Khamis, 20 Disember 2012

Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 6

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW Dan Sahabat Sahabat Baginda SAW

Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Lagi Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

Fadhilat Basmallah Bah 6

Salah satu petua orang2 lama bidang perubatan ialah jika diserang demam panas, demam biasa atau demam kerana gangguan jin dan syaitan terutama kanak2, maka haruslah menulis Basmallah dengan huruf terputus putus, yakni Ba', Sim, Mim dan seterusnya diatas pinggan putih (bukan jernih) dan dibasuhkan dengan air masak dan sebagainya, dan dibuat minuman, manakala dengan perihal gangguan, mahulah ditulis seperti diatas dengan huruf terputus diatas kertas putih atau kain putih dan dibuat azimat dan di gantung di  leher.

Insyallah, dengan IzinNYA dan Berkat Basmallah, sembuhlah...

Wallhualam

Sabtu, 1 Disember 2012

Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 5

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW dan Ahlul Bait dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian Hanya Bagi NYA, Sebanyak Bilangan CiptaanNYA Yang Tiada Penghujung dan Akhir
Maha Suci DIA Dari Sebarang Kelemahan, Bahkan Tiada Sesuatupun MenyamaiNYA.

Rahsia Dan Fadhilat Basmallah

Seminggu dua ini, saya ada menerima email dari saudara kita yang memohon petua dan amalan khusus menjelang majlis perkahwinan, maka dengan itu secara kebetulan pula saya mengarang Bab  Basmallah, maka ada satu petua dan amalan tertentu dari Pandai Uagama, Ustaz dan Ulama yakni :-

Mahulah menulis Basmallah sebanyak 21 Kali (21X)  diatas makanan (sudah tentu halal d bersih), maka saya cadangkan ialah diatas capati, roti canai dan seumpamanya seperti roti biada yang ditekan leperkan menjadi padat (mudah untuk menulis), dakwatnya daripada kumkuma atau zakfaron/safron ataupun serbuk kunyit, manakala batang penanya daripada apa sahaja yg mudah dan mestilah suci, maka tuliskan Basmallah 21 X, setelah selesai makanlah dan sertakan dengan niat seperti:-

a)   Penerang Hati
b) Pendinding Sihir melalui pemakan/peminuman, sesuai untuk bakal2 pengantin yang khuatir permainan sihir jin dan manusia.
c)   Membersihkan anggota dalaman daripada keracunan, kekotoran dan penyakit jasmani dan sebagainya.

Ada juga permainan bijak pandai dengan mencampurinya dengan ayat2 tertentu dan doa2 seperti Doa Sejagat/ Ayat 1000 Guna, maka kesan dan fadhilatnya adalah berlainan dengan mengikut hajat masing2.

Boleh juga dituliskan dengan kaedah yang sama tetapi dituliskan dengan Ayat 1000 Guna seperti Wal Ya Thalattaf..........(sehingga habis, sila rujuk penulisan saya didalam Blog ini) untuk memulihkan diri dari perbuatan santau, sihir dan seumpamanya. Yakinlah, bahawa tiada yang lebih besar kesan, fadhilat dan khasiat selain Basmallah (dan yg lain2) kerana ianya datang dari Pencipta Alam Semesta Yang Berlapis2 Dimensi, Rabbul 'Alamin yang meletakkan kedudukan Basmallah di Pintu Syurga yang hanya terbuka dengan Ucapan Makhluq Paling Mulia, Baginda SAW yang pertama2 memasuki Syurga dengan terbukanya pintu Syurga melalui Ucapan Basmallah. 

Maka, apakah Basmallah Kalimah Yang Biasa ?????
Wallahualam dan Selamat Beramal, Insyallah.