Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait dan Sahabat-Sahabat Baginda SAW
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, DIA Yang Maha Pemurah Lagi Pengasih Keatas Hamba-HambaNYA.
Bersatulah Demi DIA Dan Rasulullah SAW Dibawah Panji Kalimah Syahadah, bahkan Kegilaan Seorang Muslim didalam mengejar dunia dan kuasa politik telah banyak kali terbukti menhancurkan Ummah malahan ramai telahpun kembali keasal sebelum sempat memohon ampun dan maaf terhadap semua fitnah fitnah dengan tuduhan tuduhan berat seperti kafir sesama sendiri hatta diatas kejahilan Ilmu didalam dada.
Kepada pembaca blog ini, saya hanyalah manusia seperti anda semua, saya bukanlah seorang pendekar jauh sekali panglima maupun Aki, Pawang dan sebagainya. Kelebihan saya hanyalah kedahagaan mencari ilmu ilmu kebatinan semenjak seawal 12 tahun lagi. Kebetulan pula bapa saudara, dato dan saudara mara dan lain lain mahir dan handal di bidang ini.
Blog ini sekadar perkongsian pengalaman saya mencari ilmu sehingga kini dan di kongsi bersama sama. Di luar sana , ramai yang jauh lebih hebat dan gagah , tidak menjadi keberatan jika para pembaca mencari ilmu disana asalkan tidak merosakkan Aqidah dan memelihara persaudaraan sesama sendiri, kerana musuh kita telah mengzahirkan diri dengan sejelas jelasnya dengan isu isu seperti murtad, Kalimah ALLAH, menggugat Raja dan Sultan dan kepentingan Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini. Mereka inilah mesuh kita yang zahir dan batin adalah mereka yang bersama sama dengan kafirin ini, yang secara jelas sememangnya bencikan Islam dan Melayu umumnya, maklumlah mereka semuanya berasal dari tanah besar china komunis............
Rahsia dan Fadhilat Basmallah Bah 7
Angka 786 sememangnya sinonim dengan Basmallah, ketahuilah ada rahsianya sebegitu seperti mengapakah Al-Fatihah di gelar Ummul Kitab dengan 7 ayat berkaitannya dengan Alam Semesta ( Semua Dimensi/Lapisan Alam) yang mana selepas Basmallah, ianya Memuji DIA Tuhan Semesta Alam, berlainan dengan firmanNYA Tuhan langit dan bumi, yang bersesuaian dengan zahir manusia yang kasar berkait rapat dengan alam yang kasar, alam yang dapat dilihat dengan mata yang zahir yakni dari bumi ke langit, cangkerawala (universe), sedangkan baru2 ini, para saintis didalam semua bidang berkaitan telah membuktikan bahawa kita bukan sahaja ada 'universe', malahan 'multi verse', yakni universe yang lain wujud selari dan bersama sama dengan kita tetapi di dimensi/lapisan yang tidak sama dengan kejadian kita dan 'universe' disini.....................ajaib kerana DIA telah membuka rahsia ini di permulaan Surah Al-Fatihah.
Maka yakinilah, jika barang siapa yang selalu mengamalkan Basmallah sebanyak bilangan hurufnya 786 X sehari semalam dengan niat dan tujuan dibuka hijab mata zahir, maka Insyallah dengan niat yang murni dan suci, dia akan dapat melihat pemandangan sebelah 'sana' dengan mata Qolbu, sedangkan mata Qolbu itu pula mempunyai beberapa darjat penembusan mengikut maqam masing masing.
Tetapi janganlah pula berharap dapat melihat Malaikat, kerana itu memerlukan mata 'sirr' yang hanya berjaya diperolehi melalui amalan 'Tariqat', sedangkan ini hanyalah terbatas dapat melihat alam jin sahaja. Ketahuilah alam jin pula mempunyai beberapa hijab dan lapisan, yang mana ada sejenis jin yang tidak terlihat oleh jin yang lain kerana berlainan penciptaannya dari darjah nisbah api yang berlainan pula. Sila rujuk FirmanNYA, jin diajadikan dari dua jenis api......................harap maklum dan rujuk kepada tafsir2 mahsyur dari Ulama Muktabar.
Sementelahan pula , selepas membaca 786 X itu, mahulah menyapu kedua belah mata dengan kuku kedua ibu jari tangan sambil berselawat. Namun harus di ingat, bukan semua yang berjaya kerana mengikut tahap dan nisbah diri masing2. Insyallah
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan