Khamis, 20 Disember 2012

Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 6

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW Dan Sahabat Sahabat Baginda SAW

Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Lagi Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.

Fadhilat Basmallah Bah 6

Salah satu petua orang2 lama bidang perubatan ialah jika diserang demam panas, demam biasa atau demam kerana gangguan jin dan syaitan terutama kanak2, maka haruslah menulis Basmallah dengan huruf terputus putus, yakni Ba', Sim, Mim dan seterusnya diatas pinggan putih (bukan jernih) dan dibasuhkan dengan air masak dan sebagainya, dan dibuat minuman, manakala dengan perihal gangguan, mahulah ditulis seperti diatas dengan huruf terputus diatas kertas putih atau kain putih dan dibuat azimat dan di gantung di  leher.

Insyallah, dengan IzinNYA dan Berkat Basmallah, sembuhlah...

Wallhualam

Tiada ulasan: