Rabu, 11 Julai 2012

Ayat 9 Yasin

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salam Dan RahmatNYA Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian2 Hanya BagiNYA, ZAT Yang menguasai Segala Sesuatu, Yang Berhak Disembah dan DiIbadah
Maha SuciNYA Daripada Kekurangan dan Kelemahan, Suci daripada Lintasan Hati dan Aqal Yang Tiada HAQ dan Benar Mengenai ZATNYA
Maha Besar DIA Dengan Segala Kebesaran, Keagungan dan KemuliaanNYA.

Hikmah Ayat 9-Yaasin (Boleh Diamalkan )
===========================

Salah satu fadhilat Ayat 9 Surah Yasin ( 9 Ayat Pertama ) adalah :-

a) Diwirid selepas Solat untuk beroleh Kekuatan Zahir dan Batin

b) Diamalkan setiap kali sebelum masuk tidur, untuk pendinding diri, keluarga dan harta dari perbuatan Sihir. Lebih afdal di bacakan bersama sama 4 QUL dan Ayatul Qursi

c) Jika merasa kegelisahan yang tidak diketahui punca2, maka seharusnya bacakan 9 Kali pada segelas Air , lalu minum dan membasuh muka. Syarat membaca ialah mengadap kiblat didalam bekas dari Logam Atau Kaca dan mempunyai Wuduk. Lebih mujarab ialah menulis di dalam pinggan puteh bersih, suci dari sebarang lambang, bunga atau corak, manakala pinggan mahulah terbuat daripada kaca Puteh bukan jernih). Dakwatnya daripada campuran air bersih dan zakfaron/kunyit dan penanya diperbuat daripada ranting kayu/buluh yang dipetik mengadap arah kiblat. Seperti kebiasaan, mahulah membaca Al-Fatihah dan berselawat, Insyallah.

Amalan diatas juga diperboleh untuk mengubat demam ringan, penerang hati, pelembut hati dan gangguan benda halus (ada tambahannya)

Wallahualam

Jumaat, 6 Julai 2012

Ketaatan Kepada Sultan dan Raja

Salam Sejahtera dan RahmatNYA keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW Dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya BagiNYA, Pencipta Segala Sesuatu, Tiada Daya Dan Kuasa Melainkan Hanya Dengan IZINNYA...............

Pertamanya, saya memohon maaf kerana agak lama tidak mengemas-kini Blog ini, bagaimanapun saya ucapkan terima kaseh kerana masih ramai yang sudi membaca dan berkongsi pengalaman dan Ilmu.

Maka, saya juga bermohon, mana mana pihak yang ada sedikit sebanyak pengalaman dan Ilmu, berkongsilah dengan kami semua, kerana Ilmu Warisan Bangsa Melayu sangat luas dan tersembunyi

Agak banyak saya menerima email dari pelbagai pihak dan perseorangan, memohon bantuan, nasihat dan juga sedikit sebanyak ingin menuntut menjadi murid, justru bukanlah saya tidak sudi, malahan berbesar hati, sementelahan, kesibukan urusan rezeki yang kadang kala membuat saya kesuntukan masa untuk menumpu sepenuh untuk mendidik dan berkongsi pengetahuan.

Oleh itu, bermula saat ini, mana mana Ilmu Warisan yang boleh diamalkan , saya akan terterakan di kepala  tulisan dan seterusnya memberi Ijazah dan Keizinan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai niat yang Ikhlas dan Suci mengamalkan untuk pembelaan diri dan keluarga, Agama dan Bangsa. Pun begitu, saya larang sekeras kerasnya, menjatuhkan tangan keatas sesama Islam, tidak mengira bangsa dan kaum, malahan jauhkanlah diri dari puak2 yang bertopengkan Islam untuk mendapat keduniaan dan berlebih lebih berbaik baik dengan kaum kafir lebih daripada saudara seagama Islam.

Jika engkar, tiada menjadi kesusahan kerana amalan amalan tertentu tidak akan mujarab dan menjadi, kerana itulah 'tulah' mengamalkan Ilmu2NYA yang berlandaskan Aqidah dan Persaudaraan.

Itulah 'sumpah' setia para Panglima dan pendekar, bagaimana handal sekalipun, ramai yang kecundang dan terlentang apabila menderhaka kepada Sultan dan Raja, selagi Sultan dan Raja ,mengucap Dua Kalimah Syahadah dan tidak melarang Rakyat Mendirikan Solat dan Beribadah

Ketahuilah, Sultan dan Raja Nusantara dan Melayu adalah Ahlul Bait dan berdaulat, senantiasa ada disekelilingi oleh 'Para Hulubalang dan Panglima' Zahir dan Batin..................................

Jika ada masa dan kelapangan, mungkin saya akan menulis asal usul Sultan dan Raja, dimasa akan datang.

Taatlah Kepada DIA
Taatlah Kepada Baginda SAW
Taatlah Kepada IbuBapa
Taatlah Kepada Pemerintah, selagi boleh Solat dan Beribadah, tidak bersingkol melakukan maksiat dan khianat

Wallahualam

Isnin, 28 Mei 2012

Pertolongan Kecemasan @ Seru

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat Sahabat Baginda SAW
Hanya Pujian BagiNYA, Zat Yang Mencipta Segala Sesuatu, DIA Yang AWAL DIA Yang AKHIR

Ini adalah satu amalan Pendekar Pendekar atau Panglima Panglima Dahulu Kala, sekiranya berkeadaan kecemasan

Ayat Seru ini dibaca jika terdesak dengan didalam apa jua keadaan mengikut seseorang

Basmallah

Hai Malaikat Yang Putih
Salam Malaikat Keatas Engkau
Salam Tuhan Yang Maha Esa Keatas Engkau

Ya Arhamar Rahimin
Aku Mohon Petunjuk Dari Dengan....
Berkat dan kalimat....

Assalamu'alaikum 3X

Nota: Cara amalan tidak disertakan, hanya sebagai pengetahuan sahaja.


Isnin, 14 Mei 2012

Petua

Salam Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga baginda dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Bagi ZAT Yang Maha Esa, Tiada Sesuatupun Setara Dengan DIA dan Tiada Sekutu BagiNYA

Petua Mudah Untuk Para Suami Yang Mudah Inzal Dengan Isteri
=============================================

Ini ada satu petua mudah dan ringkas, amat mudah diamalkan oleh sesiapa sahaja, yang mana, jika para Suami cepat 'kalah' dan 'inzal' apabila bersama Isteri masing2, sebabnya hanya ada dua, yakni sudut kawalan pemikiran/perasaan dan 'senjata' yang terlalu sensitif, maka itulah menyebabkan cepat 'kalah'. Di sini, saya ingin sentuh sebab kedua, yaitu, 'senjata' yang terlalu sensitif/peka, maka petuanya ialah dapatkan satu batu yang diantara 'kasar' dan 'halus' seperti batu bata (pecahan), maka gosokkan kepada 'kepala zakar' dan bahagian bawah 'kepala zakar' (takuk). Mahulah lakukan dengan sederhana sehinggakan dapat mengurangkan kadar terlalu peka 'senjata' lelaki. Mudahan2, petua ini dapat membantu , malahan akan memberi lebih kenikmatan kepada Isteri lantaran 'kepala' yang ada sedikit 'kasar', maka seterusnya lebih cepatlah keinzalan Isteri.

Wallahualam


Isnin, 7 Mei 2012

Sifat Fasiq

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya BagiNYA, ZAT Yang Maha Esa, Tiada Sesuatupun Menyamai dan Setara Dengan NYA

Baru baru ini, seorang Kawan yang pernah berguru dengan saya, datang memohon pendapat, bahawa amalannya tidak menjadi sejak akhir akhir ini

Maka , persoalan saya ialah, amalan yang mana satu dan apakah Ayatnya, maka saya dapati, beliau mengadu Ayat Gayung/Pukulan Jauh yang ada saya masukkan didalam BLOG tidak menjadi beberapa kali.................

