Selasa, 29 Januari 2013

Rahsia dan Fadhilat Basmallah Bahagian 8

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Tiada Tuhan Selain ALLAH dan Muhammada Adalah Pesuruh ALLAH.
Jelas lagi bersuluh, bahawa Kalimah ALLAH seperti didalam Kalimah Syahadah hanya membenarkan Kalimah ALLAH untuk Yang Maha ESA lagi Maha Tunggal, Tiada sesuatupun menyerupaiNYA, bahawasanya tidak ada TUHAN hanyasanya ALLAH adalah satu2nya TUHAN, selainnya adalah yang baharu dan makhluk.

Maka, barangsiapa yang membenarkan Kalimah ALLAH boleh digunakan oleh 'kafir', sesungguhnya dia telah syiriq, kufur dan murtad jika tidak bertaubat, kerana agama palsu lain ada bermacam macam 'tuhan' seperti  budha, india, yahudi ataupun kristian dengan trinity tuhan beristeri dan ada anak.

Perhatikan dan huraian Suratul Al Ikhlas yang juga di panggil Surah Tauhid, menerangkan DIA itu ESA, tempat meminta, tidak di peranakkan dan tidak beranak dan tiada sesuatupun menyamaiNYA.


Barang siapa mengamalkan Basmallah sebanyak bilangan 313X setiap hari selepas Solat Asar, nescaya akan beroleh kedamaian dan ketenangan jiwa dan hati dari keluh kesah, malahan amalan 313X Basmallah sangat mujarab dan ampuh untuk membinasakan musuh2 Islam, yang mana secra mana musuh Islam dibinasa hanya di ketahuiNYA didalam rangcanganNYA. 

Amalan membaca Basmallah sebanyak 313X berserta membaca Surah Yasin dapat melumpuhkan perbuatan khianat zahir batin, sihir atau permainan ilmu2 kebatinan yang memporak perandakan rumah tangga, kampung halaman malah negeri sekalipun. Terlebih afdal mengamalkan secara jemaah dengan hati yang tulus dan mengESAkanNYA secara keseluruhan.

Ada orang2 lama yang saya berbual, suka membaca Basmallah 313X kemudian meludahkan ketapak tangan lalu sapukan keseluruh tubuh badan sebagai pelindung diri dari khianat, bala dan penyakit2.

Ianya juga boleh di bacakan sekiranya tersesat didalam hutan kerana permainan jin dan syaitan, tetapi dituruti dengan Surah Al-Fatihah, yang mana setelah membaca Basmallah 313X , mahulah membaca Al-Fatihah 1X.......

Wallhualam.

Tiada ulasan: