Jumaat, 10 Jun 2011

Mandi Limau

Silat Melayu


MANDI LIMAU

Sebelum mempelajari Sinar Islam (SI), setiap murid jika perlu dimandikan dengan istilah Mandi Limau. Jenis limau adalah jenis Limau Purut, bukan limau purut yang dibeli di kedai atau  pasar, tetapi hendaklah dipetik dari pokok limau purut pada waktu awal pagi ketika matahari betul betul terbit. Petuanya ialah, memetik limau purut yang mengadap pada matahari terbit, dan di bacakan selawat tiga kali dan memberi salam kepada Nabi Khidir dan Nabi Ilyas.

Petuanya seperti berikut:-

a) Memetik limau purut mengadap matahari terbit diawal pagi hari, sebaik baiknya pada hari Jumaat

b) Memerlukan sekurang kurangnya 3 biji limau, jika tiada , boleh sahaja satu biji kerana mandi sebagai syarat sahaja

c) Membaca Selawat 3X
   Memberi salam kepada Nabi Khidir dan
   Nabi Ilyas

d)Mula sahaja memetik, haruslah membacakan ini,

  Assalamualaikum langit
  Assalamualaikum Bumi

  Maka teruskan memetik

Limau itu dipotong empat belah tanpa putus dan tanpa memotong urat limau, yakni bermaksud memotong dari atas yaitu bermula dari arah tangkainya.

Limau tersebut diperah sedikit sahaja sambil membaca;-

Al Fatihah.....................1X
Al Ikhlas......................1X
An-Nas.........................1X
Al-Falaq.......................1X
Selawat........................1X

Air tersebut dibuat mandi, sementara ketika sedang mencurahkan air mandian limau purut itu, hendaklah meminumkan sedikit air mandian itu sekadar perasa. Setelah habis sudah mencurahkan air mandian tersebut, petuanya ialah menyapukan air mandian dengan kedua belah tapak tangan keseluruh tubuh badan sekadar yang termampu.Sesudah itu, jangan dilapkan air mandian, biarkan kering dengan sendirinya. Satu  larangan ialah, mandi biarlah memakai kain basahan.

Ada juga guru memberi kita memakan cubitan garam yang telah dijampikan supaya lidah kita masin (mengikut kata Guru). Bacaannya adalah sama dengan mandian tersebut.


2 ulasan:

http://.ilmukebatinanmelayu.blogspot.com berkata...

Salam

Kawan lama saya , perguruan Silat ......., setiap anak murid bukan sahaja dimandikan, tetapi setiap murid diberi makan pulut kuning sebesar penumbuk, ditelan tanpa kunyah, setelah beberapa minit, pulut tersebut akan terkeluar dari mulut anak murid , juga sebesar penumbuk saiz yg sama, dengan penuh kotoran hitam, membersih isi hati dan isi perut...hebatkan ilmu orang Melayu

Pendekar Gayong berkata...

minta izin untuk mnjadi anak murid saudara, ssguhnya sya tramat la brsungguh2 untuk mmpelajarinya