Khamis, 24 November 2011

Salam DIRI

Salam Sejahtera keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Puji-Pujian Hanya kepada ALLAH sebanyak bilangan Ciptaan-NYA
Maha Suci ALLAH dari Kekurangan dan Kelemahan
Maha Besar ALLAH dengan Keagungan-NYA, Kebesaran-NYA dan Kemuliaan-NYA
Yang Mencipta Langit dan Bumi pada 6 'MASA'

Semua daripada kita lebih maklum dan lazim memberi salam diantara sesama sendiri, jika bertemu dimana-mana, maka sesiapa yang memberi Salam kepada Saudaranya, akan dibalas dengan jawapan Salam yang lebih baik. Maka , kita akan mendapat berkat dari ucapan itu.
Persoalannya, apabila tiada sesiapapun untuk diberi Salam, maka kita pun tidak mendapat keberkatan balasan Salam yang diberikan, maka, disini, Petua2 dikalangan Para Arif, Para Panglima dan Para Sufi, didalam memberi Salam pada diri sendiri.
Petua ini, saya dapati daripada Guru saya, yang mendapatkan nya dari Guru Beliau (Guru SUFI)

Setelah sedar dari tidur, samada selepas atau sebelum amalan2 petua yang lain, maka berilah Salam kepada diri sendiri dengan Ucapan:-

Assala mu'alaikum Ya..........sebutkan nama sendiri bin nama Ibu.

Atau

Assalamu'alaikum Wahai Diriku

Mudah sahajakan, tapi rahsianya ialah Insan terdiri daripada Ruhani dan Jasmani (Ruh dan Jasad ), tapi ramai yang tidak mengetahui bahawa, yang menghidupkan Ruhani ialah 'Diri ku yang Sirr' atau dikalangan Para Sufi menyebut 'Sirrur Sirr' bermakna Rahsia didalam Rahsia, kerana inilah yang menghidupkan Ruhani Insan, Diri Insan yang sebenarnya.

Perlu tahu perbezaan diantara Ruh, Nafas, Nyawa, Jasmani kerana ianya sama tetapi tidak serupa. Maka, Ilmu inilah digelar Ilmu Hakikat, maka perlulah mencari Guru2 Sufi yang HAQ untuk memahaminya.
Disini, saya hanya mahu menekankan keberkatan dan Fadhilat yang didapati apabila memberi Salam pada diri sendiri.

Satu lagi Petua Pendekar2 dan Panglima2 ialah, lazimnya mereka sebelum keluar dari rumah, memberi Salam kepada Bapa dan Ibu, Yakni Langit dan Bumi:-

Assalamu'alaikum Langit Bapa ku
Assalamu'alaikum Bumi Ibu ku

Baharulah mereka melangkah keluar dengan langkah permulaaan kaki kanan pertama sambil membaca:-

Bismillah Hirrohmaniirohim (Kaki Kanan)
Tawakaltu 'allahhi (Kaki Kiri)
Lahaulawa Quwwata illah billahhil 'aliyin 'azhimm Kaki Kanan sekali lagi)

Ini juga adalah amalan2 yang boleh didapati didalan Kitab Karangan Ulama2.

Wallhualam

Selasa, 22 November 2011

Petua-Bangun Pagi

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Kepada ALLAH Sebanyak Bilangan Ciptaan-NYA

Ini adalah Petua Petua setelah bangun dari tidur, sebelumnya membersihkan diri , maka hendaklah melakukan beberapa langkah yakni:-

1. Setelah sedar dari tidur, janganlah berangan2 kosong, hendaklah terus bangun dengan menjelunjurkan kaki terus menepuk-nepuk muka sambil berselawat Nabi SAW, sehingga muka menjadi panas. Teruskan mengurut-urut bermula dari dagu terus ke ubun2 dengan membaca seperti ini.........

Assalamu'alaikum Ya Nur Muhammad, Nur Kecantikkan Meliputi Wajahku, Nur Azali Menyerap kedalam Wajahku, Nur Segala Nur Menghiasi Akan Jamil-ku.

Setelah melakukan beberapa kali (tanpa hitungan yg tetap, ikut kerajinan masing2), maka terus panaskan kedua2 tapak tangan dan urutkan kedua2 belah mata, bermula dari arah dalam kearah tepi-mata dengan kepanasan tapak tangan tadi, sambil membaca Doa ini:-

Allahhumma 'afi-ni-Ba-sho-ri...bbrp kali.

Sesudah itu, mahulah ditepuk belakang tengkuk dengan perlahan-lahan dan terus diurut bermula pangkal leher terus kearah atas kepala. Seterusnya, mahulah ditumbuk2 belakang pinggang perlahan2, terus maju dengan menumbuk2 anak (perlahan2) dari atas bahu sehingga ke kedua2 belah siku terus ke belakang tapak tangan. Ianya disambung kembali bermula dengan kedua2 belah pinggang, tumbuk anak terus melalui paha, lutut, belakang lutut dan disudahi pada kedua2 belah tapak kaki.

Bagi mereka yang mempunyai kelebihan masa, urutlah tujuh anggota sendi seperti belakang lutut, sSesiapa yang mengetahui Senaman Harimau atau Kucing, maka ianya adalah lebih afdal lagi. Jika tidak, senaman dan urutan ringan diatas adalah memadai untuk peredaran darah dan menambahkan Seri Wajah Pagi.

Wallhualam.

Nota. Sambung dimasa akan datang, Insyallah.

Sabtu, 19 November 2011

Petua Untuk Lelaki

Salam Sejahtera untuk semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Segala Puji-Pujian hanya Bagi ALLAH Sebanyak Bilangan Ciptaan-NYA
Salawat dan Salam untuk Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Petua Untuk Membesar dan Memanjangkan Zakar

Petua ini diperolehi daripada orang2 tua lama yang pernah bekerja didalam Istana2 Sultan2 Melayu.
Petuanya agak mudah, mula2 cuba dapatkan Zakar Kuda Jantan, dipotong2 kecil dibuat Sup tanpa garam dan rempah. Setelah selesai, maka hendaklah merendamkan badan kita didalam air panas selama paling kurang sejam atau dua, sambil memakan Sup tersebut.

Insyallah, jika dapat diamalkan selalu, maka Zakar kita boleh mencapai melebihi 7 atau 8 inci mengikut amalan dan kerajinan masing2, disamping itu, mempunyai kekuatan seperti 2 'Jantan'.

Selamat mencuba kerana petua ini amat mujarab dan diamalkan oleh Sultan dan Raja2 Melayu, begitu juga Pembesar2 dan Hulubalang2 Melayu.

Wallhualam

Jumaat, 11 November 2011

Ilmu Usul - Ilmu Hakikat Diri

Salam Sejahtera keatas semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah


Segala Puji Pujian kepada ALLAH dengan sebanyak bilangan CiptaanNYA


Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW


Ilmu Usul
=========


BISMILLAH AR-ROHMAN AR-ROHIM


ALIF LAM LAM HA
Asal Usul Alam Semesta
Zat Sifat Asma Fe'el


LAHUT, MALAKUT, JABBARUT, FANA
Asal aku dari Nur Muhammad
MIM HA MIM DAL
Tanah, Air, Api, Angin
Asal Aku dari Tanah
Asal Aku dari Air
Asal Aku dari Api
Asal Aku dari Angin


Akulah Insan Khalifah Bumi
Semua makhluk tunduk sujud di telapak kaki aku
Bukan Kata Aku
Kata ALLAH dari Azali


Dengan Berkat Kalimat


LA I LA HA ILLALLAH
MUHAMMAD RASULULLAH


Nota.....Kalimat Diatas selalunya digunakan apabila melalui kawasan 'keras' dan 'berpenunggu' yang suka merasuk dan menganggu manusia. Apabila berhadapan atau pun tidak, carilah empat potong kayu bersih dari najis dibuatkan 4 penjuru kawasan dan setiap penjuru dibacakan Kalimat diatas.


Jika didalam rumah yang ada gangguan, carilah 4 potong kain putih suci dari najis, tuliskan Kalimat diatas didalam bahasa JAWI, supaya Kalimat ALLAH dan MUHAMMAD tertulis didalam asal bahasa arab, besertakan Kalimat Basmallah 21X, dan dipakukan pada 4 penjuru rumah atau kawasan rumah.


Wallahualam.





Sabtu, 5 November 2011

AIDIL ADHA

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Ahli Keluarga Baginda SAW, Sahabat2 Baginda SAW, Pengikut2 Sahabat2 Baginda SAW..............

Sempena Ini, Saya ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, semuga Saudara2 sekelian Sihat dan Berbahagia DiDunia dan Di Akhirat.

Semua Orang Islam Itu Bersaudara Dunia dan Akhirat.

Saya akan bersambung lagi bab2 Ilmu Kebatinan Melayu selepas Aidil Adha, Insyallah