Jumaat, 16 Mac 2012

Ingin Mengetahui Kehidupan Masa Hadapan

Salam Keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian hanya bagi NYA, yang Tiada Awal dan Akhir, Wujud DIA sedia ADA dengan ZAT NYA semata mata, Berdiri dengan Sendiri Kudrat Iradat NYA
Segala sesuatu adalah Tajalli dari Sifat, Feel dan Nama DIA
ZAT yang ESA lagi Tunggal, tiada sesuatupun menyamai dan Setara, yang kita sembah sebenar benarnya

Orang2 Islam adalah bersaudara, maka jauhilah golongan yang suka mendoakan kebinasaan orang2 Islam yang lain, lagi menolak perpaduan dan persaudaraan yang seperti diperentah NYA dan RasulNYA.

Ini adalah satu rahsia besar, boleh diamalkan oleh mana2 yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan Ikhlas dan Taat, yang mana jika seseorang ingin mengetahui kehidupan masa depannya, maka haruslah ia berbadan suci dari najis dan kekotoran, pkaian yang suci dari sumber haram, juga tempat tidur, maka mereka itu mahulah menulis Ayat ini:-

Inna An zalnahu fi lailatul qodri.......Surah Quran (Ayat ini lazimnya dibaca semasa bersolat Jamaah ) beserta nama sendiri dan nama ibu didalam tulisan Arab/jawi bertepatan dengan segala hukum nahu dan mahraj arab yang tepat.

Selepaas ditulis diatas sehelai kain putih bersih lagi suci, kain tersebut diletakkan diatas dada bertepatan arah jantung sebelum tidur, sertakan niat memohon DIA menunjukkan penghidupan masa depan kita.

Ada beberapa cara meletakkan kain yang sudah bertulis, yakni ditulis pada kain yang panjang sehingga dapat di ikat kepada dada, manakala tulisan tersebut berbetulan diatas dada ataupun,

Meletakkan di dalam poket baju yang bertepatan diatas jantung.

Seharusnya, jika melihat penghidupan yang baik, maka bersyukurlah kepada NYA dan memohon dipanjang nikmat dan rezeki tersebut, justru tambahkan lagi Pujian2 dan Salawat, sekiranya...

Melihat sesuatu yang tidak disenangi, maka seharusnya berdoalah bersungguh2 dan Solat Hajat banyak2 pohon kepadanya semuga diubah dari buruk ke penghidupan yang lebih baik, kerana DOA adalah satu2nya jalan yang boleh mengubah TakdirNYA.

Jika tidak berubah, maka haruslah bersabar kerana sudah tentu ada hikmah yang besar dan berbaik sangkalah dengan DIA, kerana semua DOA muslimin dan Mukminin dipenuhi, samada kadar segera didunia atau mungkin di beri habuan di Akhirat kelak, kerana DIA telah berjanji tidak akan menolak DOA hamba2NYA dari kaum Muslimin, baik sangka dengan DIA, nescaya DIA akan mengurniakan sesuatu yang tidak diminta dan tidak pernah terlintas di hati dan fikiran. 

Sesungguhnya, DIA Maha Pemurah, kemurahanNYA tidak terhenti henti dari bermula terciptanya NUR MUhammad sehinggalah Akhirat yang Kekal.

Wallahualam