Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Tiada Tuhan Selain DIA dan Muhammad SAW Adalah Pesuruh NYA.
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW.
Segala Pujian Hanya BagiNYA, ZAT Yang tiada Setara Dan Sekutu BagiNYA, Mengesakan ZATNYA, SIFATNYA, NAMANYA DAN FEELNYA.
Salam Hari Raya Aidil Fitri Kepada Semua Pembaca2.
Baru baru ini, negara kita dikejutkan dengan perbuatan segelintir masyarakat yang menghina bendera Jalur Gemilang. Perbuatan sedemikian rupa jika dilakukan di Indonesia, Thailand maupun di Singapura , sudah tentu dikenakan tindakan yang amat keras terutama di Indonesia, yang mana rakyatnya amat kental dan tebal dengan Semangat Kenegaraan mereka. Jika di China, hukuman mati menanti mereka yang menghina Bendera Negara, manakala di US atau Eropah, hukuman penjara mandatori dikenakan, malah pihak pembangkang dinegara2 yang disebut diatas, amat menghormati Nilai Kenegaraan, Bendera dan Maruah Negara.
Malang sungguh Tanah Melayu mempunyai warganegara bersikap dan berpendirian yang terpesong, tidak bersyukur dengan keamanan dan keharmonian Tanah Melayu. Agaknya generasi muda tidak pernah sengsara semasa zaman komunis laknatullah dan peristiwa 13 Mei 1969. Dikala itu, wang ringgit tidak bernilai sedikitpun selain nyawa dan kehidupan.
Berbalik baru2 ini, bertemu saya dengan rakan2 lama dunia persilatan dan kebatinan sempena Hari Raya. Kami seiya senada tidak menggemari nilai dan sikap yang terbawa2 dengan pihak yang mencetuskan suasana tegang dan provokasi.
Rakan2 dari Silat Gayung Malaysia, Gayung Ghaib, Silat Kalimah, Silat Lintau Aliran Che Muluk , Silat Lincah malahan saya bertemu juga dengan Tan Sri Mahaguru Omar Din, berbincang Hal Ehwal Semasa, beliau yang dikenali dengan sikap tegas dan 'Semangat Melayu' juga senada dengan kami.
Seronok juga apabila bertemu dengan rakan2 lama, berbicara dan berbincang kisah2 lama semasa sama2 mengisi dada yang kosong. Sayangnya, saya gagal bertemu walaupun seorangpun dari aliran Semantan Putih dan Sinar Islam kerana masing2 berjauhan di Pahang, Jihor, Melaka dll.................rindu juga ingin bertemu rakan2 lama juga dari aliran Silat Cekak Hanafi.
Raya kedua, bertemu rakan baru dari Aliran Silat Isi Kitab ( aliran lama yang agak 'low-profile'), rakan abang saya, kami bersembang2 kosong sehinggakan terkeluar dari mulut beliau amalan2 lama dan rahsia Yasin. Sati Ilmu yang baru, betapa Ilmu ALLAH amat luas dan tidak bertepi, penyampaianNYA kepada hambaNYA tidak terbatas, masing2 dengan rezeki yang telah ditetapkan.
Amalan beliau ialah menghindar perbuatan khianat dan sihir seperti santau , santau angin dan racun.
Sebelum menjamah air atau makanan , haruslah membaca Yaa (5 Harkat) Sinn (5 Harkat) barang 3 kali atau lebih dicambung dengan Salamun Qaulam mirrobbirrohim, maka mengikut amalan beliau , bekas akan pecah berderai .
Tiada amalan khusus, hanyasanya mereka yang rajin membaca Surah Yasin, akan mendapat keberkatan dan kemujaraban. Wallhualam !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan