhir2 ini, telah nyata musuh2 Islam dan bangsa melayu menyokong dan menyebarkan fahaman sesat Komunis yang tidak mempercayai ALLAH dan beragama. Didapati didalam Facebook secara sedar atau tidak, ada dikalangan orang2 Islam dan melayu menyokong komunis hanyasa kerana kepentingan politik yang sempit. Sebagai seorang Muslim, kita senantiasa beriktikad bahawa tiada agama yang diredhai selain Islam oleh ALLAH, selainnya adalah fahaman sesat lagi menyesatkan. Janganlah kerana sokongan politik menyebabkan syahadah kita terbatal dan mati kafir secara tidak sedar. Iktikadkan selalu bahawa Tiada Tuhan selain ALLAH, Muhammad adalah Pesuruh ALLAH dan orang Islam itu adalah bersaudara dunia dan akhirat.
Wassalam