Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Bulan Ramadhan di penghujung, Syawal menjelma

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin

Ada umur kita bersambung selepas Raya nanti, Insyallah

Rabu, 10 Ogos 2011

Musuh Islam - Nyata dan Tersembunyi

Salam Sejahtera kepada semua orang Melayu yang beragama Islam beriktiqad bahawa Tiada yang Berhak di Sembah Selain ALLAH, Muhammad adalah Pesuruh ALLAH.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan perbuatan hina dan keji puak kristian di Selangor (beberapa negeri juga) sebegitu berani dan terang mencabar Kedaulatan Islam dengan usaha untuk Memurtadkan orang2 Islam di Selangor dan bertambah ketara dan biadap semenjak puak DAP memerintah Selangor dan Pulau Pinang, maka wajiblah kita sebagai seorang Muslim mempertahankan Aqidah saudara2 kita seagama tanpa mengira Parti Politik.

Saya sebagai Guru Utama Semantan Puteh telah lama memperjuangkan perkara ini di Perak, walaupun secara tersembunyi dengan berdakwah secara hikmah dan baik dengan anak2 muda dan sesama Muslim tidak mengira puak dan Parti mana sekalipun. Iktiqad jelas saya ialah mempertahankan Kedaulatan Islam dan bangsa Melayu, yang diserang dari semua penjuru sudut termasuk dari kalangan Muslim dan orang Melayu sendiri (barangkali bertopengkan nama Islam tetapi berakidah kafirin)itulah menyebabkan saya terbuka hati membuka Blog ini supaya generasi Melayu baru dan lama terbela dan dapat mempertahankan diri, keluarga, saudara seagama dan Islam keseluruhannya.
Saya secara ikhlas menyeru supaya kita bersatu diatas nama ALLAH dan RASULNYA. Amin.







AYAT PERANG - Sinar Islam
==========================


Ianya dinamakan Ayat Perang kerana ianya menggunakan Surah Al-Fiil sebagai Pembuka. Amalan ini diamalkan hanya selepas mana2 Solat wajib dan boleh juga diamalkan bila2 masa terutama di malam Jumaat dan Jumaat. Amalan ini untuk mengisi kekuatan kebatinan dan mengeraskan Semangat Murid2 tanpa mudah berasa takut dan mudah terkejut, malahan keberanian sebegitu rupa sehinggakan sedikitpun tidak takut memasuki hutan atau mana2tanah perkuburan kerana ruhani dan hati dipenuhi kekuatan kebatinan, lagipun masakan akan merakan perasaan takut kerana hati senantiasa sibuk mengingati ALLAH dengan berzikir menyebut2 Nama2NYA.


Basmallah

Surah Al-Fiil ...................3X

Ya ALLAH Tuhan sekelian Alam
Kami HambaMU, Kami TenteraMU
Sediakanlah kami dengan kekuatan kebatinan
Ruhani dan Jasmani 
Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir......21X atau 40X

Sesudah itu, hendaklah menghembuskan nafas mulut sekuat2nya kepada kedua belah tapak tangan lalu disapukan kepada seluruh tubuh badan yang mana tercapai, akhirnya ditutup dengan menghisap nafas sedalam2nya sambil kedua2 belah tapak tangan kita menutup muka, seperti selepas habis berdoa.

Sesudah tiu, bacalah Surah Al-Fiil pada kedua2 belah tapak tangan dengan kedudukan seperti berdoa, setelah selesai, hembus nafas pada kedua2 tapak tangan lalu digosok2kan sehingga panas sambil membaca Asmaul-Husna diatas sebanyak 7X dan dipenaikkan bermula hujung kedua belah tangan dan ditamatkan pada kedua belah bahu sambil menghisap nafas sedalam-dalamnya sambil berniat supaya tangan berbisa, keras dan berisi kekuatan kebatinan.Setelah selesai, maka ditepukkan kedua belah tapak tangan dengan kuat di kedua2 belah bahu sambil menyebut ALLAH HU_AKBAR

Amalan ini memerlukan penumpuan penuh kerana memerlukan kekuatan Maqrifat murid2.

Wallahualam

Jumaat, 5 Ogos 2011

Sinar Islam-Tanda Amalan Sudah Sebati


Salam Ramadhan untuk semua pembaca, untuk bulan ini saya memberi beberapa petua amalan dan tanda-tanda Keserasian dan petanda amalan sudah 'Menjadi' atau Sebati.

Pada mulanya, saya mempelajari Sinar Islam, Guru tiada memberi apa2 petua atau rahsia yang boleh membuat amalan kita semakin cepat keserasian dan menjadi. Petua ini saya dapati dari Arwah Guru Tarikat saya, Al Marhum Uztaz Syamsuddin yang mana beliau memberi petua supaya setiap amalan atau perbuatan yang mendatangkan kebaikan termasuk amalan Silat Kebatinan, ialah setiap kali beramal supaya fikiran dan hati tidak selain daripada ALLAH. Ini bukan satu perkara yang mudah, tetapi apabila setiap murid yang mempunyai niat ikhlas dan baik, maka akan terdapat dorongan mudah mendapat rahsia ini. 

Semasa permulaan amalan, hendaklah fikiran dikosongkan mengingati selain ALLAH manakala hati sentiasa menyebut Kalimah2 mengikut amalan zikir tertentu yang telah ditetapkan. Walaupun bukan mudah pada permulaan latihan, lama kelamaan pasti akan dibantu NYA bergantung kepada niat masing2.

Semasa saya mengamalkan petua ini, apa yang saya lakukan ialah fikiran hanya mengingati ALLAH semata2, kosong dari segala urusan dunia dan masalah, manakala hati berzikir Kalimah Ya Haiyyu Ya Qoiyyum tanpa henti henti  sambil mengiktikaqkan bahawa hanya DIA sahaja yang WUJUD dan menggerakkan sesuatu mengikut KalimahNYA LAHAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH 'ALIYIL 'AZHIIM............

Pada peringkat seterusnya setelah berjaya mengawal fikiran dan hati, maka latihan selanjutnya ialah berzikir mengikut amalan2 zikir yang telah ditetapkan dan bermaqrifat saolah olah seluruh tubuh badan, urat saraf, daging dan tulang, otak, sel2 dan keseluruhan tubuh kasar/zahir turut bersama sama berzikir senada dan serentak dengan hati, jika berjaya melakukan ini, maka bermakna amalan kita telah mujarab, menjadi dan serasi dan tanda2nya ialah semasa beramal, seluruh tubuh badan sangat berkuasa dan bertenaga, maka itulah yang boleh membuatkan melakukan lompatan2 setinggi pokok kelapa, tendangan yang boleh mematahkan dahan dan sebagainya, kerana zahir dan batin dipenuhi kekuatan zikir2 tertentu, manakala fikiran kita hanya mengingati ALLAH.

Walaupun amalan ini bukan mudah, justru memerlukan pengawasan Guru terus bagi membantu anak murid berjaya melakukan petua ini. Lagi satu tanda yang ketara ialah, apabila seseorang murid yang telah berjaya beramal, pergerakan permainan Silat mendatangkan bunyi degungan yang boleh didengar oleh orang sekeliling, manakala tubuh badan akan mengeluarkan cahaya kebiru-biruan yang dapat dilihat oleh sesiapa walaupun bukan anak murid Sinar Islam. Nikmat ini jarang sekali didapati oleh semua murid2 kecuali beberapa sahaja. Jika beramal ditempat yang amat gelap, maka tempat tersebut akan bercahaya kebiru-biruan sekadar dapat melihat seperti waktu senja-malam.

Justru, niat untuk mempelajari sesuatu Silat hendaklah ikhlas dan semata2 kerana DIA, RASUL dan AGAMA. Zikir2 yang selalu diamalkan ialah YA ALLAH, YA HAIYYU YA QOIYYUM, YA 'AZIZ, YA QAHHAR, YA JABBAR, YA ZAL JALALIWAL IKRAM DLL.


Insyallah, selepas Ramadhan, mungkin saya meneruskan Bab Bab selanjutnya didalam Permainan Silat Sinar Islam

Ada beberapa eMail bertanyakan petua resdung, secara mudah ialah setiap kali mengambil wuduk, masukkan sedikit air kedalam hidung dan dihembuskan kuat2. Satu lagi petua ialah membakar kunyit kering dan menghidu asapnya.

Wallahualam