Selasa, 21 Julai 2015

Salam Aidil Fitri

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih

Salawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Dan Penghulu Sekelian Makhluq, Baginda Nabi Muhammad SAW.

Salam Juga Ke Atas Isteri2 Baginda, Sahabat2 Baginda Dan Sekelian Ahlul Bait.

Sempena Bulan Syawal, Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dan Maaf Zahir Dan Batin.

Sekian Lama Tidak Muat-Naik tulisan tulisan baharu lantaran teramat sibuk dengan urusan pelbagai.

Maaf teramat sangat tidak dapat menjawab banyak email2, malah tiada masa untuk membukakannya.

Bagaimanapun jika ada kesempatan, saya hanya menjawab email2 pertanyaan yang berkenaan sahaja.

Sekali lagi, saya bukanlah handal atau gagah perkasa, hanya ingin berkongsi pengalaman dan ilmu selama puluhan tahun  bersama2 orang orang melayu ISLAM supaya tidak melupakan warisan bangsa.

Di luar sana , ramai Guru Guru hebat, hanyasanya carilah dan merendah dirilah mencari dan belajar.

Jangan menjadi anak murid yang angkuh dan sombong sementelahan ada ciri ciri derhaka kepada Guru2, maka gagallah untuk mendapat apa yang di cita2.

Ingatlah !!! Sebagai anak melayu, wajib taat kepada Raja2 Melayu, Pemimpin, IbuBapa dan Guru2.

Tinggal 4 perkara ini, sia2lah ilmu yang di pelajari menjari tidak berkat malah memakan diri.

Jauhilah puak2 yang memusuhi Islam, sudah terang lagi bersuluh, larangan mempercayai berita orang2 fasiq sebagaimana perintah Rasullullah, apatah lagi mempercayai berita2 dari portal orang2 kafir seperti wall street journal, sarawak post, media2 barat dan timur kerana di belakangnya ialah para yahudi dan kristian yang ternyata musuh Islam secara nyata dan terang.

Perhatikan secara tersurat dan tersirat bagaimana orang2 Islam di seluruh dunia di sembelih dan di bunuh , apakah mahu perkara sedemikian berlaku keatas Tanah Melayu?

Selagi kafir, maka letakkan syak wasangka tidak mempercayai kaum kafir seperti perintah ALLAH dan Rasul.

Wallahualam.

Rabu, 4 Mac 2015

WAFAQ PENDING RUMAH DAN HARTA BENDA.

Dengan Nama DIA Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.
Tiada Tuhan Selain DIA Yang Maha Esa Lagi Tiada Sesuatupun Menyamai-NYA.

Salawat Dan Salam Ke atas Baginda SAW.

Salam Sejahtera Ke Atas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah .

Dari Amalan Orang Orang dahulu, jika Kalimah Bismillahhirrohmanirrohiim di tulis sebanyak 21X pada empat(4) keping kertas puteh atau empat(4) helai kain puteh, lalu di bubuh empat penjuru rumah atau harta atau ladang, boleh menjadi pendinding dari kejahatan jin dan manusia.

Kemudiannya, mahulah di-amalkan Kalimah Bismillah 21X setiap hari...........

Insyallah.

Wallahualam 

Ahad, 25 Januari 2015

AYAT MUSTAJAB MEMBANTU MANGSA KERASUKAN DAN DI GANGGU JIN DAN SYAITAN.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih.

Segala Pujian Hanya Untuk DIA Sebanyak Bilangan Ciptaan NYA.
Maha Suci DIA Dari Kelemahan Dan Kekurangan.
Maha Besar DIA Dengan Segala Kebesaran Selayaknya Bagi DIA Pencipta Segala Sesuatu.
Tiadalah Sesuatupun Menyamai DIA Dari ZatNYA, NamaNYA, SifatNYA, FeelNYA.

Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Penghulu Segala Makhluk Di Langit Dan Di Bumi.

AYAT MEMBANTU MANGSA KERASUKAN

Jika di dapati seseorang kelihatan di rasuk atau di ganggu, mahulah membaca ayat di bawah dan di tepuk di bahagian belakang mangsa diatara belikat.

BISMILLAH HI MA-SYA-ALLAH.

Bacalah sebanyak banyaknya sehingga mangsa sedar dan pulih.
Di bolehkan juga membaca dan di usap pada ubun ubun.

Insyallah.