Salam Sejahtera keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW
Segala Puji-Pujian Hanya kepada ALLAH sebanyak bilangan Ciptaan-NYA
Maha Suci ALLAH dari Kekurangan dan Kelemahan
Maha Besar ALLAH dengan Keagungan-NYA, Kebesaran-NYA dan Kemuliaan-NYA
Yang Mencipta Langit dan Bumi pada 6 'MASA'
Semua daripada kita lebih maklum dan lazim memberi salam diantara sesama sendiri, jika bertemu dimana-mana, maka sesiapa yang memberi Salam kepada Saudaranya, akan dibalas dengan jawapan Salam yang lebih baik. Maka , kita akan mendapat berkat dari ucapan itu.
Persoalannya, apabila tiada sesiapapun untuk diberi Salam, maka kita pun tidak mendapat keberkatan balasan Salam yang diberikan, maka, disini, Petua2 dikalangan Para Arif, Para Panglima dan Para Sufi, didalam memberi Salam pada diri sendiri.
Petua ini, saya dapati daripada Guru saya, yang mendapatkan nya dari Guru Beliau (Guru SUFI)
Setelah sedar dari tidur, samada selepas atau sebelum amalan2 petua yang lain, maka berilah Salam kepada diri sendiri dengan Ucapan:-
Assala mu'alaikum Ya..........sebutkan nama sendiri bin nama Ibu.
Atau
Assalamu'alaikum Wahai Diriku
Mudah sahajakan, tapi rahsianya ialah Insan terdiri daripada Ruhani dan Jasmani (Ruh dan Jasad ), tapi ramai yang tidak mengetahui bahawa, yang menghidupkan Ruhani ialah 'Diri ku yang Sirr' atau dikalangan Para Sufi menyebut 'Sirrur Sirr' bermakna Rahsia didalam Rahsia, kerana inilah yang menghidupkan Ruhani Insan, Diri Insan yang sebenarnya.
Perlu tahu perbezaan diantara Ruh, Nafas, Nyawa, Jasmani kerana ianya sama tetapi tidak serupa. Maka, Ilmu inilah digelar Ilmu Hakikat, maka perlulah mencari Guru2 Sufi yang HAQ untuk memahaminya.
Disini, saya hanya mahu menekankan keberkatan dan Fadhilat yang didapati apabila memberi Salam pada diri sendiri.
Satu lagi Petua Pendekar2 dan Panglima2 ialah, lazimnya mereka sebelum keluar dari rumah, memberi Salam kepada Bapa dan Ibu, Yakni Langit dan Bumi:-
Assalamu'alaikum Langit Bapa ku
Assalamu'alaikum Bumi Ibu ku
Baharulah mereka melangkah keluar dengan langkah permulaaan kaki kanan pertama sambil membaca:-
Bismillah Hirrohmaniirohim (Kaki Kanan)
Tawakaltu 'allahhi (Kaki Kiri)
Lahaulawa Quwwata illah billahhil 'aliyin 'azhimm Kaki Kanan sekali lagi)
Ini juga adalah amalan2 yang boleh didapati didalan Kitab Karangan Ulama2.
Wallhualam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan