Salam Ke atas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW dan Isteri2 Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW dan Ahlul Bait.
Segala Pujian Pujian Hanya BagiNYA , Tiada Tuhan Selain DIA, Tuhan Yang ESA Lagi Maha PEMURAH.
ALLAH, Tiada Tuhan Selain DIA, Yang Berhak DiSembah, Pencipta Segala Galanya Di Semesta Alam.
Saya, Guru utama Permainan Sinar Islam dan Permainan Semantan Puteh, sama seperti Mahaguru2 Utama Silat Lincah Se Malaysia, Tan Sri Omar Din, Gayung Se Malaysia, Lintau dan lain2nya ingin menasihati semuga tiada sesiapapun dari orang2 Islam menyertai penghimpunan haram anjuran orang2 politik justru boleh menyebabkan huru hara dan kekacauan kepada masyarakat dan negara, yang mana akibatnya bukan sahaja kepada rakyat jelata yang cintakan keamanan tetapi bahananya juga kelak akan dirasai oleh pengajur dan peserta penghimpunan, ibarat busuknya bangkai, baunya tersebar serata tempat.
Lihat dan kajilah negara2 yang berlakunya penghimpunan seperti ini, mesir, libya, syria, iraq dan banyak lagi. Tiada kesudahan, tiada titik noktah sehingga menang menjadi arang, kalah menjadi abu.
Bukan sahaja Haram di sisi Syariat dan Islam, salah juga disisi undang undang negara.
INGAT !!! Yang menyerang belum tentu menang, yang di serang belum tentu mendiamkan diri. Umpama dalam pencak, sekali memberi jurus, sekali terdedah kepada serangan balas.
Jadilah Insan yang taat kepada ALLAH, ROSUL, IBU BAPA DAN Negara.
Inilah pesanan Baginda SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan