Sabtu, 6 April 2013

Fadhilat Surah Al An'am.


Bismillahiirrohmanirrohimmm.

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah.
Salawat Dan Salam Keatas Penghulu Sekelian Makhluq, Baginda SAW, Dan Juga Salam Kepada Isteri2 Baginda SAW, Sahabat2 Baginda SAW, Ahlul-Bait.
Segala Pujian Hanya BagiNYA, Tiada Sesuatupun Setara dan MenyamaiNYA, Maha ESA Pada ZATNYA, SIFATNYA, NAMANYA DAN FEELNYA.

Islam Itu Bersaudara, maka janganlah menjatuhkan tangan keatas saudara2 kita, mahupun mendoakan kebinasaan dan kehancuran, kerana ianya adalah dari sifat2  munafiqun dan fasiqun seperti khawarij dan syiah.

Fadilat Suratul Al An'am

SURAH AN'AM-Ayat Satu (1) sehingga Tiga (3)

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
الحَمدُ لِلَّهِ الَّذى خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ وَجَعَلَ الظُّلُمٰتِ وَالنّورَ ۖ ثُمَّ الَّذينَ كَفَروا بِرَبِّهِم يَعدِلونَ ﴿١﴾(1) Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.هُوَ الَّذى خَلَقَكُم مِن طينٍ ثُمَّ قَضىٰ أَجَلًا ۖ وَأَجَلٌ مُسَمًّى عِندَهُ ۖ ثُمَّ أَنتُم تَمتَرونَ ﴿٢﴾(2) Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).وَهُوَ اللَّهُ فِى السَّمٰوٰتِ وَفِى الأَرضِ ۖ يَعلَمُ سِرَّكُم وَجَهرَكُم وَيَعلَمُ ما تَكسِبونَ ﴿٣﴾


Dikatakan didalam riwayat kitab2 besar Ulama2 Muktabar dan Ulama2 Hikmah, semasa Tiga (3) ayat pertama Surah Al An'am diturunkan besertanya 70,000 para Mala'ikat kerana Kemuliaan dan Kebesarannya.

Fadilat-fadhilatnya

1) Mahulah diamalkan setiap selepas Solat Fardhu, fadhilatnya menurut Ulama2 Hikmah, apabila telah sampai ajal, DIA sendiri akan mencabut Ruh dari jasad pengamal pengamal Surah ini.
2) Mengamalkan sehingga menjadi kelaziman setiap hari setiap masa sehingga sebati dengan lidah dan hati, dimana apabila suatu ketika akan terdapat petunjuk dan ilham secara nyata dan mimpi, pengamal akan teruji zahir dan batin, dimana penyelamat dari ujian ialah dengan membaca Ayat2 Ini. Secara lazimnya, permulaan pengamalan ialah mahulah mengamalkan dengan melihat Al Quran, yang mana semasa beramal melihat setiap huruf dan ayat semasa membacanya. Sebatikan dan hafazkan Ayat 1-3 dari Surah ini sehingga mampu menulisnya walaupun tanpa tanda bacaan sekalipun. Digalakkan faham akan terjemahan dan tafsir, maka ianya akan membantu mengapa 70,000 malaikat turun memuliakannya.
3) Apabila sebati, pengamalnya secara sedar atau tidak, perbuatan sihir atau ilmu kebatinan yang berniat jahat akan terbatal dan tawar dengan sendirinya , kadang kala tanpa kita sedari kerana DIA melindungi dan membantu si pengamalnya sepanjang saat dan waktu.
4) Salah satu fadhilat yang nyata, apabila Pengamalnya mendekati pesakit kena rasuk, walaupun hanya berniat untuk melihat dukun, bomoh atau siapa sahaja, selalunya jin dan syaitan akan lari keluar walaupun tanpa penglibatan secara langsung pengamalanya kerana kekuatan Cahaya dan Nur yang mengerikan jin dan syaitan.
5) Jika mahu menghalau pesakit yang dirasuk, cukuplah membacanya sambil 'maqrifatkan' syaitan dan jin keluar seperti keluarnya 'nafas' dari tubuh kita. Insyallah, itulah jasanya yang saya rasai sehingga kini, Insyallah.

Wallahu'alam.

Rabu, 3 April 2013

PRU 13

Salam keatas semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Salawat dan salam keatas Baginda SAW,Ahli Keluarga Baginda SAW, Sahabat2 Baginda SAW dan Ahlul Bait.

Segala Pujian hanya bagiNYA, 
Maha Suci dari kelemahan dan kekurangan,
Maha Besar NYA dengan segala KebesaranNYA, KemuliaanNYA dan KeagunganNYA.

Saudara2 pembaca, nasihat saya , berikanlah undi kepada pihak yang secara jelas dan tegas memelihara kesucian Islam dan bangsa melayu tanpa berdolak dalih, dibuktikan dengan perkataan dan perbuatan.

Berikanlah undi saudara2 kepada yang pihak yang secara tegas dan keras memelihara Kalimah ALLAH dan menentang kebebasan pluralisma.

Sokonglah pihak yang menjadi dominan/berkuasa penuh dalam satu barisan, bukan yang menjadi tunggangan puak kafir zindiq yang secara jelas lagi nyata anti Islam dan anti-Melayu.

Kelak, menyesal belakang hari dan menjadi sumpah seranah anak cucu kita kemudian hari.

Ingat !!!. Sekali tersilap, tiada langkah kebelakang semula.

Saya dan sekelian anak2 murid dan rakan2 sealiran memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak yang memberi ketegasan memeliha Kalimah ALLAH.

ALLAH HUAKBAR.