Lalu, seperti biasa, saya akan bertafakur, maka didalam petunjuk tersebut mengatakan beliau bersama kumpulan yang diketuai seorang kafir cuba menentang orang Islam yang lain, diatas sebab sebab yang jahil dan kurang cerdik, kerana cubaan mendatangkan kemudaratan keatas saudara Islam yang lain

Maka jawapan saya ialah, masakan 'menjadi' sedangkan dia menggunakan Ayat2 ALLAH untuk memusnahkan orang Islam yang lain, maka itulah 'Ilmu' tersebut 'tawar' dan 'keluar' dari beliau, apatah lagi, beliau bertuan seorang kafir untuk mendatangkan kemudaratan keatas seorang Islam yang lain, dan hukumnya HARAM BESAR.

Nasihat saya ialah, secara mudah, beliau dipihak yang 'sesat' dan 'salah', jika tidak masakan terjadi sedemikian rupa.

Kerana itulah, didalam BLOG, saya selalu menyatakan dengan ketegasan yang jelas, semua orang Islam adalah bersaudara, dan jauhi menjatuhkan tangan keatas seorang Islam yang lain, masakan amalan menjauhkan Hasad Dengki 'menjadi' pada pengamal, jika diri peribadi mempunyai sifat Hasad Dengki, apakah DIA akan memakbulkan Doa Kebinasaan Muslim yang lain keatas Muslim yang didoakan kebinasaan itu ?

Maka, jika terjadinya sedmikian rupa, jauhilah kita dari seorang Muslim yang suka mendoakan kebinasaan keatas seorang Muslim yang lain, kerana Para Ulama Muktabar dan Ulama Sufi menyatakan, mereka ini adalah Fasiq lagi Munafiq

Wallhualam

Ahad, 22 April 2012

Salam sejahtera kepada semua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian Hanya BagiNYA, sebanyak bilangan ciptaanNYA selama2nya

Petua Untuk Menguatkan Zakar

Ini adalah petua mudah yang mudah diamalkan sesiapa sahaja, yang mana bila mempunyai kelapangan masa, mahulah rendamkan tuala kedalam air suam2 kuku, lalau dibalut zakar sehingga merah dan hangat, bagaimanapun, seharusnya zakar didalam keadaan cukup tegang dan keras atau jika sesiapa yang mempunyai masalah ketegangan, maka haruslah lakukan petua amalan ini dengan lebih kerap.

Sebelum itu, mahulah membaca Ayat ini sambil merendam zakar didalam tuala hangat tersebut:-

Ya Qahhar
Laila Ha Illallah
Wahidul Qahhar

Insyallah, akan ada perubahan yang baik.

2) Lagi satu petua orang2 lama ialah, cuba dapatkan anak lengkuas/umbut lengkuas yang baru tumbuh diatas tanah, diambil dan ditumbuk hancur, maka balutkan kepada zakar dengan menggunakan tuala, cara yang sama seperti diatas.

Wallahualam

Jumaat, 6 April 2012

Ilmu Pasung

Salam keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah dan
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahlul Bait dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Pujian hanya bagiNYA, yang mencipta segala isi alam daripada tiada kepada ada, kemudiannya kembali kepada tiada

Ilmu Pasung
=========

Ilmu Pasung , panggilan gelaran kepada Ilmu yang mengunci pergerakan musush samada berhadapan mahupun penceroboh rumah kita. Bahasa mudahnya , mengunci pergerakan musush atau pengkhianat

Ayat Ilmu Pasung
============

Bismillah...................

Ya Haq Zat Sifat Alif
Asal Usul dari Setitik
Aku Didalam Kalimah LAM ALIF

Dengan Berkat Kalimah
ALIF LAM LAM HA'

Ayat ini dibaca sebelum keluar rumah, yang mana bermulanya bacaan ini hanya selepas sebelah kaki kanan melepasi bendul pintu, dan seterusnya habiskan bacaan selepas itu sambil berjalan keluar atau menaiki kenderaan

Petuanya, sambil membaca gengamkan ibu jari tangan kanan sambil berniat musuh terkunci pasung seperti mananya ibu jari terpasung didalam gengaman. Lepaskan ibu jari setelah hanya lengkap habis bacaan ayat oasung

Wallhualam