Isnin, 28 Mei 2012

Pertolongan Kecemasan @ Seru

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW
Hanya Pujian BagiNYA, Zat Yang Mencipta Segala Sesuatu, DIA Yang AWAL DIA Yang AKHIR

Ini adalah satu amalan Pendekar Pendekar atau Panglima Panglima Dahulu Kala, sekiranya berkeadaan kecemasan

Ayat Seru ini dibaca jika terdesak dengan didalam apa jua keadaan mengikut seseorang

Basmallah

Hai Malaikat Yang Putih
Salam Malaikat Keatas Engkau
Salam Tuhan Yang Maha Esa Keatas Engkau

Ya Arhamar Rahimin
Aku Mohon Petunjuk Dari Dengan....
Berkat dan kalimat....

Assalamu'alaikum 3X

Nota: Cara amalan tidak disertakan, hanya sebagai pengetahuan sahaja.


Isnin, 14 Mei 2012

Petua

Salam Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga baginda dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Bagi ZAT Yang Maha Esa, Tiada Sesuatupun Setara Dengan DIA dan Tiada Sekutu BagiNYA

Petua Mudah Untuk Para Suami Yang Mudah Inzal Dengan Isteri
=============================================

Ini ada satu petua mudah dan ringkas, amat mudah diamalkan oleh sesiapa sahaja, yang mana, jika para Suami cepat 'kalah' dan 'inzal' apabila bersama Isteri masing2, sebabnya hanya ada dua, yakni sudut kawalan pemikiran/perasaan dan 'senjata' yang terlalu sensitif, maka itulah menyebabkan cepat 'kalah'. Di sini, saya ingin sentuh sebab kedua, yaitu, 'senjata' yang terlalu sensitif/peka, maka petuanya ialah dapatkan satu batu yang diantara 'kasar' dan 'halus' seperti batu bata (pecahan), maka gosokkan kepada 'kepala zakar' dan bahagian bawah 'kepala zakar' (takuk). Mahulah lakukan dengan sederhana sehinggakan dapat mengurangkan kadar terlalu peka 'senjata' lelaki. Mudahan2, petua ini dapat membantu , malahan akan memberi lebih kenikmatan kepada Isteri lantaran 'kepala' yang ada sedikit 'kasar', maka seterusnya lebih cepatlah keinzalan Isteri.

Wallahualam


Isnin, 7 Mei 2012

Sifat Fasiq

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya BagiNYA, ZAT Yang Maha Esa, Tiada Sesuatupun Menyamai dan Setara Dengan NYA

Baru baru ini, seorang Kawan yang pernah berguru dengan saya, datang memohon pendapat, bahawa amalannya tidak menjadi sejak akhir akhir ini

Maka , persoalan saya ialah, amalan yang mana satu dan apakah Ayatnya, maka saya dapati, beliau mengadu Ayat Gayung/Pukulan Jauh yang ada saya masukkan didalam BLOG tidak menjadi beberapa kali.................

Lalu, seperti biasa, saya akan bertafakur, maka didalam petunjuk tersebut mengatakan beliau bersama kumpulan yang diketuai seorang kafir cuba menentang orang Islam yang lain, diatas sebab sebab yang jahil dan kurang cerdik, kerana cubaan mendatangkan kemudaratan keatas saudara Islam yang lain

Maka jawapan saya ialah, masakan 'menjadi' sedangkan dia menggunakan Ayat2 ALLAH untuk memusnahkan orang Islam yang lain, maka itulah 'Ilmu' tersebut 'tawar' dan 'keluar' dari beliau, apatah lagi, beliau bertuan seorang kafir untuk mendatangkan kemudaratan keatas seorang Islam yang lain, dan hukumnya HARAM BESAR.

Nasihat saya ialah, secara mudah, beliau dipihak yang 'sesat' dan 'salah', jika tidak masakan terjadi sedemikian rupa.

Kerana itulah, didalam BLOG, saya selalu menyatakan dengan ketegasan yang jelas, semua orang Islam adalah bersaudara, dan jauhi menjatuhkan tangan keatas seorang Islam yang lain, masakan amalan menjauhkan Hasad Dengki 'menjadi' pada pengamal, jika diri peribadi mempunyai sifat Hasad Dengki, apakah DIA akan memakbulkan Doa Kebinasaan Muslim yang lain keatas Muslim yang didoakan kebinasaan itu ?

Maka, jika terjadinya sedmikian rupa, jauhilah kita dari seorang Muslim yang suka mendoakan kebinasaan keatas seorang Muslim yang lain, kerana Para Ulama Muktabar dan Ulama Sufi menyatakan, mereka ini adalah Fasiq lagi Munafiq

Wallhualam