Rabu, 11 Julai 2012

Ayat 9 Yasin

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salam Dan RahmatNYA Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian2 Hanya BagiNYA, ZAT Yang menguasai Segala Sesuatu, Yang Berhak Disembah dan DiIbadah
Maha SuciNYA Daripada Kekurangan dan Kelemahan, Suci daripada Lintasan Hati dan Aqal Yang Tiada HAQ dan Benar Mengenai ZATNYA
Maha Besar DIA Dengan Segala Kebesaran, Keagungan dan KemuliaanNYA.

Hikmah Ayat 9-Yaasin (Boleh Diamalkan )
===========================

Salah satu fadhilat Ayat 9 Surah Yasin ( 9 Ayat Pertama ) adalah :-

a) Diwirid selepas Solat untuk beroleh Kekuatan Zahir dan Batin

b) Diamalkan setiap kali sebelum masuk tidur, untuk pendinding diri, keluarga dan harta dari perbuatan Sihir. Lebih afdal di bacakan bersama sama 4 QUL dan Ayatul Qursi

c) Jika merasa kegelisahan yang tidak diketahui punca2, maka seharusnya bacakan 9 Kali pada segelas Air , lalu minum dan membasuh muka. Syarat membaca ialah mengadap kiblat didalam bekas dari Logam Atau Kaca dan mempunyai Wuduk. Lebih mujarab ialah menulis di dalam pinggan puteh bersih, suci dari sebarang lambang, bunga atau corak, manakala pinggan mahulah terbuat daripada kaca Puteh bukan jernih). Dakwatnya daripada campuran air bersih dan zakfaron/kunyit dan penanya diperbuat daripada ranting kayu/buluh yang dipetik mengadap arah kiblat. Seperti kebiasaan, mahulah membaca Al-Fatihah dan berselawat, Insyallah.

Amalan diatas juga diperboleh untuk mengubat demam ringan, penerang hati, pelembut hati dan gangguan benda halus (ada tambahannya)

Wallahualam

Tiada ulasan: