Sabtu, 24 November 2012

Rahsia Dan Fadhilat Basmallah Bah 4

Salam Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salam Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian2 Hanya Bagi DIA, Sebanyak CiptaanNYA Yang Tiada Kesudahan dan Penghujung , Dengan Sifat KemurahanNYA dan PengasihNYA.

Fadhilat Basmallah Untuk Memenuhi Hajat Yang Pelik Dan Mustahil Pada pandangan Manusia
==============================================

Jika kita sebagainya mempunyai hajat dan keperluan yang agak sukar dan pelik seperti mahu menjadi bijak, sihat tubuh badan, kaya dengan rezeki mendatang tiba dan sebagainya, atau sebarang hajat maka hendaklah dilazimkan mengamalkan :-

sebanyak 100 X (Seratus Kali) sehari semalam, dan amalan ini diteruskan sampai bila2 sehingga menjadi kelaziman dan sebati dengan lidah, perbuatan dan hati. 

Namun adalah lebih afdal diamalkan dengan tubuh suci dari sebarang najis dan berwuduk, manakala apabila membacanya mahulah di makrifatkan atau dibayangkan setiap huruf dan mahrajnya, yakni secara tertib dan teratur, umpama seperti mula2 kita belajar mengenal huruf dan membaca. Jika merasa sukar pada permulaan mengamalkannya, cubalah melihat  dgn bantuan tulisan Basmallah samada pada Al-Quran atau mana2 tulisan. Apabila membacanya, mata haruslah melihat setiap huruf (19 )satu persatu sambil lidah membaca.

Apabila sudah menjadi kelaziman dan sebati, ditambahkan lagi dengan makrifat di dalam hati tiga (3) nama DIA didalam Basmallah. Insyallah , jika dapat melakukan latihan2 ini dan mengamalkan dengan memenuhi syarat2 mudah diatas, maka segala keperluan dan hajat akan dipenuhinya, kerana kita telah mengamalkan sebagaimana sepatutnya sebagai hambaNYA.

Jika ada kesungguhan dan sesudah menjadi kelazatan tercapai apabila mengamalkannya, nescaya hanya dengan 'Ucapan' Basmallah lidah menjadi masin . Maka persoalannya, bagaimana kita tahu telah tercapai maqam ini, jawapannya ialah barangkali pada suatu ketika kita terlepas ucap sesuatu menurut nafsu walaupun kita tidak berniat buruk sekalipun, kemudiannya ucapan tersebut diterjemahkan kepada perbuatan, maka sedarlah kita harus berhati2 dan perlukan kesabaran yg tinggi.

Namun bagaimanapun, jika beramalkan diatas tetapi diselang seli dengan perbuatan lidah seperti fitnah, bohong, maki hamun, mencerca, menyakiti dan menghiris luka hati saudara Islam atau mendoakan keburukan dan kebinasaan keatas saudara Islam yang lain, justru amalan diatas adalah sia sia, tetapi sekurang kurangnya, apabila kita mendapati mana2 perseorang mempunyai akhlaq sedemikian rupa, tahulah kita orang itu adalah seorang fasiq dan mulut tidak 'masin', jauhilah mereka kerana kelak kita akan terjerumus dengan sifat2 "khawarij " dan "Fasiqun", seperti Sabda Naginda SAW :-

Mahfumnya; Kelak diakhir zaman, ulama (Ulama Suk) akan menjerumuskan pengikut2 mereka kedalam gaung neraka............

Riwayat Bukhari & Muslim
Sila rujuk Kitab Hadith Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam An Nasa'e, Imam Tarmidzi, Imam Abu Dawud dan Kitab Muktabar Sunnah Wal Jamaah.

Wallahualam